Tuesday, 30 October 2012

3bulan

Assalamualaikum...

Lama saya tak update blog kan?
Iye, 3bulan lamanya. Maaf yea kawan-kawan.
Bukan saya tak mahu share apa yang saya buat & usahakan, cumanya terkadang hati ni tersentap dengan keadaan sekeliling.
Susah nak diluahkan..
Rasa cemburu dengan rakan yang baru pregnant sangat-sangat kuat. Seakan saya tak boleh terima hakikat itu. 
Dua orang rakan yang saya cemburukan tu keguguran. Seorang turun darah dan seorang lg hanya ada kantung,dan baby tak dapat nak survive untuk membesar lalu pada minggu ke 8, kawan saya ended up dengan dnc.

Sepanjang 3bulan saya menyepi dari blog TTC ni, tiada usaha lain yang saya buat. Saya cuma makan VCO. Asid folic saya dah tinggalkan. Sebab kesannya ke atas diri saya, berat saya naik melampau!

Apa yang saya usahakan sekarang?
3bulan terakhir di tahun 2012 ni, saya
berazam nak turunkan berat badan semampu boleh dan saya sedang usahakan untuk dapatkan cycle period yang betul.
 So far alhamdulillah, saya rasa cycle period saya yang tetap adalah 30-31hari. Dan period saya pada bulan September & Oktober adalah pada tarikh yang sama dengan 31day of cycle. 

Untuk turunkan berat badan, saya sedang cuba berjinak-jinak dengan atkins diet. Cumanya saya tak terlalu ketat ber'atkins' pada awal cubaan ini.
Setakat hari ni, dah 4hari saya tak sentuh sebiji nasi pun. =) 
3hari lalu memang saya free from karbo! tapi ms dinner tadi saya tak tahan dan tak nak terlalu paksa diri, so saya makan 2keping roti gardenia putih dengan bercicahkan rendang yang mak masak. Sayang rendang tu. Malas dah nak simpan dalam peti sejuk.

Saya berdiet ni bukan lansung tak makan apa-apa. 
Nak tahu apa yang membantu saya boleh skip makan nasi?
Esok saya sharekan yea...
Bukan SD2 bukan Herbalife! 
Saya dah try SD2 tahun lalu, tapi tekak saya tak boleh terima.hee

Wallahualam..

Monday, 23 July 2012

Akhirnya....Pad herba Avail & OPK

Assalamualaikum..

Lama saya tinggal blog ni tanpa update yang saya janjikan.
Maaf!
Akhirnya, 18 Julai aritu saya period dengan banyaknya. 
Hari pertama dan hari kedua, sampai 3kali saya tukar pad di ofis.
Hari pertama saya balik awal, pinggang sakit dan senggugut datang.
Rasa macam nak golek-golek dan bergulung macam tenggiling..huhu

Puas hati saya tengok darah yang banyak keluar.
Owh yea, cycle kali ni,saya guna pad herba keluaran Avail Beauty. =)
Ini suggestion dari kakak saya. Dia memang pengguna tegar pad herba avail.
Mungkin juga sebab pad ni, darah saya banyak keluar dan keluar sekali yang berketul- ketul. :-/

Hari ni saya CD6 dan InsyaAllah esok Ramadhan ke 4 saya baru akan mulakan puasa pertama saya. hee
InsyaAllah cycle kali ni saya akan gunakan khidmat OPK.
Esaited! hehe

Buat kawan-kawan TTC semua, mari kita tingkatkan usaha kita dan banyak berdoa kepada yang Maha Berkuasa untuk makbulkan doa kita di bulan yang Mulia ni :)

Owh yea, pada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang pad herba avail ni atau nak dpatknnya, boleh email saya yea : mamaabahwannabe@gmail.com

Selamat berpuasa dan jangan sesekali berputus asa

Wallahualam

Tuesday, 10 July 2012

CD40 or ..........

Assalamualaikum..

I'm entering my first ever 40days cycle of menses 
OR 
there was a little khalifah in my womb. :)..amin

Walaupun period saya tak regular tapi belum pernah dia tak menjenguk sehingga cecah 40hari. 

Ini perhatian yang saya buat tentang cycle saya tahun ini:

Januari ~ 25days
Februari ~ 37days
Mac ~ 23days
April ~ 20days
May ~ 31days

Kalau ikutkan senarai diaatas, cycle yang terpanjang tahun ni adalah pada bulan 2 iaitu 37hari.
Biasanya cycle saya pendek-pendek je.

Sekarang saya diserang sakit tekak yang amat. Rasanya dah dekat seminggu saya sakit tekak. Semalam saya MC. Memang tak larat sangat, bangun pagi tekak kering. Nak telan air liur pun saya menangis.Pedih!
Saya pergi klinik, doktor bagi ubat kumur,ubat demam, antibiotik dan ubat kemam.
Saya hanya guna ubat kumur dan makan ubat kemam. Saya tak berani nak telan antibiotik. Takut kalau betul 'rezeki' saya sudah sampai.

Saya pasti mereka yang sama TTC dengan saya dan pernah lewat datang 'kotor' pasti akan simpan satu harapan yang besar kan?
Macam tu juga saya dan Budi. Setiap kali sujud terakhir saya dalam setiap solat saya berdoa moga DIA tenangkan hati saya dalam berteka-teki ni.
Saya pohon jika bukan rezeki saya, datangkanlah darah kotor saya dalam waktu terdekat ini dan jika sudah rezeki saya, peliharalah dan selamatkan dia yang ada didalam rahim saya sehingga selamat dilahirkan kelak.

Doakan saya yea kawan-kawan.
InsyaAllah apa jua yang bakal muncul, saya akan share dengan kawan-kawan semua.. =)


Wallahualam..


Saturday, 7 July 2012

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari ni CD37.
Belum ada apa-apa tanda yang cik p bakal muncul mahupun tanda-tanda kami akan dapat berita gembira.

Ikutkan dari cycle-cycle lepas, cik p akan datang tak lebih dari 40hari.
So mungkin saya akan tunggu hingga masuk ke CD40, baru saya nak buat UPT.

Lagi 2 minggu kita akan jumpa bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
InsyaAllah jika cik p masih belum kunjung tiba, saya akan buat UPT sebelumnya datangnya Ramadhan nanti.
Semoga saya dapat puasa penuh di Ramadhan kali ini..
aminn.

Wallahualam.

Thursday, 14 June 2012

Analisa OPK

Assalamualaikum...

Macam cerita saya dalam post ni, saya da start gunakan OPK.

Meh tengok gambar dulu..


Saya buat selang sehari. 

yang CD 10 tu,memang tak nampak langsung test line nye.
CD 12 ade nampak pudar sikit. so saya target mungkin CD 14 atau CD15 saya akan terang di bahagian test line.
Sebaliknya CD14 jauh tersasar! huhu..tengok pada stick di CD 14..frust!
langsung tak nampak.
Ke semalam dah Ovulate ek? haha..
Kalau semalam, alhamdulillah, projek berjalan dengan lancar..opsss..hihi *_^

tapi kan saya pelik jugak yang stick CD14 tu, line yang sepatutnya memang terang tu, pudar jugak..
Error ke ek?

Lepas tu kan, sejak habis period haritu, keputihan saya datang semula. Memang hari-hari saya kena bawa bekalan pantyliner ke ofis.

Saya memang less expect bulan ni. Sejak lepas habis period, berBD pun kurang. Budi asyik penat balik kerja. Dulu boleh kata selang sehari, kami akan berusaha, even tido pukul 1pagi pun sempat lagi.
Sekarang masuk tidur mesti sebelum pukul 12.
Tapi saya ok je. Saya tak suka paksa.

Saya yakin bila tiba waktu dan ketikanya, rezeki itu pasti milik saya.

Wallahualam

Tuesday, 5 June 2012

OPK - Ovulation Test

Assalamualaikum..

Cycle kali ni saya tak on clomid. =)
Haritu telefon Kak Ani tukang urut tu, dia suruh datang period ke-2 pun saya tak pergi.hehe

Rasanya cycle kali ni saya nak gunakan khidmat OPK - Ovulation test strip..
Hari tu yang beli dengan Yannie masa dia treatment dengan Dr.Lin masih ada lagi 2strip..hehe

Kali ni rasanya saya nak beli dengan Hamil Comel. Rasanya kat situ je yang affordable untuk beli banyak.. =)

Nak tanya pendapat korang, bila best time untuk start guna OPK tu ek? bukan waktu, maksud saya CD brape?
Sekarang saya dalam CD5, rasanya esok da suci dan boleh solat =)

Thanks in advance (*_*)

Wallahualam..

Sunday, 3 June 2012

Hikmah hari Jumaat

Assalamualaikum..

Jumaat - 1Mei @ 2.45ptg saya ke toilet untuk buang air sebelum masuk surau untuk solat zuhur di ofis. Nampak setompok warna pink belacan atas pantyliner. Air mata dah bergenang sebenarnya. :(
Balik cubical saya, diam-diam duduk teruskan kerja. Masih belum menunaikan tanggungjawab solat zuhur.
Hati masih was-was darah period ke bukan.

Sampai 3.30ptg, saya ke toilet semula. Tengok ada 2tompok pulak. Kali ni merahnya lebih terang. Buang hajat kecil, jenguk dalam toilet bowl ada seketul darah. Dalam hati dah tetap kali ini, itu adalah darah PERIOD!!!
Siap buang hajat keluar toilet dengan hati yang berkecai, rasa tak sabar nak balik rumah, nak golek atas katil, takup muka dengan bantal untuk lepas perasaan. ~_,~
Dalam pada itu jugak, sambil berulang-ulang kali tengok jam pada monitor pc, kepala dok berfikir apa ayat yang terbaik untuk bagitahu pada dia yang tersayang.

Tepat pukul 5ptg, terus saya punch out dan gerak balik. 
Sampai rumah saya terus capai tuala untuk mandi. 
Dalam bilik sedang mandi pun saya dah menangis. Menangis yang semenangis-menangisnye. 
Saya jenguk cermin, mata saya sangat merah. Tengah mandi saya dengar pintu rumah dibuka, saya tau Budi dah balik. 
Siap mandi saya terus masuk bilik, siap pakai baju semua terus saya baring atas katil. Budi panggil saya tak sahut balik pun, konon-konon da terlelap la tu.hihi
Saya jadi pening kepala sebab menangis dengan teruk tadi.
Dalam setengah jam layan perasaan, saya kuar ke depan TV. Budi pulak dah selamat lelap. Mungkin penat sangat, saya malas kacau dia, terus keluarkan lauk dari peti sejuk nak defrost.

Malam tu sambil layan Versus kt TV9, saya susun ayat untuk bgtahu Budi yang saya period. 
sambil baring kt peha dia,saya bagitahu saya period dan meleleh lagi sekali air mata.
Jawab Budi pendek aje, 'takpela', sambil die kesat air mata saya yang meleleh. mungkin dia tak sanggup tengok saya menangis, dia terus pandang balik kat TV.
Saya pun tak boleh nak tengok muka Budi, saya tahu dia kecewa.
Masing-masing senyap, yang berbunyi hanya TV yang bersiaran Final Versus. :(

Saya rasa Allah masih ingin menguji kami. Saya redha.
Inilah hikmahnya kerna dah 2 hari saya bertangguh urusan yang Budi mintak saya selesaikan.
Dia suruh book cepat-cepat hotel untuk kami bercuti hujung bulan ini.hehe.
Tapi saya bertangguh sebab takut pregnant dan rasa cam takut nak naik flight.
Dalam tertanya-tanya, terus DIA jawab persoalan hati saya..Alhamdulillah.

Bulan ni kami decide nak cuba natural aje. Bak kata Nana when we least expect it biasanya itu rezeki. Hopefully, who knows except Allah kan?

Cycle baru, semangat baru!!! ^__^

Wallahualam..