Showing posts with label az-zahrah. Show all posts
Showing posts with label az-zahrah. Show all posts

Monday, 27 May 2013

Bangkit kembali...

Assalamualaikum..

Genap setahun peram rekod di Az-Zahrah.
Kali ni saya tekad, usaha tanpa henti tidak seperti angan-angan mat jenin!

Appointment pertama dengan gynae yang sama, Dr Mashita pada 3Jun 2013.
Tak perlu ulang step dulu kerna rekod lama masih ada. Alhamdulillah.

Doakan usaha kali ini dipermudah dan bertemu titik perjuangan ini.

Aamiin

Wallahualam...

Wednesday, 19 December 2012

Ujian HSG

Assalamualaikum...

Dah tak lama kita nak melangkah ke tahun 2013. Tahun 2013 ni ,saya berazam nak buat treatment dgn jayanya.chewahhhh..semangta la sgt skrg, nanti2 mula kasik alasan..

Saya rasa nk continue terus kat Az-zahrah since dah bukak fail kat sana kan. Lagipun dekat nak ulang-alik.
Mungkin saya akan mula treatment tahun 2013 saya dengan Ujian HSG. Lama saya amek masa untuk daptkan kekuatan nak buat ujian HSG ni. 
Takutnye la haiiii.. takut dengan result 1 hal, takut ms proses ujian tu lebih tinggi dari takut dengan result..adehhhh :(

Korang yang pernah buat ujian HSG ni, kat mana yea yang ok? Az-zahrah xde buat ujian HSG.

Wallahualam..

Sunday, 13 May 2012

12Mei - TVS on CD11

Assalamualaikum...


Kali ke-2 buat TVS jatuh pada hari sabtu. Alhamdulillah kali ni Budi dapat teman saya. =)
Keluar dari rumah pukul 10pg, appointment pukul 11pagi, terus ke bangi, kitorg mengisi perut dulu makan roti canai. hehe  Kedai dekat je dengan Az-zahrah. Dah 10minit lepas pukul 11 baru kami gerak ke Az-zahrah. Masuk klinik O&G, ramai sangat orang. Sampai ade yang berdiri. Saya terus serah kad lawatan kat kaunter. 
Saya nampak nurse selit no 11 pada fail rekod saya.

Lama jugak menunggu kali ni, yela hari cuti kan. Dalam setengah jam baru nama saya dipanggil. Masuk aje bilik doktor, terus Dr. Mashita suruh baring untuk scan. Kali ni saya sangat berdebar-debar nak tengok perubahan telur-telur saya, plus Budi pun dapat tengok dengan jelas pada screen. 

Lepas alat scan tu dimasukkan dalam miss V, lama jugak Dr.mashita mencari telur saya. Masa tu saya memang sangat-sangat berdebar, takut tak jumpa sebiji telur pun. Lama alat tu digerakkan, jumpa sebiji. "Alhamdulillah, ha tu besar!!"  itu yang mula-mula terkeluar dari mulut Dr. Mashita. Saya senyum dan bersyukur dalam hati bila nampak telur yang besar tu. Masa tu doktor tak sebut berapa ukuran telur tu. Tapi dia cakap, ada sebiji yang besar pun dah cukup, dah have a chance to concieve. Telur yang besar tu di bahagian kanan ovari saya. Di belah kiri ovari, sebiji pun tak jumpa. Mungkin dah matang dan dah pecah. Dengan TVS juga, Dr.Mashita cuba untuk tengok ketebalan dinding rahim saya, tapi tak dapat. Dr.Mashita try scan dari ats perut saya. Still tak boleh nampak ketebalan tu. Mungkin disebabkan perut saya yang banyak lemak...huhu.. Lepas tu Dr.Mashita terangkan pasal kepentingan dinding rahim tu. Katanya dinding rahim tu ibarat tanah untuk benih-benih tersemai. Nanti kalau sperm + ovum bersatu, ia akan menempel kat dinding rahim tu la. Saya suka penerangan dia, Budi pun angguk-angguk tanda faham. 

Bila dah siap scan, saya tengok apa yang Dr.Mashita tulis dalam fail saya. Waktu tu baru saya tahu rupanya saiz telur saya yang sebiji tadi tu adalah 22mm..Senyum meleret saya. Alhamdulillah folikel-folikel bagi respon yang baik dengan clomid yang saya makan tempoh hari. Lepas tu, Dr Mashita adela suggest untuk pregnyl injection yang berharga RM110. Doc cakap injection ni untuk pecahkan telu tu and malam tu jugak kena on BD. If not dalam seminggu ni, at least kena berBD selang sehari untuk get more chance to conceive.
Cara doc cakap macam dia tak galakkan untuk saya amik injection tu sebab expensive. Saya  tanya doc, " kalau tak amik injection tu pun, telur tu memang akan pecah jugakkan?" doc cakap, " yesss, memang akan pecah, cuma tak tahu bila and both u kena rajin on sex la. Kalau boleh selang sehari kena on sebab sperm boleh hidup 24jam lepas ia dilepaskan." So saya terus amik keputusan untuk tidak amik injection. Saya nak try natural dulu lepas on clomid kali pertama ni. 

Kalau saya berjaya, alhamdulillah rezeki saya sudah tiba. Jika tidak, saya redha dan yakin Allah masih ingin menguji saya. =)
Sebelum keluar, Dr.Mashita pesan. Kalau period dah lewat, buat pregnancy test dulu di rumah. Kalau positif, Alhamdulillah . Sekiranya belum rezeki awak, hari pertama period datang beli clomid di farmasi bawah terus, tak perlu jumpa saya. Beli clomid dalam dos yang sama 100mg sehari, makan dari CD2-CD6.  Tak perlu naikkan dos lagi, sebab telur respon dangan 100mg. So nanti macam aritu la, CD10 bulan depan kita scan lagi kalau still belum conceive. 

total cost : RM 95

Consultation : RM50
ultrasound : RM 30
Pharmacy + laboratory : RM 15

Masa di kaunter bayaran, nurse bagi saya susu free. ..hehe


Nestle Mom & me perisa vanilla.

Sampai pagi tadi, dah 3kali saya minum..hehe sedap..

Bersyukur sangat telur saya bagi respon pada clomid. InsyaAllah kena bekerja keras la ni..hehe 

Doakan saya.. 

^___^

Wallahualam...

Friday, 11 May 2012

10Mei - TVS on CD 9

Assalamualaikum..

Lama blog ni terbiar. huhu..Maaf yea, terlalu banyak hal yang perlu diutamakan. Tapi saya still BW ke blog kawan-kawan TTC yang lain cuma sempat dengan tak sempat je nak drop comment.hehe

Semalam saya ke Az-zahrah untuk buat TVS. Saya on clomid pada CD 2 hingga CD6 (3mei - 7mei). Sepatutnya Dr.Mashita suruh TVS on CD10 and CD 12. Disebabkan CD10 saya jatuh hari ni iaitu pada hari Jumaat, Dr.Mashitah off clinic pada Jumaat. So nurse cepatkan sehari TVS pertama saya. 

So semalam dengan nervousnya, pertama kali saya seorang diri drive ke Az-zahrah dari ofis. Budi kerja pagi, so tak dapatlah nak  teman saya. Sampai O&G Az-Zahrah, ramai juga orang. Tapi saya duduk dalam 15minit je sambil baca The Star, nama saya dipanggil. Nampak muka Dr.Mashita dalam bilik, hati saya terus bersemangat.hehe..

First time buat TVS memang saya blur-blur dan agak segan bila kena bukak underware depan orang.hahahaha..
Dalam hati dok berselawat je moga-moga folikel-folikel saya ada espon yang baik dengan clomid ubuat pertama kalinya. Dr.Mashita buat kerja sgt soft. Disuruhnya saya tarik nafas dalam-dalam bila dia nak masukkan alat scan tu dalam Miss V. Mula-mula sekali dia tunjuk kat saya kedudukan raim saya. Katanya insyaAllah bila pregnant nanti, dalam tu la baby akan duduk untuk 9bulan.. =) Ohh indahnya.

Lepas tu, dia gerakkan alat scan ke ovary kiri saya, ada nampak 3-4ketul telur. Bila diukur saiznya paling besar yang dijumpai adalah 9mm. Bila diukur lagi telur yang lain, jumpa yang 7mm. Diukur lagi yang lain 9mm.. So average telur disebelah kiri saya adalah 7mm ke 9mm. Bila alat scan dihala ke sebelah kanan ovari saya, Ada juga dlm 2-3 ketul telur. dan Alhamdulillah dapat seketul yang 10mm. dan lagi 2 ketul 9mm. so average telur disebelah kanan ovari saya adalah 9mm ke 10mm.

Dr.Mashita ada sebut pasal dinding rahim. Tapi saya lupa nak tanya ok ke tidak ketebalan dinding rahim saya pasal saya selalu period dengan kadar yang sedikit. Bila datang seorang diri, mulut jadi kaku sikit. haha..
InsyaAllah sabtu ni repeat TVS lepas 48jam dari semalam. Dr.Mashita nk monitor tumbesaran telur-telur ni. Saya sempat tanya, telur yang matang saiznya berapa? Doc cakap 18mm- 20mm..jauh lagi perjalanan tu. Saya hanya mampu berdoa semoga TVS esok ada perubahan pada telur-telur saya. Amin :)

Dr. Mashita banyak kali sebut "kita taknak buang masa banyak sgt". Saya bersyukur sangat sebab saya rasa Dr. Mashita betul menaikkan semangat saya dalam usaha ini. Alhamdulillah.


total cost : RM 85.10

Consultation : RM50
TVS : RM 35.10

tunggu update saya untuk TVS ke-2 pulak yea.. doakan saya yea kawan-kawan

^__^

Wallahualam

Wednesday, 18 April 2012

18April ~ Keputusan ujian

Assalamualaikum..

Hari ni keputusan kedua-dua ujian saya & budi akan dapat tahu. Perasaan? Hurm macam takde perasaan sangat. Tapi still terfikir-fikir nak tahu ape resultnya. Budi kerja petang minggu ni, so saya minta dia masuk pagi, tapi dia kata nak minta time sleep aje dgn Doktor Mashita nanti.

Pagi tadi Budi anta saya pergi keje. So janji pukul 2ptg Budi amik saya di opis sebab appt pukul 3ptg. Sampai di Az-Zahrah, ramai jugak org kat O&G. Tapi tak pelah  saya dah isi borang untuk keluar opis terus balik rumah..hihih..Sampai Az-zahrah, bagi kad appt, terus saya pergi toilet, tak tahan nak terkucil..haha..
Dalam 15minit lepas tu, rasa nak terkucil lagi, banyak sangat minum air arini kot..hhehe..Setengah berlalu nama saya dipanggil.

Memang tiada perasaan takut or nervous pun dat time. Duduk2 aje, Dr. Mashita terangkan result ujian.
Ujian Sperma Budi : Normal ~ Alhamdulillah :)
Ujian darah saya : ada masalah sikit. Dr. mashita kata masalah tak de la besar sangat pun. Tapi dalam hati saya dah rasa kecewa. Tapi mata still pandang dalam-dalam mata Dr. Mashita dengan dengan jelas semua yang dia terangkan. Masalah yang saya hadapi sebenarnya sangat ramai orang lain yang lalui jugak. Mungkin dia nampak raut muka saya dah berdukacita, dia naikkan semula semangat saya. 
Gud Job Dr.Mashita ^_^

Dr.Mashita kata folikel saya tak membesar & tak menetas. Dalam hati dah fikir mesti aku akan dapat clomid..hee~
Dia akan bagi ubat untuk merangsang pembesaran telur-telur . Lepas tu dia tanya , belum period kan? Saya cakap dah, 2hari lepas amik darah aritu dah period.. terus dia cakap eyh, cepat pulak ek bulan ni. Dia kata kalau period datang setiap bulan tapi tak tentu tarikh ni masih normal, tapi agak sukar untuk cari waktu yang betul2 subur. Kena guna banyak kaedah untuk cari waktu subur yang tepat. Dia kata tak pe, doktor bagi clomid utk makan hari kedua period sampai hari keenam period bulan depan. Hari ke-10 datang untuk doktor scan tengok telur lepas tu hari ke-12 datang lagi sekali doktor scan untuk tengok perubahan telur lepas makan ubat untuk rangsang telur tu. Then kalau folikel-folikel bertindak balas elok dengan ubat, kena on BD selalu la. Kalau tak berjaya bulan tu, bulan berikutnya doktor akan tambah dos Clomid. Then kita buat proses yang sama. Tengok perbezaan tindak balas dalam dua-dua bulan.. Eceeh dah macam bahan kajian plak telur haku..haha
Tapi i dont care, as long as i know whut happen to my body inside. =)

Saya ada jugak tanya doktor, kalau selalu period saya mesti keluar macammmm..belum habis ayat saya doktor dah sambung, keluar macam panjang-panjang tu kan? 
terus saya jawab, haa betul-betul
doktor kata takpe keluar darah yang panjang-panjang tu still normal so start dari hari pertama keluar panjang-panjang tu dah dikira period hari pertama. 
So terlerai kekusutan dalam kepala saya bila hari pertama saya period dan bila time saya tak boleh solat sebab period..hehe..alhamdulillah..
so itu juga satu informasi buat kamu semau ye kawan-kawan ^_^

Doktor pesan lagi, kurangkan berat badan, sebab kalau pregnant dalam keadaan berat badan berlebihan senang dapat kencing manis & darah tinggi.. hehe..
Doktor nasihatkan juga, kurangkan makan nasi, banyakkan makan sayur-sayuran hijau & buah-buahan hijau.
Contoh buah-buahan hijau, belimbing, epal, jambu. 
Saya terus tanya, jambu boleh ye doc? Dia kata boleh. Semua buah-buahan hijau elok untuk concieve.

Lepas tu doktor kali ke 3 saya rasa ada apa-apa nak tanya lagi, dia pandang saya. Saya cakap setakat ni tak ada kot. Next appointment, saya cari pulak soalan ape nak tanya doc.. Dia gelak je saya cakap cmtu. Lepas tu dia tanya Budi, Encik ada apa-apa nak tanya? 
Budi tanya pasal next appointment, Doktor kata dia tak boleh bagi tarikh sebab tak tahu bila tarikh saya period, so nanti bila period hari pertama, terus kol Az-zahrah buat appointment cakap dengan nurse tu, appointment untuk scan folikel ,sebab aritu doktor mashita bg ubat untuk rangsang folikel, so saya nak buat appointment untuk hari ke-10 saya.
Siap Dr. Mashita susunkan ayat untuk saya cakap dengan nurse time tepon untuk set appointment.. hehe.. Maveles la u ni Doc..hehe

Lepas tu saya mintak time slip dari doc utk Budi..hehe..
Result dua-dua ujian tu ada salinannya pada saya, tapi saya rasa tak perlu la kot nak share sini, sebab saya pun tak faham term-term yang tertulis dalam tu. Cuma yang saya faham dalam result Budi, "there is an abnormality of morphology" ..u all faham kan..hehe

So hari ni saya dapat Clomid 10 biji untuk dimakan on next cycle. (CD2 - CD6)

total cost on 18 April 2012 : RM 114
Clomid 50gram 10 biji  = RM 54
Consultation = RM60

Lepas amik clomid kat farmasi bawah, kami terus decide balik rumah aje. dat time baru pukul 4.10ptg. Alhamdulillah dalam sejam aje masa kami ambil di sana. So saya rasa lepas ni saya ambil time slip aje la kot. no need to isi borang keluar ofis terus..huhu

Masuk kereta terus budi cakap,
budi : "Doktor kata telur ayang tak menetas?'
saya : "A'ah telur tak besar n tak menetas"
budi : "kalau tak menetas, ayang kena mengeram la macam tu"
saya : " haha" gelak kuat - kuat..
Sabo je la kekandaku, itu pulak yang dia fikir. tapi mungkin dia nak hilangkan kecewa saya.
Luckily i'm having an understanding n positive husband like him
Love u so much sayang..

Fren, pray the best for me. Semoga keterbukaan hati yang Allah berikan buat saya ini mendapat keberkatanNYA. amin 

^__^

Wallahualam

Wednesday, 11 April 2012

CD21 ~ Cek Darah

Assalamualaikum...

Hari ni saya ke Az-Zahrah untuk serah diri bagi darah..hikss..
Saya pergi dengan kakak Z, saje ajak dia teman. Budi kerja hari ni. ;)

Kakak Z kerja pagi, so dalam pukul 10pg saya pergi ofis jemput kakak Z. Sampai ofis, kakak Z ade kerja kena bereskan dulu. Saya pun naikla ofis kejap. Sunyi je, budak-budak yang kerja pun buat hal sendiri.
Dalam pukul 11pg baru kitorg gerak.

Alhamdulillah sampai je depan Az-Zahrah kebetulan ade orang nak keluar parking, so saya dapat parking betul-betul bawah pokok depan Az-Zahrah.hehe...
Even harini public holiday, orang still ramai kat klinik. Saya terus ke kaunter bagi beg plastik hazard utk letak sample darah yang nurse masa jumpa Dr.Mashita bg aritu. Terus dia bawa saya ke bahagian sebelah lagi. Saya duduk sambil bergosip dengan kakak Z sebab dah 4hari tak jumpa..hehe..Dalam 3minit camtu, terus nama saya kena panggil masuk macam small room.

Cute je nurse tu, muka ada Nur..hehe..namanya Mas Ayu _ _ _ ...saya lupa dah nama dia yang hujung sekali.
Saya duduk kat kerusi betul2 blkg pintu. Nurse tu tanya, dengan Dr.Mashita ye? Saya jawab aah.
Diikat lengan tangan kanan saya. Ditepuk-tepuk pelipat lengan saya, urat tak timbul2. dalam hati, Ya rabbi, cuak giler kot..nampak pulak jarum, mak aiiii besarnye la..Seumur hidup saya, saya tak pernah kena amik darah tau...hee..

Lepas ditepuk-tepuk, urat tak timbul jugak, dia tanya saya, "selalu puan amik darah tangan mane ye?" " tak pernak, ni 1st time...takuttt" hehe..terus die senyum senyum macam nak gelak,tapi cover..heheh
Dia jawab balik, "kalau kena urat, tak de masalah" dia senyum lagi..hehe..mungkin sebab dah lama ditepuk-tepuk dipujuk tak keluar jugak uratnya, dia terus sapu bius..terus dituju mata jarum ke tangan saya, sambil mata jarum nak masuk ke kulit, dia baca bismillahhirahmanirrahim dengan kuat dan jelas saya dapat dengar. :)
Memang terasa jarum besar masuk kulit,dia berhenti tekan jarum tu masuk,then dia tarik semula dia cakap " kalau puan tak tahan, cakap ye..saya nak cari urat" saya tak mampu nak jawab..ermm je yang keluar dr mulut..hihi..Alhamdullillah kejap je mata jarum tu cari urat, dah jumpa..pandai nurse tu..banyak jugak darah saye kena amik.

Lepas dah siap, dia tanya " sakit tak?, tak kan?" ikhlas senyuman dia.. =)
saya cakap tak, tapi terasa jarum tu besar.hehe..
Saya sempat tanya lagi, ujian darah ni untuk apa ek?
dia jawab untuk test tahap hormon progesteron.
saya tanya lagi, hormon progesteron tu camne ek?
Dia kata hormon dalam menstrual kita..then dia senyum-senyum, mungkin tak tahu sangat ataupun dia rasa tugas dia hanya untuk ambil darah. hehe..saya terus kate, ok takpe nanti balik rumah saya google..
then dia cakap, "nanti result masa hari next appt puan dengan Dr.mashita, dah ada tarikh kan?"
yesss.. sekarang saya tak sabar menanti 18 april (CD28) untuk tahu result kedua-dua sample air mani budi dan darah saya ni..

tak ada kesan lebam pun kan..mmg pandai nurse tu..hehe

Balik rumah saya sempat google pasal ujian tahap hormon progesteron.
dan ini yang saya jumpa.
*
*
*
(tekan)

wallahualam...

Wednesday, 28 March 2012

Appointment pertama - 28Mac2012

Assalamualaikum

Seperti entry sebelum ni, tadi saya dah buat kunjungan pertama. Dari malam tadi hati dah esaited sebenarnya....hihih..Pagi tadi pergi ofis dulu, appoinemnt pun pukul 3,so saya kerja dulu. 
Siap-siap isi borang keluar ofis, pukul 2 saya gerak, sampai rumah amek budi. Dalam 3.15 kitorg sampai Az-zahrah terus naik tingkat 1.

Sampai tingkat 1, pergi kaunter, isi form (eh! kad tapinye..haha)..pastu tunggu sampai nurse panggil. Dalam 10minit kitorg duduk sambil tengok tv, nurse panggil masuk bilik.
Dr. Mashita comel orangnya. Kecik je. Nampak muka saya terpacul di daun pintu, Dr Mashita senyum dan serentak saya dengan dia bagi salam dan serentak jugak kami menjawab..hihih...

Macam biasa, mula-mula jumpa mesti sesi berkenalan dulu kan..hihi..
Dr Mashita tanya da berapa lama kawen, period teratur tak, selalu berapa hari, senggugut ada tak, penyakit keturunan, pernah oparate tak.
Then dia tanya Budi, smoking ke tak..Budi angguk, saya dengan pantas jawab yea...haha..ingar Dr nak ceramah dia, tak de la pulak..ok nasib dia selamat..hihi...
Then dia terangkan step pertama untuk hari ini. Dia akan buat ultrasound untuk tengok kedudukan rahim, since hari ni saya dalam CD7, so dia bagi asid folic untuk sebulan. Mana tau kot boleh concieve, =)

Saya disuruh baring atas katil untuk buat ultrasound, kene trunkan sikit sluar sampai paras ari-ari. Mula-mula Dr Mashita tekan-tekan perut saya.
Saya terkejut, terkeraskan perut pulak sebab geli..hahahha..Doktor tanya sakit ke, saya kata terkejut, geli..haha..Dia gelak sikit...
Lepas tu dia picit lubricant atas perut saya, terpicit banyak. Dia termelatah pulak..hihihi..
Then terus dia letak alat tu atas perut saya, ada monitor yang saya boleh tengok di atas depan kepala saya..
Tiba-tiba nak senyum dalam hati, seronoknya kalau scan macam ni ada nampak benih yang akan membesar dalam rahim saya..InsyaAllah 1 day..
I trust in you, Ya Allah..
Mungkin kulit perut saya tebal, Doktor kata dia kena tekan lebih sikit, sambil tu dia tanya jugak sakit ke. Saya memang tak rasa sakit,seronok pulak tengok Doktor scan perut saya.
Sambil tu dia explain:
"kedudukan rahim ok, cun..No fibroid, No cyst.." Ovari kiri ok, kanan pun ok.
Cuma dia kata, nak tengok tiub fallopio tak nampak, sebab kulit tebal then maybe lemak banyak. huhuh..
Tapi takpe, untuk tengok tiub ade step lain. Rasanya ada 2step Dr Mashita sebut. tapi saya ingat 1 je, HSG..sebab masa dia sebut tu saya sibuk-sibuk nak zip seluar.ahhaha.
Dia kata jangan risau so saya pun tak ada la nak tanya sangat pasal tu. 
Yela step by step kan.

Then dia bagi tahu nanti CD21 iaitu pada 11 April saya kena amik sample darah dan Budi selewatnya pada tarikh yang sama kena bagi sample air mani dia. syarat untuk bagi sample air mani, tak boleh bersama dalam masa 3hari. hihiih ^_^

Sample darah saya, nurse di Az-zahrah jugak yang akan buat, tapi sample air mani Budi kena hantar di lab gribbles, belakang az-zahrah. Lepas diskas dengan Budi, since saya baru habis period, so memang kitorg dah seminggu lebih tak berBD, so dia kata nak bagi terus. Kitorg pun terus pergi lab tu, dalam kepala saya fikir keadaan lab tu macam klinik la . Sekali pergi, memang betul-betul macam lab, lapang aje. Semua pekerja adalah wanita, masa kitorg pergi tu. Cik yang entertain kitorg tu cakap kalau nk bagi sekarang boleh, tapi diorg tak ada bilik, ada toilet aje. Dalam hati saya da gelak sebenarnya, habisla laki aku, cemana nk buat tu..Cik yang entertain kitorg tu pun ala-ala segan nak cakap..hahaha..Budi pulak dah termalu-malu. Cik yang entertain kitorg tu cakap kalau nk buat kat rumah, dengan syarat kena hantar dalam masa sejam. Saya rasa sempat dari rumah ke bangi tu sejam. Since Budi nak buat terus saya ikutkan aje. Adala dalam 10minit dia masuk toilet, dia keluar senyum-senyum tunjuk botol kosong kat saya..hahahaha...Dia kata "tak boleh la yang"..Memang saya tak tahan dah nak gelak time tu. Cik tu pun gelak jugak. So budi cakap dia nak buat kat rumah then hantar ke lab tu., naik motor sempat insyaAllah dalam ms 30minit je. =)

Untuk appointment kali ni saya dapat bekalan asid folic untuk sebulan. 

So next appointment (CD28) : 18 April (utk result darah & air mani)
11April (CD21) - saya hanya dtg untuk diambil darah

total cost appointment 28mac2012 : RM239
asid folic 30biji = RM 19
consultation = RM70
lab darah & air mani = RM120
ultrasound = RM30

Sampai dalam kereta, Budi terus cakap "abang kena tahan la lagi sehari ni?" hahaha saya faham maksud dia.
semalam lepas balik kerja saya terus mandi wajib since period dah kering. then saya bagitau dia saya dah suci. Malam tadi masing-masing penat terus tidur je.haha..
Ayat Budi tu saya balas pulak untuk sedapkan hati dia, "takpe la bang, esok kan khamis, malam jumaat dapat pahala lebih" ngeh ngeh.. dia senyum je pandang saya..hihih..
sabo je la suamiku...

itu aje la untuk share kali ni.

Wallahualam..

Monday, 26 March 2012

First Appointment with gynea

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah lama saya berbincang dengan Budi, kami dah sepakat nak pergi start rawatan dengan doktor.

Semangat saya kuat setelah bulan lalu (Februari) saya tak datang period, dan UPT pada 29feb dan 15mac menunjukkan keputusan negatif. Tujuan asal saya buat appointment nak suruh doktor cek kenapa period saya tak datang sedangkan UPT negatif, sebalik selepas sehari saya buat appointment melalui telefon dengan Az-zahrah, pada hari khamis lepas (22 mac) period saya muncul dengan meriah sekali.
Hati memang riang, sebab memang saya tak simpan dalam kepala yang saya pregnant. *_^
Masa tu saya tak kisah kalau UPT bagi signal negatif, tapi saya lebih risau period saya tak keluar. Yes, saya memang sdar period saya tak teratur, tapi setakat ni belum pernah dia tak muncul dan UPT negatif.
Kalau period tak muncul, UPT positif itu memang saya gembira la.... =)

Satu lagi yang buat saya suka sangat, sebab period bulan ni, datang on da same date dengan period saya bulan januari. Bulan februari dia tak dtaang tu yang saya pelik.

InsyaAllah appointment saya pada hari rabu ni dengan Dr. Marsyitah di Az-zahrah Bangi. Nanti saya update.
Dalam kepala berlegar apa la yang doktor nak buat kat saya dan Budi nanti.. Masa appointment tu InsyaAllah  saya dalam CD7. Moga tiada apa yang tidak sedap didengar. aminnn...

Doakan saya! ^_^