Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Friday, 23 October 2015

2nd IUI, Diet & BBT

Assalamualaikum...

Rindu nak cerita pasal TTC.
Ye Yana masih TTC, silent bukan bermakna sudah ada penghuni rahim ni.hehe InsyaAllah soon..very very soon =)

Buat pengetahuan yang follow cerita TTC Yana, Yana dah pun menjalani IUI kedua last cycle tapi mungkin waktu itu Allah nak tiupkan satu roh dalam rahim Yana, CD32 Yana period tepat pada hari yang di expect oleh apps My Calendar. Yana on IUI dengan clomid 150mg dan pregnyl 10000.
Ada 2biji folikel yang besar di sebelah kiri ovari, 20x22 & 18x20. Kanan semua PCOS...huhu

Doc tak prescribe any medicine for next cycle. Lepas IUI doc bagi UPT test 2keping dan Duphaston utk kuatkan rahim. Jika BFN (Big Fat Negative) doc schedule dtg pada CD2. Yana tak sure samada untuk TVS ke hape sebab sape yang buat treatment kat HKL memang TVS pd CD2. Tapi kat PBBR presint 8 tu macam Yana tak pernah dengar pulak, kot mungkin prosedur baru. 

CD1 - 17Oct Yana amek keputusan utk rehat treatment sampai bulan 12. Nak disiplin diet, Takdela specific pada diet atkins tapi Yana memang tak amek nasi dan selalu makan bayam. Jadi fav pulak dengan bayam..haha. 1 lagi Yana amalkan minum Aloe Vera utk detoks usus, so far dah 3bulan Yana amalkan, mungkin sebab tu jugak period  jd tetap 32hari. Alhamdulillah =)
( kalau nak cuba, boleh contact Yana ye ..follow IG : foreverlivingsisters....hehe sempat promote) 

Start cycle ni jugak Yana dah start dengan BBT. Seronok pulak rasa celik je mata jam loceng bunyi terus amek termometer amek suhu, pastu pejam semula kejap..hikhik -amek mood nak seret tuala mandi...Dulu Yana pernah jugak berBBT tapi guna termometer biasa yang 1decimal je. Sekarang memang nekad nak kenali tubuh badan sendiri, so Yana beli BBT termometer OMRON tu. Haritu tengok kat Guardian RM80++. Entah cemana hari nak beli tu Yana usha kat lazada, ade dua harga 1 dalam 70lebih, 1 lagi RM61 sekali postage. Ofkos la pilih yang lagi murah kan.. hehe..
So bermulalah cycle berBBT..seronok pulak tengok graf, jadi excited nak tempting pagi-pagi..hehe..InsyaAllah moga istiqomah..

Inilah termometer BBT =)

Semoga Allah beri keizinan dengan usaha yang sedikit ini.. amiinn..

Wallahualam..


Tuesday, 13 January 2015

TVS CD10, CD12 dan IUI

Assalamualaikum.

Tempoh hari pada CD21 saya dah amik darah iaitu pada 2disember dan 4disember saya ada appt jumpa gynae. Alahmdulillah perjumpaan pertama went well. 

Doctor Huda prescribe saya dengan clomid 100mg dari CD2-CD6. Dan pada CD10, saya kena buat TVS yang pertama. Appt di Pusat Bersalin Risiko Rendah (PBRR) tu sangatla memudahkan sebab tempatnya yang memang lebih selesa berbanding hospital yang sibuk dan parking yang susah.

13Disember, period saya datang untuk hari pertama di cycle yang baru dan bermakna 14Disember saya akan mula makan clomid. CD10 saya jatuh pada 22Disember, saya pergi sorang je sebab cuma untuk buat TVS dan lepas tu saya masuk office semula. CD10 Doktor Huda cuma jumpa yang paling besar di sebelah kiri adalah 8mm x 11mm dan di sebelah kanan 12mm x 9mm. Doktor Huda memang harapkan yang sebelah kanan. Masa tu saya kena marah sikit dengan Doktor sebab tak kencing dulu, saya confuse sebenarnya TVS kena kosongkan pundi atau pundi kena penuh.hehe. so note ye, TVS pundi kencing kena kosong. ET saya masa tu cuma 4.8, nipis doktor kata. Doktor Huda suruh datang semula TVS pada CD12. 

CD12 kebetulan terkena pada tarikh saya exam, so pagi tu saya pergi exam dulu. Dan lepas exam terus saya pecut pergi PBRR sebelum doktor keluar. Sampai-sampai lif pulak rosak, menapakla saya naik ke tingkat 5. huhu... Sampai tingkat 3 dah tercungap, sampai pulak ke klinik fertiliti tu, mengah-mengah dah..haha.. memang tak ada patient pun. Masa tu nurse bagitau Doktor dah keluar. Memang muka dah frust masa tu, dah la merangkak naik tingkat 5 ikut tangga. Sekali acik cleaner tu cakap, Doktor Huda ada kat bilik sebelah. Alhamdulillah lega saya, sebab esoknya Krismas memang takde harapanla nak TVS pun kalau dah cuti. Lama jugak tunggu Doktor Huda sebab dia ada urusan lain, so saya pun tak kisah sebab dah tengahari kan.hehe. nasib Doktor still nak entertain saya..hehe. Lepas tukar kain, ready untuk TVS. Seperti yang dijangka, memang folikel sebelah kanan yang membesar 20mm x 20mm, dan sebelah kiri cuma membesar hingga 9mm x 12mm je. ET 7.5, bagi doktor still nipis tapi dia kata boleh je nak proceed. Saya tanya at least doktor nak berapa ET tu? Dia kata 10... gulppp macam jauh je..tapi bila saya tanya kawan-kawan lain, diorang kata ada doktor nak 10, ada nak 8 ada yang 7 pun dah ok. Oh ye ke...takpelah saya malas nk banyak fikir. So dengan itu Doktor akan proceed untuk IUI. Maka, bermulalah debaran untuk IUI pertama kali.

Copppp!! sebelum balik tu, doktor ada orderkan Pregnyl 10000iu  untuk saya cucuk pada malam itu juga pada jam 11malam iaitu 36jam sebelum proses IUI. Nurse bagitahu boleh cucuk samada di dewan bersalin Hospital Putrajaya atau di mana-mana klinik swasta-mungkin dikenakan sedikit bayaran. So saya tak decide lagi mana saya nak cucuk. Owh sebelum tu nurse pesan, suruh cucuk di punggung, jgn cucuk di perut, sakit katanya. Sebelum balik, saya turun ke tingkat 3, ambil pregnyl di farmasi. Pharmacist pesan simpan ubat tu dalam freezer, jgn simpan dalam chiller nanti rosak. So balik office, saya terus simpan dalam freezer, siap buat reminder takut lupa nak ambil masa balik nnt. Lepas tu saya whatsapp Budi, bagitau dia get ready untuk IUI Jumaat nanti dan saya tanya pendapat dia nak cucuk kat mana pregnyl tu. Radhi kata kita pergi dewan bersalin je terus, senang.Mungkin nurse-nurse di dewan bersalin tu dah well known pasal cucuk2 pregnyl di tengah malam ni, so no need to explain beria kalau p klinik swasta biasa.

So malam tu kami keluar awal, sebab pergi makan kat luar terus then ada nak beli barang sikit. Dalam 10.20 kami gerak ke Hospital Putrajaya. Nasib dapat parking betul-betul depan dewan bersalin tu. Masuk dewan bersalin tu, tunjuk je kotak pregnyl tu , memang betul kata Budi no need to explain. Nurse suruh duduk sekejap sebab diorang tengah ada kes. Masa duduk tu dengar suara Doktor Huda, tengah explain pada sorang lelaki sebab wife dia nak kena c-sect tak boleh bersalin normal.  Doktor Huda ni kecik je, comey pregnant lak tu. Siang malam kerja, huihhhhh... Lambat jugak saya dapat kena cucuk tu, siap dah remind 2x kat nurse, kebetulan diorang tengah busy agaknya. Dalam 11.15 saya kena cucuk, sekejap je. Tapi memang sakit la. Jarum halus agaknye.. Bisa punggung. hahha..

Macam dah panjang sangat ceritanya. Cerita prosedur IUI saya sambung next entry la eh. InsyaAllah esok saya publish, cuma nak buat kat entry lain je, sebab panjang sangat entry ni. Owh ye, untuk buat IUI, suami still kena puasa 3-5days, macam nak buat HSA, tak boleh BD..hehe.. masa nurse tanya tu, saya last BD isnin, Jumaat IUI. Nurse kira dalam 4hari, mula dia kata ala apsal tak BD lagi selasa ke..haha lawak nurse ni. Dia kata tak pe la, boleh juga la 4hari pun. So take note lepas ni kalau agak-agak macam berkemungkinan buat IUI, so BD dulu la at least ms CD11, sebab kebiasaannya prosedur IUI akan dibuat pada CD14.

InsyaAllah next entry saya cerita prosedur IUI dan resultnya... jeng jeng jeng.... 

Wallahualam...

Tuesday, 25 December 2012

Daddy n Mommy

Assalamualaikum...

Ahad aritu kitorg ke seremban, penuhi undangan majlis kahwin ofismate saya. Kami pergi pun dah lewat, pukul 330ptg baru tiba rumah pengantin. Pagi tu saya ada urusan yang diselesaikan.

Dalam perjalanan ke Seremban tu, saya cerita kat Budi yang bestfriend saya masa kat kelas dl (dia kenal jugak sebab kitorg belajar sekali), dapat anak kedua. Alhamdulillah baby kedua dia,boy. So dah dapat sepasang anak , yang sulung dulu perempuan skrg dalan setahun 9bulan. Alhamdulillah rezeki dia kan..Saya tak ada rasa apa-apa pun, sebab perasaan jeles ke,dengki ke, rendah diri ke..tu semua boleh buat hormon kita carca marba kan..so let it go, itu rezeki dia yang Allah dah tentukan.

Tak lama lepas saya cerita tu, Budi tetiba boleh cakap, " nanti kita ada baby, abang nak anak kita panggil abang, daddy! "..terus saya sengih and letak tangan saya kat dahi dia sambil tanya, "abang demam ke? tetiba plak dah nk panggil daddy, abeh ayang?" ..haha dah kata suami demam, saya pun nak demam same. :p 
Budi cakap, " abang dah Daddy, ayang Mommy la...Mommy monster!" ..kuat gila plak dia gelak lepas cakap tu..hehe..pastu dia ulang lagi, "ok ye yang, Daddy n Mommy"..haha 
Hai la suami, macam-macam awak yea.. ^_^

Dulu dia pernah cakap, nak suruh panggil babah, saya mama..ni dah 2tahun tukar Daddy -mommy plak..klu 2tahun lagi tak ada rezeki lagi, tak tahu la kot tukar lagi..huhu..NO! harapnya dah ada la rezeki untuk kami dalam tempoh tu.. =) aamiin , In shaa Allah..

Saya tak kisah panggil ape pun, mak, mama, umi, ibu mahupun mommy..yang penting saya ada gelaran yang diidamkan semua wanita itu.. =)

Wallahualam....


Tuesday, 10 July 2012

CD40 or ..........

Assalamualaikum..

I'm entering my first ever 40days cycle of menses 
OR 
there was a little khalifah in my womb. :)..amin

Walaupun period saya tak regular tapi belum pernah dia tak menjenguk sehingga cecah 40hari. 

Ini perhatian yang saya buat tentang cycle saya tahun ini:

Januari ~ 25days
Februari ~ 37days
Mac ~ 23days
April ~ 20days
May ~ 31days

Kalau ikutkan senarai diaatas, cycle yang terpanjang tahun ni adalah pada bulan 2 iaitu 37hari.
Biasanya cycle saya pendek-pendek je.

Sekarang saya diserang sakit tekak yang amat. Rasanya dah dekat seminggu saya sakit tekak. Semalam saya MC. Memang tak larat sangat, bangun pagi tekak kering. Nak telan air liur pun saya menangis.Pedih!
Saya pergi klinik, doktor bagi ubat kumur,ubat demam, antibiotik dan ubat kemam.
Saya hanya guna ubat kumur dan makan ubat kemam. Saya tak berani nak telan antibiotik. Takut kalau betul 'rezeki' saya sudah sampai.

Saya pasti mereka yang sama TTC dengan saya dan pernah lewat datang 'kotor' pasti akan simpan satu harapan yang besar kan?
Macam tu juga saya dan Budi. Setiap kali sujud terakhir saya dalam setiap solat saya berdoa moga DIA tenangkan hati saya dalam berteka-teki ni.
Saya pohon jika bukan rezeki saya, datangkanlah darah kotor saya dalam waktu terdekat ini dan jika sudah rezeki saya, peliharalah dan selamatkan dia yang ada didalam rahim saya sehingga selamat dilahirkan kelak.

Doakan saya yea kawan-kawan.
InsyaAllah apa jua yang bakal muncul, saya akan share dengan kawan-kawan semua.. =)


Wallahualam..


Saturday, 7 July 2012

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari ni CD37.
Belum ada apa-apa tanda yang cik p bakal muncul mahupun tanda-tanda kami akan dapat berita gembira.

Ikutkan dari cycle-cycle lepas, cik p akan datang tak lebih dari 40hari.
So mungkin saya akan tunggu hingga masuk ke CD40, baru saya nak buat UPT.

Lagi 2 minggu kita akan jumpa bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
InsyaAllah jika cik p masih belum kunjung tiba, saya akan buat UPT sebelumnya datangnya Ramadhan nanti.
Semoga saya dapat puasa penuh di Ramadhan kali ini..
aminn.

Wallahualam.

Thursday, 31 May 2012

31Mei - CD30

Assalamualaikum..

Hari ni CD30..cik P masih tidak berkunjung =) 
UPT pun saya tak buat lagi. 
Saya kira mungkin masih awal. Tapi bila bercerita dengan Budi dah tentu dia suruh saya cek UPT cepat-cepat sebab cik P saya jarang datang sehingga menjengah cycle 30 walaupun irregular. Kadang - kadang ada juga sebulan 2kali cik P saya datang melawat. Saya berkeras tak mahu cek lagi, sebab saya tak ada rasa tanda-tanda yang ada nyawa lain dalam rahim saya. Bukan saya nak menafikan jika sudah sampai rezeki saya tapi saya tak sanggup nak letak harapan yang tinggi dan tak sanggup nak berasa kecewa bila saya nampak UPT tu hanya keluar 1 line je. ~_~

InsyaAllah nanti bila kekuatan tu dah datang saya akan buat UPT jika cik P masih belum berkunjung ..

Doakan saya dapat share berita gembira dengan kawan-kawan semua. Amin  ^_^

Wallahualam..

Sunday, 13 May 2012

12Mei - TVS on CD11

Assalamualaikum...


Kali ke-2 buat TVS jatuh pada hari sabtu. Alhamdulillah kali ni Budi dapat teman saya. =)
Keluar dari rumah pukul 10pg, appointment pukul 11pagi, terus ke bangi, kitorg mengisi perut dulu makan roti canai. hehe  Kedai dekat je dengan Az-zahrah. Dah 10minit lepas pukul 11 baru kami gerak ke Az-zahrah. Masuk klinik O&G, ramai sangat orang. Sampai ade yang berdiri. Saya terus serah kad lawatan kat kaunter. 
Saya nampak nurse selit no 11 pada fail rekod saya.

Lama jugak menunggu kali ni, yela hari cuti kan. Dalam setengah jam baru nama saya dipanggil. Masuk aje bilik doktor, terus Dr. Mashita suruh baring untuk scan. Kali ni saya sangat berdebar-debar nak tengok perubahan telur-telur saya, plus Budi pun dapat tengok dengan jelas pada screen. 

Lepas alat scan tu dimasukkan dalam miss V, lama jugak Dr.mashita mencari telur saya. Masa tu saya memang sangat-sangat berdebar, takut tak jumpa sebiji telur pun. Lama alat tu digerakkan, jumpa sebiji. "Alhamdulillah, ha tu besar!!"  itu yang mula-mula terkeluar dari mulut Dr. Mashita. Saya senyum dan bersyukur dalam hati bila nampak telur yang besar tu. Masa tu doktor tak sebut berapa ukuran telur tu. Tapi dia cakap, ada sebiji yang besar pun dah cukup, dah have a chance to concieve. Telur yang besar tu di bahagian kanan ovari saya. Di belah kiri ovari, sebiji pun tak jumpa. Mungkin dah matang dan dah pecah. Dengan TVS juga, Dr.Mashita cuba untuk tengok ketebalan dinding rahim saya, tapi tak dapat. Dr.Mashita try scan dari ats perut saya. Still tak boleh nampak ketebalan tu. Mungkin disebabkan perut saya yang banyak lemak...huhu.. Lepas tu Dr.Mashita terangkan pasal kepentingan dinding rahim tu. Katanya dinding rahim tu ibarat tanah untuk benih-benih tersemai. Nanti kalau sperm + ovum bersatu, ia akan menempel kat dinding rahim tu la. Saya suka penerangan dia, Budi pun angguk-angguk tanda faham. 

Bila dah siap scan, saya tengok apa yang Dr.Mashita tulis dalam fail saya. Waktu tu baru saya tahu rupanya saiz telur saya yang sebiji tadi tu adalah 22mm..Senyum meleret saya. Alhamdulillah folikel-folikel bagi respon yang baik dengan clomid yang saya makan tempoh hari. Lepas tu, Dr Mashita adela suggest untuk pregnyl injection yang berharga RM110. Doc cakap injection ni untuk pecahkan telu tu and malam tu jugak kena on BD. If not dalam seminggu ni, at least kena berBD selang sehari untuk get more chance to conceive.
Cara doc cakap macam dia tak galakkan untuk saya amik injection tu sebab expensive. Saya  tanya doc, " kalau tak amik injection tu pun, telur tu memang akan pecah jugakkan?" doc cakap, " yesss, memang akan pecah, cuma tak tahu bila and both u kena rajin on sex la. Kalau boleh selang sehari kena on sebab sperm boleh hidup 24jam lepas ia dilepaskan." So saya terus amik keputusan untuk tidak amik injection. Saya nak try natural dulu lepas on clomid kali pertama ni. 

Kalau saya berjaya, alhamdulillah rezeki saya sudah tiba. Jika tidak, saya redha dan yakin Allah masih ingin menguji saya. =)
Sebelum keluar, Dr.Mashita pesan. Kalau period dah lewat, buat pregnancy test dulu di rumah. Kalau positif, Alhamdulillah . Sekiranya belum rezeki awak, hari pertama period datang beli clomid di farmasi bawah terus, tak perlu jumpa saya. Beli clomid dalam dos yang sama 100mg sehari, makan dari CD2-CD6.  Tak perlu naikkan dos lagi, sebab telur respon dangan 100mg. So nanti macam aritu la, CD10 bulan depan kita scan lagi kalau still belum conceive. 

total cost : RM 95

Consultation : RM50
ultrasound : RM 30
Pharmacy + laboratory : RM 15

Masa di kaunter bayaran, nurse bagi saya susu free. ..hehe


Nestle Mom & me perisa vanilla.

Sampai pagi tadi, dah 3kali saya minum..hehe sedap..

Bersyukur sangat telur saya bagi respon pada clomid. InsyaAllah kena bekerja keras la ni..hehe 

Doakan saya.. 

^___^

Wallahualam...

Friday, 30 March 2012

Berjangkit hendaknya

Assalamualaikum..

Sekarang time lunch di ofis, saya selalu keluar dengan dua orang geng baru. Geng lame kerja syif, so xboleh keluar waktu yang sama dah. huhu...
Saya tahu yang sorang geng baru saya ni pregnant, sejak sebulan lepas saya tengok badan dia makin naik. Tapi ye la, tak kan nk tegur kan. Lama-lama tersebar jugak cerita yang dia preggy. ^_^ 
Alhamdulillah..
Memang saya selalu usap perut dia. Hari-hari mesti at-least sekali saya akan usap. Tapi saiya buat dalam keadaan berborak dengan dia, dalam hati saya berdoa dan berharap, moga berjangkit rezeki itu pada saya..amin

Isnin lalu, saya baru tahu geng makan lunch saya yang sorang lagi tu pun preggy... Subhanallah, alhamdulillah..
Kali ni saya boleh usap perut 2orang sekali hari-hari..
Ya Allah permudahkanlah usaha kami ini..amin..

Mulanya hati memang sayu, bila diorang cerita pasal kandungan. Tapi saya buang perasaan tu jauh-jauh. Untung diorang banyak bagi semangat buat saya untuk terus berusaha hingga berjaya.

InsyaAllah niat yang baik, pasti baik balasannya.. 

Mari terus berusaha jangan berputus asa.

Wallahualam...

Sunday, 25 December 2011

Ikhtiar pertama

Assalamualaikum...

Lama entry terperuk dalam draft..hihi.. sorry ya! So okla Yana nak share apa yang kami berdua dah usahakan setakat ini..

3minggu lepas, Yana & Budi pergi Meru, berurut kt sorang kakak ni. Kawan baik kami yang suggestkan pergi jumpa kakak ni. Kawan baik kami tu dah kawin 3tahun. Lepas anniversary diorg yang kedua tahun lepas, diorg pergi jumpa kakak ni. Alhamdulillah rezeki diorg, sekali jumpa aje, da lekat.. rezeki kan? tu jugak usaha pertama yang diorg buat =)

Since awal Disember aritu, genap setahun setengah Yana & Budi kahwin, so kami pun decide untuk berusaha dengan lebih lagi. Nak-nak bila kawan baik da ada baby kan? lagila nak baby cepat-cepat..hihi..
Kakak tu kami panggil Kak Ani.

Kak Ani urut 3hari berturut-turut di awal pagi. Disebabkan time Yana period tu, waktu Yana & Budi shift pagi, so kami xdpt nak pergi waktu yang Yana period tu. Cuma pergi sekali pada sebelah malam sebab kawan baik kami tu nak tunjuk jalan ke rumah Kak Ani pada kami. waktu tu memang waktu Yana period. Kami bertolak betul-betul lepas solat Maghrib dari Putrajaya, dan sampai Meru lebih kurang jam 8. Elok-elok sampai rumah Kak Ani, azan Isyak berkumandang. 

Malam tu Kak Ani urut jugak Yana, nak tengok ape masalah. Kak Ani ada rumah urut sendiri tau. Rumah kecik je. Okla, selesa, sejuk je...Kawasan kampung kan? memang sejuk,aman je.. ^_^
Kak Ani tanya, berapa lama dah kawin? pernah cek doktor atau tak? Period normal ke tak?Kak Ani kata eloknya cek doktor la, boleh tau apa yang tak betul, dia boleh tolong betulkan. Tapi tak cek pun tak pe, die tolongkan dulu ikut apa yang kita bagitahu dia masalah kita. Kak Ani urut satu badan, memang best! Yana tak pandai keluarkan angin, so Kak Ani lah yang asyik sendawa.hihi.. Kak Ani urut mula dengan perut, tangan, kaki, belakang badan, bahu dan kepala. Memang puas hati, terasa ringan badan. Yana ada tanya Kak Ani apa masalah Yana ni. Kak Ani kata tak ada masalah berat, cuma lemak banyak kat perut di campur dengan angin pulak. Pastu kedudukan rahim rendah sikit dan tak duduk kat tempatnya. hihi..Kak Ani kata, nanti urut 3hari, dia betulkan. =)

Kak Ani memang kerja dia mengurut orang TTC macam kita, urut orang lepas bersalin, urut badan lenguh-lenguh pun boleh. Kalau bakal pengantin nak berurut macam kat SPA tu pun boleh. Kasi segarkan badan. Kak Ani kata orang kat spa tu bukan tau urat yang tak betul kat mana. Main suka-suka je tekan sana sini. hihi.. sungguh tradisional kan Kak Ani?
Selain urut, Kak Ani amik tempahan katering jugak. Kak Ani masak sedap! Owh lupa nak kasi tau, Kak Ani asal Kelantan! hehe..

Untuk aktiviti urut 3hari, Yana akan buat entry lain yea. Banyak sangat yang nak share kat dalam 1 entry. InsyaAllah , Yana usahakan dalam minggu ni jugak. Promise! ^_^

Jumpa lagi *_^

Sesungguhnya yang buruk itu dari kami, yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T

Wallahualam...

Tuesday, 28 June 2011

Neves...

Assalamualaikum..

Sehingga hari ini,Yana da lewat peyed utk 5hari...
tiada tanda kebiasaan Yana peyed..
tiada tanda seperti mengandung..

Selera makan bertambah..rasanya Yana nak peyed pun akan rasa bertambah selera makan..
Kalau pagi bangun lambat tu (bl keje ptg) time gosok gigi,mesti perut da bernyanyi2..ehhehe..

Bila selera makan bertambah, sesedap rasa aje makan banyak2, then mulalah rasa cm nk terkeluar balik...Yana ada share ngan kakak Yana, dia kata dia ms preggy pun xde muntah2..sbb mak Yana dl mmg pesen xmuntah2 klu preggy..tp bile mkn bnyk mule la nk terkeluar blk..cepat aje rase loyanye...

Yana da ade beli test kit..tp mcm belom bersedia nk test lg..nk tunggu smpai 14hari (klu boleh tahan la :p)...dl lepas kawen Yana pernah delay 15hari..so dats y Yana xmo test lg..takut kuciwa...ihhihi

Apepun doakan semoga double line muncul nnt yea.. ameen.. :)

Wallahualam..