Assalamualaikum
Lama menyepi dari blog. Sebab most of the time belek instagram and fb dari phone je.
Owh by the way Happy 61st Merdeka Day Malaysian!
Saya kerja hari ni, boring! The only lady in the office..huhu
Saje la telek blog and bukak email, ade someone drop comment yang membuatkan saya rasa nak bercerita kembali dalam blog ni...
April 2017, Allah izinkan buat pertama kali saya merasai kegembiraan bila buat UPT dapat 'double line' ;-)
Kandungan ini Allah izinkan hadir secara natural tanpa sebarang rawatan & ubat dari doktor juga sewaktu berat saya masih lagi 90kg+.
Tapi kegembiraan tu tak lama, Allah masih ingin uji kami. Kandungan saya membesar hingga minggu ke 6 sahaja, dan saya terpaksa di DNC pada minggu ke 12 kerana baby dah tak grow. Pada sepatutnya baby membesar di usia 12minggu dalam rahim saya, kantung cuma membesar pada saiz 6minggu dan masih tiada heartbeat dan kosong. Jadi, doktor terpaksa 'buang' bimbang saya dijangkiti infection jika dilewatkan.
Kami redha dan masih lagi berusaha sehingga kini.
Most of friends yang follow saya di instagram & fb tau akan cerita ini. Cumanya sebab dah lama tak berblog, saya tertinggal cerita ini dengan kawan-kawan ttc di blog.
InsyaAllah jika ada masa saya akan bercerita lebih panjang lagi.
Saya stop dulu, dah maghrib, insyaAllah saya sambung lagi nnt.
Wassalam..
hi.. content blog menarik. semoga apa yg dihajati dimakbulkan.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks
ReplyDeleteMoga ada berita gembira lagi.
ReplyDeleteAamin Ya Rabbal Aalamiin
DeleteAamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin
Delete