Wednesday 4 February 2015

Hati remuk

Assalamualaikum....

Hari ni hari paling sedih saya rasakan, hari yang paling saya takut, hati bagai direntap sekuat-kuatnya. Biras saya yang kahwin Ogos 2014 lalu telah pregnant! Saya menantu sulung dalam keluarga mertua tapi sebelum kami berkahwin, adik ipar yang ketiga kahwin setahun sebelum kami. Diorang sudah punya dua orang anak dara umur 4 dan setahun setengah. 

Ogos lalu adik ipar saya yang keempat kahwin. Dengan isterinya, memang kami rapat berbanding isteri kepada adik ipar yang ketiga. memang kehadiran biras baru ni buat saya gembira, at least ada orang baru yang masuk dalam family mertua yang boleh ngam dengan saya. 

Dipendekkan cerita, setelah mereka berkahwin, saya tahu memang mereka berdua mengharapkan cahayamata secepat mungkin walaupun usia masih muda dan adik ipar saya baru je dapat kerja tetap dan isterinya tak bekerja. Selama lebih 6bulan ni, dia banyak bertanya pendapat dan nasihat pasal TTC, pasal hari subur, pasal menses cycle...banyak lagilah. Jujurnya saya ikhlas memberi ilmu mana yang saya ada.

Saya tahu dia pun ada juga menangis bila period datang menjelma cuma mungkin kekecewaan yang dia alami bila hadirnya period tu tak sama dengan perasaan kita yang dah bertahun menghadap keadaan itu. Tika saya buat IUI tempohari, dia banyak juga bagi semangat dan mengharapkan saya dapat menambah zuriat keluarga mertua.

Malam semalam, pada hari periodnya lewat sehari, tika kami berwhatsapp, dia sent pada saya gambar UPT yang dia buat tengahari tu, memang saya nampak test linenya blur. Dalam hati dah terdetik, dia ni pregnant. Saya reply insyaAllah ada tu. nanti repeat test awal pagi ms nak solat subuh. Saya bagitahu Budi sebab kebetulan masa tu kami dalam kereta. Saya cakap, hujung tahun ni, abang dapat anak buah baru. Dia senyap je, mungkin tahu apa yang dalam hati saya masa tu. Saya rasa saya boleh handle lagi perasaan masa tu. Tapi, pagi tadi lepas subuh dia send gambar lagi satu tester yang jelas positifnya, memang buat hati saya remuk. Lemah kaki saya melangkah nak ke ofis. Saat saya salam Budi sebelum pergi kerja, dia seakan mengerti perasaan saya tika even saya belum cerita hal pagi itu, mungkin dia fikir halnya yang malam tadi sebabkan saya begitu. Lama dia peluk saya, sebelum saya bergerak turun dari bilik untuk ke ofis.

Sepanjang perjalanan ke ofis, "hujan begitu lebat" dalam dalam kereta. Sampai saya naik ke ofis, air mata masih mengalir saya terus masuk ke surau. Lebih kurang sejam saya dalam surau meratap, menangis membuang segala perasaan berkecamuk, kecewa, takut, sedih. 

Satu yang saya fikir, bila balik ke kampung mertua nanti, apa yang akan mereka-mereka kata pada Budi. Saya tak kisah kalau mereka nak mengata saya, tapi saya akan sedih kalau mereka mengata Budi.

Entahlah saya macam dah tak mampu nak tanggung. Saya give up! Kalau saya punya duit yang banyak tika ini, perkara yang saya akan buat, unpaid leave sebulan, saya nak bersendiri mencari kekuatan diri ketempat yang tidak ada sesiapa tahu saya dimana.

Wallahualam....

Monday 2 February 2015

of this cycle

Assalamualaikum...

Hari ni CD22, saya tau memang tak de harapan untuk conceive cycle ni. 
Aritu masa period saya on juga clomid sebab Budi suruh on je, kita cuba katanya!
CD10 saya pergi TVS, ET cuma 5mm. Ovari kiri ade seketul yang besar 12mm x 12mm. Ovari kanan kesemuanya masih kecil. Doktor minta datang scan hari ke-16. Saya suka doktor tu, banyak yang dia terangkan. Doc cakap cycle period saya panjang so saya bukan ovulate pada CD14. Yes memang itu yang saya fikirkan dari dulu. Buktinya saya pernah dapat positif OPK tanpa makan apa-apa, cuma diet atkins dan tak ambil air manis pada April 2014 lalu. Dapat positif OPK macam dapat positif UPT gayenya...haha Oww masa positif OPK tu saya dalam CD17 dan CD18. Masa tu saya lose weight 4kg lepas buat atkins.

So CD16 saya datang semula untuk scan. ET masih lbh krg sama 5.2mm :(
Ovari kiri 16mm x 13mm. Ovari kanan 8mm x 10mm. Doc cuma harapkan seketul pada ovari kiri. Tapi saya da semat dalam hati, memang cycle ni takde harapan untuk IUI. Doc pun cerita dinding rahim sekurangnya-kurangnya dia nak 8mm. 10mm is the best!. 1 more thing doc cerita dia da beranak 3. Untuk dapat anak ketiga dia diet trunkan berat, bersenam at least sekali seminggu, tak buat yang keras-keras pon, die buat slow walk je asal keluar peluh. Banyak makan sayuran hijau. Lepas turun 4kg, dia pregnant anak no.3. Dia kata ada orang berat badan tu bukan faktor tak boleh mengandung, ada orang sebab berat badan je tak boleh mengandung. dan ofkos semua tu dari Allah. So dia conclude saya sebabkan ade PCOS dan berat badan berlebihan adalah punca utama susah lekat. Doc cakap hormon LH dan FSH saya semua normal cuma progesteron je rendah. Dan doc sangat tekankan untuk turunkan berat badan. Saya nampak doc note dalam system psl berat badan. CD16 hari rabu, doc minta saya datang semula CD18 iaitu hari Jumaat. Siang-siang doc bagitahu even telur besar, IUI still tak dapat buat sebab Putrajaya cuti sampai selasa. If telur saya besar pun after 36jam lepas cucuk pregnyl adalah hari ahad. so memang tak dapat buat IUI. Tapi doc still nak minitor telur yang 1 tu, schedule scan CD18 still diteruskan. 

CD18 saya datang. Doc masa saya scan CD10 tu bertugas. ET 5.6mm.. memang tak ada harapan terus untuk cycle ni even trying naturally sebab dinding rahim sangat nipis. Ovari kiri 12mm x 12mm, dah tak jumpa yang 16mm x 13mm tu hari. Mungkin dah pecah nurse cakap. Ovari kanan sangat banyak yang kecik-kecik dan nampak sangat PCOS nye. huhu.. Doc tanya cuba turunkan berat badan tak? saya cakap ada then doc suruh timbang, dia nak tengok perubahan dari 1st day saya datang treatment d PBBR Putrajaya. 
1st day (4 Disember 2014) - 30 Januari 2015 , cuma 2kg yang berkurang. Nasib baik ada turun,kalau tak mahu kena bebel bertingkek-tingkek...haha. So memang tak ada pregnyl dan tak ada IUI cycle ni. Kite berehat ye. hehe.. Tapi doc dah naik kan dosage clomid saya ke 150mg. 

Saya rasa saya nak berehat dulu dari ON clomid. Saya nak diet, saya nk beraerobik, saya nak turunkan at least 5kg dulu before saya on semula clomid. Lepas diskas dengan Budi, dia pun setuju. Lagipun saya dah start kelas semula dan insyaAllah bulan April nanti final exam. Tak nak stresskan kepala. So saya rehatkan body dari ubat.

Misi seterusnya, DIET! Welcome back atkins! =)
Doakan saya!

Wallahualam.