Sunday 24 November 2013

Hospital Serdang jadi pilihan

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak update blog ni. Maaf ye!!

InsyaAllah Selasa nanti (26Nov) saya akan mula dengan temujanji pertama dengan gynae di Hospital Serdang. Ye, lepas ni saya dah bersedia dan lebih serius untuk semuanya.

Alhamdulillah sejak 3bulan lalu, period saya dah lancar dan normal dengan izinNYA. So, temujanji selasa nanti saya boleh bawa kalendar yang cantik untuk tunjuk pada gynae tentang cycle saya 3bulan terkebelakang ini. =)
Saya consume SHAKLEE secara konsisten dan amalkan sedikit senaman dan pemakanan yang sihat. Dua bulan lepas saya ada juga pergi berurut dengan seorang makcik yang juga mengurut wanita lepas bersalin. 3orang kawan terdekat saya berjaya mengandung lepas betulkan segala urat (berurut) dengan makcik ni.
Kebetulan rumah makcik ni berdekatan je dengan rumah saya, so saya cuba pergi berurut dengan dia. Sebelum mula mengurut makcik tu ada bagitahu, dia cuma membantu cepat atau lambat semuanya kuasa Allah. 

Berbalik pada temujanji saya selasa nanti, sebenarnya lama juga saya menunggu tarikh temujanji pertama ni. Tak silap saya, sebelum puasa lagi saya mula dapatkan surat rujukan dr KK Dengkil untuk rujuk dengan gynae di Hospital. Semasa di KK Dengkil, doktor ada tanya saya nak dirujuk ke Hospital mana. Mula saya nak pilih Hospital Putrajaya, tapi tah macamana Hospital Serdang yang keluar dari mulut. Budi pun berat suruh saya pilih Hospital Serdang berbanding Putrajaya. hehe

2hari lepas saya dapatkan surat rujukan dari KK Dengkil, saya ke Hospital Serdang untuk setkan temujanji. Tarikh paling awal adalah bulan November, so saya terima je. Dalam waktu itu, saya memang nekad nak turunkan berat badan dan bawa perubahan cycle period saya masa jumpa gynae nanti. dan Alhamdulillah niat saya dipermudah. InsyaAllah nanti saya akan bawa perubahan 8kg dari berat saya ketika berjumpa doktor di KK Dengkil beberapa bulan lalu. ^_^

Update seterusnya InsyaAllah lepas saya jumpa gynae di Hospital Serdang nanti ye..

Wallahualam