Friday 13 January 2012

Makan Sireh

Assalamualaikum...

Ini kisah makan sireh pulak...hihih..
Soalan pertama Kak Ani pada saya lepas saya bagi semua yang dia suruh bawak tu, 
"Bolehkan makan sireh?" sambil senyum-senyum..
Budi da sengih-sengih kat saya..saya pun dengan sepantas kilat geleng-geleng dengan laju..haha..
Kak Ani kata, takpelah kita ikhtiar, dengan izin Allah mesti boleh punya! :)

Hari pertama makan sireh, 10minit saya pegang aje sireh tu. Berapa banyak kali saya baca bismillah pun tak tahu la..haha..Selawat nabi lagi.
Kali pertama sireh tu jejak lidah saya,saya kemam aje dulu dalam mulut. Terasa penuh mulut saya dengan sireh + air mulut yang dah terasa semua perisa dalam daun sireh tu..
Terus menggeletis badan ...ahaha..
Budi cakap, kunyah jangan telan..nanti tercekik..Masa tu tuhan je tau. MasyaAllah ape la yang sedap sangat orang tua-tua kunyah sireh ni.
Liat sungguh nak kunyah daun tu tambah pulak saya memang tak suka makan sayur yang daun hijau expecially SAWI...hahah 
*dah kena warning dgn Budi, once preggy he only will buy green vegetable...aiyaaa*

Sambil saya kunyah-kunyah sireh+gambir+pinang+sedikit sapuan kapur tu, saya berchatting di FB dgn Mrs.E, kawan baik kami berdua yang suggest kami pergi kt Kak Ani tu.
Mrs.E cakap dia dulu siap nak termuntah lagi, suami dia yang tekupkan mulut dia jangan bagi sireh tu terkeluar dari mulut..haha

Hari pertama dan hari kedua makan sireh, kira OK saja. Nak telan banda yang dikunyah OK, cuma yang sukar nak telan air dari sireh tu. fuhh.
rasa payau+pahit+sedikit pedas..
Naseb daun sireh tu xpedas sangat. Budi kata daun sireh sekarang dahsusah nak jumpa yang pedas-pedas.
*Suami saya suka kawan dengan orang tua-tua.. +.+ *

Hari ketiga makan sireh, saya ingatkan labih mudahla. Dah 2hari makan takde masalah sangat.
Nak dijadikan cerita, hari ketiga saya makan sireh tu, Budi kerja shift petang, pulang jam 11mlm. Pagi tu pulak saya bangun awal,lepas subuh terus saya berjaga. Jadi sebelah malamnya, jam 10 saya dah tidur didepan TV sambil tunggu Budi pulang. 
Jam 1145mlm Budi sampai rumah, kejut saya suruh makan sireh yang terakhir dan dia panaskan air buah zuriat.
Mungkin disebabkan dalam mamai-mamai saya kunyah sireh tu, saya hampir-hampir muntah masa awal-awal kunyahan. adehhh =.="
Mujur saya tak buka mulut je,  mungkin kalau saya terus buka mulut..memang dah tak dapat diselamatkan atas sofa putih tu juga saya muntahkan..ahaha

Habis je sisa sireh tu dalam mulut saya terus saya cari air. Alhamdulillah memang sangat-sangat lega masa tu.
Lepas satu azab rasanya.haha

Saya ada jugak tanya rakan sekerja, dulu ada makan sireh tak? Dia kata ada, masa mengurut lepas bersalin time pantang. Katanya untuk kesuburan rahim..
Saya pun lupa tanya Kak Ani..hihi
Tapi dah ramai orang yang Kak Ani bantu, Alhamdulillah berhasil..Jadi saya takla terlalu risau. 
Kak Ani cakap kat saya, dia hanya tolong ikut kepandaian yang tuhan anugerahkan pada dia, dan dia tolong buat solat hajat untuk orang yang  tolong. Selebihnya kita sendiri yang kena banyak berdoa dan bermohon pada Allah.
Pesan Kak Ani juga, suami sebelum menyentuh isteri, kenalah meminta izin terlebih dahulu dengan memberi salam. Sebelum suami melepaskan benih juga, kena sama-sama berdoa niat dalam hati agar dikurniakan zuriat pengikat kasih yang soleh/solehah.

Seronok saya dengar nasihat dan cerita Kak Ani. ^_^

Itu saja kisah saya makan sireh..hiihi

Kak Ani kata kalau belum rezeki lekat untuk bulan ni, jika period nanti, hari kedua datang balik urut dengan dia. Masa tu tak kisah waktunya bila dan sekali datang saje. 

Next entry : Kisah seurat darah. >,<

Thursday 12 January 2012

Berurut - Disember 2011

Assalamualaikum...

Maaf entry lame terperap.. so sorry... -_-"

Yana cerita kisah berurat from day to day ok.. =)

Hari Pertama

Kak Anie pesan datang awal pagi. Sesungguhnya kami akui, kami berdua memang jenis yang susah bangun pagi...hihi...Jam bunyi, siap snooze-snooze 2-3kali..haha..Tapi disebabkan semangat nak berurut, masing-masing kencang aja melompat dari katil..ahah..
Jam 7 kami gerak dari rumah di Seri Kembangan, sampai rumah Kak Ani dalam jam 8pagi.
Masa berurut Kak Ani akan urut kita di rumah urut dia. comel je. tempat cucu-cucu Kak Ani tidur. Rumah tu sejuk je :)
Suami pulak tinggal kat rumah Kak Ani, suami Kak Ani akan layan suami kita. Dioarang berdua sangat peramah. 
Mula mengurut dalam jam 830pagi lebih kurang. Kak Ani mula urut bahagian perut. Kalau peranakan rendah, dia akan naikkan. Macam Yana memang peranakkan Yana rendah sikit. Kak Ani ada naikkan. tapi memang perghhh..huhu..terasa jugak cm ada benda naik masa Kak Ani tolak tu..tak reti la nk cakap cemane..hihih..
Time tu kalau kita tanya apa masalah kita, dia akan cerita. 
Macam Yana, Kak Ani kata masalah Yana adalah , Lemak banyak kat bahagian perut. Maybe sebab tu, bila lepas bersama suami, air keluar semula dengan banyak even tak bergerak pun keluar...hihi..Bila lemak menutup pintu rahim, sperma xdapat nak masuk dan jumpa ovum..
Haaa macam tu la lebih kurang yang Kak Ani cakap.
Lepas bahagian perut, Kak Ani akan urut tangan then turun ke kaki lepas tu meniarap..Kak Ani akan urut belakang badan pulak. Asal ada ketul-ketul lemak Kak Ani akan tekan. Terasa woo bergerak-gerak lemaknye..Bila lemak dah berketul, memang sakit bila ditekan-tekan.
Dat tyme, terima aje la..pasrah -_-"
Lepas tu, duduk depan Kak Ani. Dia akan picit kepala kita buang angin. Macam Yana tak pandai keluar angin sendiri, Kak Ani la asyik burp..ihih..kesian..
Selesai urut hari pertama! yeay..Bila bangun berjalan menuju rumah Kak Ani tempat dimana suami menunggu, terasa sangat ringan badan.hihi
Sampai situ, minum air dan makan goreng pisang yang Kak Ani dah goreng siap-siap sebelum start mengurut tadi..hihi

Siap mengurut, lagi 14minit pukul 10pagi...huhuh..sejam lebih jugak berurut.

Hari Kedua


Macam semalam jugak, pukul 7pg kami gerak. Sampai dalam jam 8pg.
Mula mengurut, sama seperti semalam.
Step step yang Kak Ani usik sama aja..part yang paling seriua kali ni, tang lemak yang tebal-tebal..hihi.
Lemak banyak sangat, Kak Ani siap pesan suruh kurangkan makan.adehhh...
Kali ni Kak Ani kata lemak yang ketul-ketul kat lengan tangan tu da lembut sikit, rajin-rajin sapu minyak panas, InsyaAllah boleh hilang lemak tu. dengar memang syok je kan.. tapi nak buat tu tahan 2hari je.
lepas tu , buat tak tahu je dah!
Sejak seminggu dua tu, lutut kanan saya selalu sakit bila time berjalan. Saya bgtahu Budi, dia cakap sebab kaki kecik, badan saya besar. Masa Kak Ani urut bahagian lutut saya, saya tak bgtahu pun saya sakit lutut. Tetibe, Kak Ani tanya masa dia picit-picit bhgn lutut kanan saya, Dia tanya, ada sakit-sakit tak kat lutut ni bila bergerak. Terus hati saya terdetik, hurm pandai Kak Ani cari tempat yang tak betul. Kak Ani kata itu disebabkan,lemak dah terkumpul dan jadi jadi keras. Kena rajin-rajin sapu minyak panas,jangan bagi lemak tu keras balik.

Siap urut pun lebih kurang macam semalam.
Kak Ani ajak makan tengahari kat rumah dia, tapi saya terpaksa tolak sebab nak siapkan tempahan apam polkadot dari junior sekolah dulu..hiihi
Serius Kak Ani sangat baik, nampak muka dia yang memang memahami masalah kita. ^_^

Kami balik jam 11pagi sebab borak macam-macam dengan Kak Ani & suaminya.

Sebelum balik, Kak Ani pesan esoknya suruh bawak 4benda :
- daun sirih
-kapur
-gambir
-pinang


Hari ketiga @ terakhir


Sampai rumah Kak Ani dalam masa yang sama seperti hari-hari sebelumnya.
Kali ni Kak Ani bagitahu rahim saya macam bengkak sikit masa hari pertama urut tu, tapi hari ni da nampak ok. Dan Kak Ani cakap, dia da letak rahim pada kedudukannya.
Kali ni dia urut di bahagian perut lain sikit dari hari sebelumnya.urut secara membulat, mungkin pada kedudukan rahim yang sebetulnya. Saya tak sempat tanya, sebab masa tu kat Kak Ani tengah baca ayat suci di sambung dengan selawat nabi. So saya tak mahu ganggu.
Sepanjang masa berurut, kalau Kak Ani xberselawat atau baca doa, dia akan berborak je dengan kita. Tak kira la apa-apa topik pun,semua boleh. =)
Kami punya berborak sampai resepi masakan pun kami bertukar-tukar idea..hihiih

Siap berurut, Kak Ani akan siapkan sireh yang dicampur kapur,pinang dan gambir sebanyak 3keping daun sireh (betul ke penjodoh bilangan tu? haha)
Sehari kena makan 1, setiap malam berturut-turut sebelum tidur.
*entry lain saya cerita pengalaman makan sireh pulak*


Saya memang puas hati lepas berurut dengan Kak Ani. Ringan rasa badan!
Owh yea, Kak Ani nasihatkan jangan bersama sampai habis berurut 3hari tu. Masa tu hari kedua berurut Kak Ani bgtahu. Saya memang da mintak Budi puasa sepanjang hari saya berurut..hihiih..
Segan la dah la, Kak Ani tau je bila diusik2 part rahim/perut/ari-ari tu..Buatnye dia tanya..ish malula..ihihi.

Okla itu saja bab berurut rasanya.
Kalau ada apa-apa nak tanya,silakan. =)
InsyaAllah saya akan menjawab.

Wallahualam....