Sunday 25 December 2011

Ikhtiar pertama

Assalamualaikum...

Lama entry terperuk dalam draft..hihi.. sorry ya! So okla Yana nak share apa yang kami berdua dah usahakan setakat ini..

3minggu lepas, Yana & Budi pergi Meru, berurut kt sorang kakak ni. Kawan baik kami yang suggestkan pergi jumpa kakak ni. Kawan baik kami tu dah kawin 3tahun. Lepas anniversary diorg yang kedua tahun lepas, diorg pergi jumpa kakak ni. Alhamdulillah rezeki diorg, sekali jumpa aje, da lekat.. rezeki kan? tu jugak usaha pertama yang diorg buat =)

Since awal Disember aritu, genap setahun setengah Yana & Budi kahwin, so kami pun decide untuk berusaha dengan lebih lagi. Nak-nak bila kawan baik da ada baby kan? lagila nak baby cepat-cepat..hihi..
Kakak tu kami panggil Kak Ani.

Kak Ani urut 3hari berturut-turut di awal pagi. Disebabkan time Yana period tu, waktu Yana & Budi shift pagi, so kami xdpt nak pergi waktu yang Yana period tu. Cuma pergi sekali pada sebelah malam sebab kawan baik kami tu nak tunjuk jalan ke rumah Kak Ani pada kami. waktu tu memang waktu Yana period. Kami bertolak betul-betul lepas solat Maghrib dari Putrajaya, dan sampai Meru lebih kurang jam 8. Elok-elok sampai rumah Kak Ani, azan Isyak berkumandang. 

Malam tu Kak Ani urut jugak Yana, nak tengok ape masalah. Kak Ani ada rumah urut sendiri tau. Rumah kecik je. Okla, selesa, sejuk je...Kawasan kampung kan? memang sejuk,aman je.. ^_^
Kak Ani tanya, berapa lama dah kawin? pernah cek doktor atau tak? Period normal ke tak?Kak Ani kata eloknya cek doktor la, boleh tau apa yang tak betul, dia boleh tolong betulkan. Tapi tak cek pun tak pe, die tolongkan dulu ikut apa yang kita bagitahu dia masalah kita. Kak Ani urut satu badan, memang best! Yana tak pandai keluarkan angin, so Kak Ani lah yang asyik sendawa.hihi.. Kak Ani urut mula dengan perut, tangan, kaki, belakang badan, bahu dan kepala. Memang puas hati, terasa ringan badan. Yana ada tanya Kak Ani apa masalah Yana ni. Kak Ani kata tak ada masalah berat, cuma lemak banyak kat perut di campur dengan angin pulak. Pastu kedudukan rahim rendah sikit dan tak duduk kat tempatnya. hihi..Kak Ani kata, nanti urut 3hari, dia betulkan. =)

Kak Ani memang kerja dia mengurut orang TTC macam kita, urut orang lepas bersalin, urut badan lenguh-lenguh pun boleh. Kalau bakal pengantin nak berurut macam kat SPA tu pun boleh. Kasi segarkan badan. Kak Ani kata orang kat spa tu bukan tau urat yang tak betul kat mana. Main suka-suka je tekan sana sini. hihi.. sungguh tradisional kan Kak Ani?
Selain urut, Kak Ani amik tempahan katering jugak. Kak Ani masak sedap! Owh lupa nak kasi tau, Kak Ani asal Kelantan! hehe..

Untuk aktiviti urut 3hari, Yana akan buat entry lain yea. Banyak sangat yang nak share kat dalam 1 entry. InsyaAllah , Yana usahakan dalam minggu ni jugak. Promise! ^_^

Jumpa lagi *_^

Sesungguhnya yang buruk itu dari kami, yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T

Wallahualam...

Sunday 18 December 2011

kembali berkongsi...

Assalamualaikum..

Setelah lama tinggalkan blog ni bersawang, Yana berkongsi balik suka duka berada di alam TTC dlm blog ni..ihhh..

Sebelum ni ingat nak delete je dah blog ni..oppssss bukan sebab da berjaya concieve yea..sebab malas nk bukak lain-lain email..haha..tapi sejak-sejak share pasal TTC dalam personal blog, ade 'makcik-makcik' kat ofis kepochi sangat bertanya itu ini..so Yana decide nk stop menulis pasal TTC kat personal blog..owh makcik tu baru dapat baby..dok sebok la cite pampers baby la, susu baby la, perah susu la...adehhhh...lemau.. :(
Yang macam kita je tau perasaan kita kan? T___T

InsyaAllah segala usaha dan ikhtiar yg yana & budi buat utk peroleh zuriat akan yana share dalam blog ni..

next entry : yana cerita pasal pergi urut ngan sorang akak ni kat Meru,Klang ..syiokk!.. ^___^

Hugss *___^

Wallahualam