Sunday 25 December 2011

Ikhtiar pertama

Assalamualaikum...

Lama entry terperuk dalam draft..hihi.. sorry ya! So okla Yana nak share apa yang kami berdua dah usahakan setakat ini..

3minggu lepas, Yana & Budi pergi Meru, berurut kt sorang kakak ni. Kawan baik kami yang suggestkan pergi jumpa kakak ni. Kawan baik kami tu dah kawin 3tahun. Lepas anniversary diorg yang kedua tahun lepas, diorg pergi jumpa kakak ni. Alhamdulillah rezeki diorg, sekali jumpa aje, da lekat.. rezeki kan? tu jugak usaha pertama yang diorg buat =)

Since awal Disember aritu, genap setahun setengah Yana & Budi kahwin, so kami pun decide untuk berusaha dengan lebih lagi. Nak-nak bila kawan baik da ada baby kan? lagila nak baby cepat-cepat..hihi..
Kakak tu kami panggil Kak Ani.

Kak Ani urut 3hari berturut-turut di awal pagi. Disebabkan time Yana period tu, waktu Yana & Budi shift pagi, so kami xdpt nak pergi waktu yang Yana period tu. Cuma pergi sekali pada sebelah malam sebab kawan baik kami tu nak tunjuk jalan ke rumah Kak Ani pada kami. waktu tu memang waktu Yana period. Kami bertolak betul-betul lepas solat Maghrib dari Putrajaya, dan sampai Meru lebih kurang jam 8. Elok-elok sampai rumah Kak Ani, azan Isyak berkumandang. 

Malam tu Kak Ani urut jugak Yana, nak tengok ape masalah. Kak Ani ada rumah urut sendiri tau. Rumah kecik je. Okla, selesa, sejuk je...Kawasan kampung kan? memang sejuk,aman je.. ^_^
Kak Ani tanya, berapa lama dah kawin? pernah cek doktor atau tak? Period normal ke tak?Kak Ani kata eloknya cek doktor la, boleh tau apa yang tak betul, dia boleh tolong betulkan. Tapi tak cek pun tak pe, die tolongkan dulu ikut apa yang kita bagitahu dia masalah kita. Kak Ani urut satu badan, memang best! Yana tak pandai keluarkan angin, so Kak Ani lah yang asyik sendawa.hihi.. Kak Ani urut mula dengan perut, tangan, kaki, belakang badan, bahu dan kepala. Memang puas hati, terasa ringan badan. Yana ada tanya Kak Ani apa masalah Yana ni. Kak Ani kata tak ada masalah berat, cuma lemak banyak kat perut di campur dengan angin pulak. Pastu kedudukan rahim rendah sikit dan tak duduk kat tempatnya. hihi..Kak Ani kata, nanti urut 3hari, dia betulkan. =)

Kak Ani memang kerja dia mengurut orang TTC macam kita, urut orang lepas bersalin, urut badan lenguh-lenguh pun boleh. Kalau bakal pengantin nak berurut macam kat SPA tu pun boleh. Kasi segarkan badan. Kak Ani kata orang kat spa tu bukan tau urat yang tak betul kat mana. Main suka-suka je tekan sana sini. hihi.. sungguh tradisional kan Kak Ani?
Selain urut, Kak Ani amik tempahan katering jugak. Kak Ani masak sedap! Owh lupa nak kasi tau, Kak Ani asal Kelantan! hehe..

Untuk aktiviti urut 3hari, Yana akan buat entry lain yea. Banyak sangat yang nak share kat dalam 1 entry. InsyaAllah , Yana usahakan dalam minggu ni jugak. Promise! ^_^

Jumpa lagi *_^

Sesungguhnya yang buruk itu dari kami, yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T

Wallahualam...

Sunday 18 December 2011

kembali berkongsi...

Assalamualaikum..

Setelah lama tinggalkan blog ni bersawang, Yana berkongsi balik suka duka berada di alam TTC dlm blog ni..ihhh..

Sebelum ni ingat nak delete je dah blog ni..oppssss bukan sebab da berjaya concieve yea..sebab malas nk bukak lain-lain email..haha..tapi sejak-sejak share pasal TTC dalam personal blog, ade 'makcik-makcik' kat ofis kepochi sangat bertanya itu ini..so Yana decide nk stop menulis pasal TTC kat personal blog..owh makcik tu baru dapat baby..dok sebok la cite pampers baby la, susu baby la, perah susu la...adehhhh...lemau.. :(
Yang macam kita je tau perasaan kita kan? T___T

InsyaAllah segala usaha dan ikhtiar yg yana & budi buat utk peroleh zuriat akan yana share dalam blog ni..

next entry : yana cerita pasal pergi urut ngan sorang akak ni kat Meru,Klang ..syiokk!.. ^___^

Hugss *___^

Wallahualam

Sunday 14 August 2011

Ramadhan ke 14

Assalamualaikum..

Hari ini di Ramadhan ke-14, puasaku dah bocor.. soobbbsss..

Sebenarnya dari malam tadi lagi Yana dah perasan, masa buang air kecil ade keluar berketul darah. Masa ternampak tu memangla aduhh, jauh lagi bayang-bayang baby nampaknya.

Terus ke depan TV, bagitau Budi, "esok saya rasa macam tak puasa je" =(
Budi kata, "tak pelah,dah tak boleh puasa, xpayah la puasa"
hmmmm,macam dia tak de perasaan je.. owh mungkin berlagak cool dihadapan isteri je tu..Yana sedapkan hati...

*Baby, bilalah baby nak ikut mama kehulu kehilir ni? Mama tak sabar nak kendong baby tau..sobssss..*

Wallahualam..

Sunday 31 July 2011

Mood down...

Assalamualaikum....

Mula-mula tiup habuk kat rumah ni dulu...hhehehe..maaf yea kawan-kawan..lama tak update...

Mengikut cycle bulan ni, hari adalah CD14...td merayap dgn rakan seopis di IOI Mall...ikut kaki melangkah, tetibe terlangkah ke redbox.ihih...melalak la secara sopan...hehhee..Yana sakit tekak, nak puasa2 ni kan..slow2 aje la..esok baru nk jejak Ramadhan, nanti awal2 da tak sihat, susahlah plak kan...

Habis je karok, terus decide nak balik, sebab adik ipar Yana ada kat rumah..tetibe rasa mcm nk test ovulation disebabkan hari ni CD14..terus masuk kedai serbaneka Caring....Yana tak ingat dah Yana beli jenama apa.. tapi harganya dalam RM14++...Balik rumah, Yana terus bukak kotak then baca instruction...okeh faham..tester tu lebih kurang macam yang kat bawah ni la...

image credit to google

Pada instruction tulis, boleh test bila2 masa, jika period tak teratur boleh test lepas hari CD11...so yana pun decide utk test...1st time tau nak test ovulation. Bile da test, result kuar nampak dua line tp 1line kabur...tapi ni bukan pregnancy test..kalau pregnancy test macam tu,1 line kabur, means berada diawal kehamilan kan? tp yang ni bila ade 2line, 1 line kabur..kene refer balik pada instruction..

Bila Yana refer balik pada instruction...even ada 2 line...the result was NO SURGE..means tidak ada telur yang dihasilkan pada CD14 Yana bulan ni...hmmmm terus mood down...Yana sorok tester tu dalam laci.takut kalau Budi nampak nanti, die ingat yana pregnant plak bila ada 2line tu...sekarang mood masih down...Yana da fikir sorang, ingt kalau sampai masuk 2012 yana masih 'kosong', Yana nak ajak Budi pergi check kat gynea. 

Sebelum masuk 2012 ni, Yana berazam nak turunkan berat badan dulu...Yana overweight yea kawan2...sobss :(....harapnya Ramadhan kali ni adalah permulaan terbaik untuk Yana mulakan niat menurunkan berat badan...ameen...InsyaAllah..

Wallahualam....

penguat semangat: InsyaAllah rezeki kita ada!!! ameen Yarab..hanya Engkau yang mengetahui yang dilangit dan dibumi....

Tuesday 28 June 2011

Neves...

Assalamualaikum..

Sehingga hari ini,Yana da lewat peyed utk 5hari...
tiada tanda kebiasaan Yana peyed..
tiada tanda seperti mengandung..

Selera makan bertambah..rasanya Yana nak peyed pun akan rasa bertambah selera makan..
Kalau pagi bangun lambat tu (bl keje ptg) time gosok gigi,mesti perut da bernyanyi2..ehhehe..

Bila selera makan bertambah, sesedap rasa aje makan banyak2, then mulalah rasa cm nk terkeluar balik...Yana ada share ngan kakak Yana, dia kata dia ms preggy pun xde muntah2..sbb mak Yana dl mmg pesen xmuntah2 klu preggy..tp bile mkn bnyk mule la nk terkeluar blk..cepat aje rase loyanye...

Yana da ade beli test kit..tp mcm belom bersedia nk test lg..nk tunggu smpai 14hari (klu boleh tahan la :p)...dl lepas kawen Yana pernah delay 15hari..so dats y Yana xmo test lg..takut kuciwa...ihhihi

Apepun doakan semoga double line muncul nnt yea.. ameen.. :)

Wallahualam..

Tuesday 21 June 2011

Semoga Dipermudahkan

Assalamualaikum...


Lihat pada ticker diatas, mengikut pada cycle period Yana, dlama 2hari lagi Yana akan period. Ini mengikut kiraan cycle bulan Mei dan April...Jika kebiasaan, dalam seminggu sebelum cik P datang,Yana da start kena pakai pantiliner disebabkan keputihan yang melampau. Tapi sehingga hari ini, panties Yana bersih tanpa ada secalit kesan basah akibat keputihan,pantiliner juga Yana tak perlu pakai. Alhamdulillah..

Yana yakin ini akibat dari Yana makan VCO secara konsisten dan tidak pernah walau sehari Yana tinggal makan VCO. Sejak April juga cik P datang tepat setelah cycle 30hari tamat. Sebelum ni cycle Yana mmg susah nk baca, sampai baru ni Yana jumpa kakak pun, dia ada tanya kalau2 Yana dan suami planning. Yela mana taknya, kakak kawin November 1997, September 1998 cahaya mata pertama muncul, abang pula berkahwin Februari 2006, November 2006 (lahir awal 2mgu,sepatutnya disember,sbb kakak ipar darah tinggi)dapat baby dah...Yana da setahunmasih tiada tanda2..tu yang kakak tanya..kakak pun tahu Yana punya period cycle xbetul..kakak nasihatkan cari supplement or ikhtiar berurut tgk cmne...pesan kakak juga,berat badan sila turunkan..ihihih..

Alahmdulillah, amalan makan VCO ni ada juga kesan dalamannya yang Yana terima..Syukur..Owh jika,keputihan ni hilang akibat,sikecil suda berada didalam sana...lagi Yana bersyukur sgt2...kakak2 di opis sudah ramai yang tegur sbb Yana dah masuk hari ke 5 selsema,hari ni sudah agak berkurangan sbb smlm dipaksa makan antibiotik..Yana xmahu sbb takut klu betul sudah 'ada'..takut memudaratkan..mak mertua Yana juga pesan yang sama..tapi sebab suami Yana risau,Yana turutkan juga..sebelum Yana kena selsema,suami Yana dulu dh selsema,dan MC 2hari..

Yana harap ada berita baik yang boleh dikongsi disini pada entry akan datang.. =)


Wassalam....

Wednesday 8 June 2011

Makanan tambahan

Assalamualaikum...

Dalam masa setahun perkahwinan Yana dan Budi, Yana makan Asid folic sebagai makanan tambahan untuk TTC...sejak dua bulan yang lalu, Yana amalkan pula makan Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst. Terlanjur Yana makan VCO, Yana terus jadi agen untuk produk keluaran Catalyst. Alhamdulillah banyak perubahan yang Yana rasa dan InsyaAllah Yana akan terus makan VCO.. Suami Yana juga amalkan makan VCO..

ni Yana share sikit kebaikan makan VCO :


Selain bagus untuk kulit, kesihatan dalaman dan luaran, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect kerana dia bukan ubat. Rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita juga kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkaran yang baik. Pengambilan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah sebuah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesubuan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Berdasarkan pengalaman pengguna VCO sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak


  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga semasa bekerja.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/minyak walaupun berlaku perubahan hormon sewaktu hamil.
  • Sistem penghadaman lancar dan tiada masalah sembelit.
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil.
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi.
  • Kulit bayi cantik dan tidak jaundis.
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih (dalam tempoh 10 hari awal berpantang)


**Tidak salah berusaha kerana Allah telah memberikan pelbagai cara. Maka berusahalah dan redha pada ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.**

<kredit :eazy Catalyst>

Wallahulam...

perasmian

Assalamualaikum...


Hari ini, bermulanya journal yana untuk berusaha menjadi 'mama'...Yana nak share sedikit sebanyak apa yang yana dan suami usahakan untuk peroleh zuriat darah daging kami.. =)


Yana da baca banyak blog-blog yang berkongsi suka duka untuk peroleh zuriat...Mari kita sama2 berusaha dan terus berdoa semoga impian kita menjadi realiti, InsyaAllah...


Wallahualam...