Friday 6 December 2013

Temujanji pertama di Hospital Serdang

Assalamualaikum..

Maaf lambat saya kongsikan temujanji pertama saya di Hospital Serdang tempohari.

26 November, jam 8.15pg saya keluar dari rumah. Dalam 8.45pg sampai di bahagian pendaftaran klinik-klinik pakar Hosp Serdang. memang ramai sangat. Dalam setengah jam juga baru nombor saya dipanggil untuk daftar. Untuk temujanji pertama, tiada bayaran dikenakan, oleh kerana saya dan Budi bukan kakitangan kerajaan, temujanji seterusnya dikenakan bayaran RM 5. Selesai pendaftaran, saya masuk ke klinik pakar O&G, alhamdulillah tak penuh macam di bahagian pendaftaran luar. Terus saya ke kaunter klinik O&G dan serahkan surat rujukan dari doktor di KK Dengkil. Lega, hanya 2 nombor di depan saya. tapiiiii, ada la dalam 45 minit juga menunggu. Dalam 5minit saya duduk, nombor saya dipanggil untuk diambil bacaan berat dan tekanan darah. Berat pada temujanji pertama adalah 93.6kg..huhu
Tekanan darah, Normal. tak ingt bacaan..rase dlm 153/86

Bila nombor saya dipanggil untuk ke bilik doktor, kami pun masuk.
Alhamdulillah doktor perempuan! ;)
Doktor dah baca surat rujukan saya. then dia tanya sejarah treatment yg lalu. Saya pula tak bawa segala result masa treatment di Az-Zahrah dulu. Doc pesan, next temujanji bawa, dia nak tengok.
Doc tanya, doc kat Az-zahrah tak da bagitau saya PCOS ke? Saya kata takda, tapi memang progesteron saya rendah masa buat blood test CD21. Berdasarkan penglihatan dia pada fizikal saya, memang dia tengok saya macam PCOS. Apepun dia nak tengok dulu result test dulu.

Lepas tu doc cakap , hari ni dia nak buat TVS dan Pap Smear. Gulppppp telan air liur saya, Budi tengok saya, saya tengok Budi telan air liur lagi. Memang saya tak ready untuk itu, sebab biasa yang saya bace pengalaman orang lain, doc akan bagitahu awal untuk buat pap smear. Lepas doc cakap tu terus saya terbayang mulut itik @ speculum tu masuk miss V.. uhuk uhuk...

First sekali buat pap smear sbb bilik TVS ada patient lain. Saya pakai seluar, so doc suruh tukar dengan kain yang disediakan. Baring atas katil kat bilik doc tu, then ada sorang nurse datang. Nasib nurse dah berumur so segan tu kurang sikit tapi still ada segan tu SEBAB lampu tu betul2 tersuluh kat miss V..hehe
Jujur, masa speculum tu masuk memang agak tak selesa tapi saya ingat yang baca di blog-blog orang yang pernah share pengalaman mereka, hanya relax je.  Masa nak masuk tu memang susah sket sebab peha saya besar so nak luaskan kangkang  tu sukar sket tapi masa doc cuit untuk amek sampel di serviks tu, memang saya tak rasa, Alhamdulillah. Sedar-sedar doc kata dah je. Lega Allah permudahkan urusan Pap Smear saya.

Lepas tu ready untuk TVS. Kena pergi bilik no 1, masa ni saya di bilik no 6. So berjalan dalam tu memang berkain je..hehe..Di bilik 1 dalam 10minit saya tunggu doc tu datang. Masa temujanji tu, saya CD32, baru lewat sehari period saya. Buat TVS doc tak nampak kantung pun, and amazingly doc kata dia tak nampak pun saya ada PCOS. Rahim saya clear je dan tiada yang abnormal. Alhamdulillah lega saya dengar.

Habis TVS, saya tukar semula seluar dan doc minta saya buat ujian darah utk cek paras gula. Saya kena ke bilik hujung pulak. Tunggu nurse amek peralatan dalam 5minit. Lepas dapat result, paras gula saya masa tu adalah 5. Lega lagi, syukur!
Masuk bilik doktor semula, bagitahu result paras gula saya. Even ok, doc bagi juga saya ubat utk kawal kencing manis dan bantu kurangkan berat badan yg mendadak.

Overall doktor minta saya kurangkan berat badan (ini memang dah agak..hehe). Owh b4 tu masa cerita history2 lama, saya da bagitahu doc saya pernah on clomid 1 cycle je. CD 9, dapat folikel saiz 11mm , CD 11 folikel saiz 22mm..then doc tanya ada bersama tak. Saya jawab, mestilah ada doc. hehe.. Then apa jadi, doc tanya lagi.. Saya pandang Budi dengan senyum, then jawab kat doc, tak jadi ape-ape doc. Doc gelak je. Yela dah ada depan dia nak sedia terima treatment, sebab tak jadi pape la dat time kan? saje je tau doc ni. haha.. after dat, doc ade diskas dengan gynae2 lain pasal history saya untuk dia buat solution pada hari tu. Saya dengar sayup-sayup, apa yang dicerita dan disuggest gynae saya kepada gynae lain disambut Ok.. Ok..haaa OK! oleh gynae lain tu... dan masa kitorg ada dalam bilik doc tu, ada juga doc lain masuk bilik tu, untuk tanya pendapat doc saya  pasal patient dia. 

Temujanji pertama, saya dapat :
  • Medroxyprogesterone Acetate 5mg Tablet (ubat turun darah untuk dimakan selama 5hari. )
  • Metformin HCI 500mg Tablet 
  • Clomiphene Citrate 50mg Tablet (CD2-CD6)

So next temujanji saya adalah pada CD11 untuk folikel scan.

Kos untuk temujanji pertama  = RM 0




Wallahualam...

Sunday 24 November 2013

Hospital Serdang jadi pilihan

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak update blog ni. Maaf ye!!

InsyaAllah Selasa nanti (26Nov) saya akan mula dengan temujanji pertama dengan gynae di Hospital Serdang. Ye, lepas ni saya dah bersedia dan lebih serius untuk semuanya.

Alhamdulillah sejak 3bulan lalu, period saya dah lancar dan normal dengan izinNYA. So, temujanji selasa nanti saya boleh bawa kalendar yang cantik untuk tunjuk pada gynae tentang cycle saya 3bulan terkebelakang ini. =)
Saya consume SHAKLEE secara konsisten dan amalkan sedikit senaman dan pemakanan yang sihat. Dua bulan lepas saya ada juga pergi berurut dengan seorang makcik yang juga mengurut wanita lepas bersalin. 3orang kawan terdekat saya berjaya mengandung lepas betulkan segala urat (berurut) dengan makcik ni.
Kebetulan rumah makcik ni berdekatan je dengan rumah saya, so saya cuba pergi berurut dengan dia. Sebelum mula mengurut makcik tu ada bagitahu, dia cuma membantu cepat atau lambat semuanya kuasa Allah. 

Berbalik pada temujanji saya selasa nanti, sebenarnya lama juga saya menunggu tarikh temujanji pertama ni. Tak silap saya, sebelum puasa lagi saya mula dapatkan surat rujukan dr KK Dengkil untuk rujuk dengan gynae di Hospital. Semasa di KK Dengkil, doktor ada tanya saya nak dirujuk ke Hospital mana. Mula saya nak pilih Hospital Putrajaya, tapi tah macamana Hospital Serdang yang keluar dari mulut. Budi pun berat suruh saya pilih Hospital Serdang berbanding Putrajaya. hehe

2hari lepas saya dapatkan surat rujukan dari KK Dengkil, saya ke Hospital Serdang untuk setkan temujanji. Tarikh paling awal adalah bulan November, so saya terima je. Dalam waktu itu, saya memang nekad nak turunkan berat badan dan bawa perubahan cycle period saya masa jumpa gynae nanti. dan Alhamdulillah niat saya dipermudah. InsyaAllah nanti saya akan bawa perubahan 8kg dari berat saya ketika berjumpa doktor di KK Dengkil beberapa bulan lalu. ^_^

Update seterusnya InsyaAllah lepas saya jumpa gynae di Hospital Serdang nanti ye..

Wallahualam


Monday 27 May 2013

Bangkit kembali...

Assalamualaikum..

Genap setahun peram rekod di Az-Zahrah.
Kali ni saya tekad, usaha tanpa henti tidak seperti angan-angan mat jenin!

Appointment pertama dengan gynae yang sama, Dr Mashita pada 3Jun 2013.
Tak perlu ulang step dulu kerna rekod lama masih ada. Alhamdulillah.

Doakan usaha kali ini dipermudah dan bertemu titik perjuangan ini.

Aamiin

Wallahualam...

Wednesday 2 January 2013

Tetamu tahun baru.. :p

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru semuaaa!!!

Permulaan tahun baru saya, dihadiri dengan kemunculan cik P pada lewat petang hari pertama tahun 2013.. :p
Masa tu saya siap-siap nak ke rumah kakak, lepas mandi rasa xbest je sebab nak mandi tu tengok panties basah..tapi belom ada darah. Siap mandi saya pakai pantiliner. Budi nampak saya amek pantiliner, dia tanya period ke? Saya jawab tak, rasa tak selesa. Sejak keputihan hilang, saya memang da jarang pakai pantiliner, kecuali time-time macam ni la. Dari situ saya dapat detect saya nak period...

Balik dari rumah kakak, dalam pukul 930malam, saya terus tukar baju dan masuk bilik air, nak pee-pee,sekali tengokl pantiliner ade titik-titik coklat & merah 4tompok. Masa tu dalam hati dah tersemat, cik P dah mai..huhu.. Saya pun amek pantiliner lain then tukar. Dok layan karate-kid sekejap kat TV, dalam kul 1030 rasenye sy dah terlena depan TV, Budi tengok sorang-sorang..hehe..Pukul 12 dia kejut saya masuk bilik. Bukak kecik je mata sambil jalan masuk bilik, terus landing tidur semula..

Sehingga pagi tadi saya bangun jam 645pg, terus capai tuala, masuk toilet, tengok pantiliner saya penuh sampai bertompok di seluar tidur saya..uwaaaaaa...cepat2 basuh, kejut Budi subuh then saya tengok kat cadar, naseb tak kena..cadar baru je tukar..hehhe
Tengah mandi, perut memang tak sedap, pinggang lenguh. Ok saya tau cik P datang bawak geng! Cik Senggugut..huhu..
Bila cik P datang dgn cik senggugut, sy kena standby pad lebih dari 1 dalam handbag utk ke opis..huhu

Pukul 1030 pagi dah penuh! tukar kali pertama. Ni lepas lunch kena buat kerja yang lama lagi dalam toilet.
Tersilap pulak arini pakai baju kurung putih ke opis..tu yang kena hati-hati, duduk pun angkat baju ni ha..Opis ni ramai sangat bujangansss trang tang tang...hihihi

Alhamdulillah so far 3bulan ni, cik p dah tak segan silu nak keluar. Syukur sangat2 Ya Allah!!
Walaupun tarikhnya tak berapa nak cun lagi, tapi segala kekotoran dalaman ni keluar, saya tak kisah nk tukar pad 5kali pon.

Pasal nak buat ujian HSG tu, saya dah diskas dengan Budi.
In shaa Allah next cycle saya nak amek clomid bt kali ke-2 dulu. Kalau tak berjaya dengan clomid kali ke-2 tu, then kami nak diskas dengan Dr.Mashita, saya nak bt Ujian HSG.

Semoga urusan kami dipermudahkan dan semoga 2013 memberi sinar harapan buat kita semua yang masih berusaha...

Chaiyokkkk..

Wallahualam..