Friday 7 November 2014

Pindah treatment ke Klinik Fertiliti Hospital Putrajaya

Assalamualaikum...

Lama gila saya tak update....sorry ye guys. Segaris dengan kesunyian, sebegitu jugakla sebenanrnya saya sunyi dari apa-apa treatment...hehe

 Aritu masa last jumpa Doc kat Hospital Serdang, dia dah bagi siap-siap semua ubat-ubat untuk prosedur IUI. Tapi saya rasa macam cepat sangat , tiba-tiba dah nak buat IUI..so bila sesuatu benda tu di pending-pendingkan, maka jadilah basi..Ishhh teruk gila!Actually saya memang tak confident nak buat masa tu, sebabnya saya masih tak capai target berat badan yang saya nak untuk buat IUI. NO, Doc takde bagi target weight pun untuk saya, saya je sendiri buat camtu. Aritu capai dah la suku dari berat yang saya nak buang tu. Pastu cepat sangat berpuas hati bila ramai orang tegur, sudahnya dah kembang balik ni. My baddd!!

Then kat ofis saya ade 2orang lagi yang sama-sama tengah berjuang gigih ulang-alik jumpa Doc. Sorang Si-A tu memang dari awal treatment dengan Hospital Putrajaya, sorang lagi Si B dari HUKM. Dijadikan cerita member saya si A tu pergi kaunseling before suami dia kena buat HSA test. Masa kaunseling tu, kaunselor tu bagitau sekarang IUI free kat Hospital Putrajaya. So si A pun bukak la cerita kat ofis. Saya dan Si B pun diskas untuk tukar ke Hospital Putrajaya, 1 sebab IUI free, dan yang paling utama adalah paling dekat dengan ofis kami dan yang paling-paling utama sebab senang parking!!! Klinik Fertiliti bagi Hospital Putrajaya bukan d Hospital Putrajaya tau tapi di Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 tu. Building dia pun building macam kuarters kerajaan. So parking space memang banyak situ, tak susah nak parking macam di Hospital Serdang or Hospital Putrajaya or mana-mana hospital la..hahha (remember cerita saya stress bagai nak mam*** cari parking kt Hosp.Serdang dulu ms nak buat HSG..siap nangis sorang-sorang dalam kereta sebab dah sejam tak dapat parking.. eh cop ade cerite ke ekkk? haha)

Setelah dibincang-bincang bersama suami masing-masing, so saya dan si B pon decide utk transfer ke Hospital Putrajaya. Before tu saya ada call Klinik Fertiliti Hosp Putrajaya untuk bertanya pasal prosedur IUI tu. Memang sah FREE bagi semua (both gov servant and swasta) yang dah settle segala ujian (HSG,HSA,blood test CD2 &CD21). Masa tu nurse tu tanya juga kenapa nak transfer, saya cakap sebab dekat dengan ofis, saya nak travel sebab faktor kerja saya ni meninggalkan ofis lama-lama bunyinya macam satu kesalahan berat sebab kami adalah call centre yang mana beroperasi 24jam. Nak-nak skrg bertukar Manager, yang komitmen kerjanya berada dilevel tinggi...lelaki plak tu, so nak faham situasi kami-kami ni macam tak dapat nak faham telus dari hati la saya boleh tafsirkan. - sedangkan perempuan yg senang beranak pun payah nak faham perasaan n effort kita yang berusaha ni kan?huhu.. 

Alhamdulillah nurse tu terima alasan saya dan dia minta ambil referral letter gynae saya di Hosp.Serdang dan semua result test yang saya dah buat dan bawak ke Klinik Fertiliti tu. So bermula la saya menghubungi nurse di Hosp Serdang untuk minta segala yang berkenaan itu. Hampir 2minggu juga baru dapat. 
Nak dijadikan cerita masa 1st visit saya ke Klinik Fertiliti tu, kebetulan memang sunyi macam tak ada orang, parking siap boleh pilih. :) Jumpa nurse di klinik tu, diorang cakap sepatutnya saya kena register di Hospital Putrajaya dulu then baru ke klinik tu. Nasib saya baik mungkin, diorang je tolong registerkan, buat buku appointment terus kat situ..hehe alhamdulillah.. 

Naik ke tingkat 5 -ke klinik fertiliti.. Memang sebijik macam rumah member saya yang duduk kuarters kat Putrajaya..hehe..1st visit tu masa saya on CD24 dan saya cuma bawak referral letter je sebab saya ingt nurse da settlekan dalam surat tu. Rupanya surat refer je..haha..So nurse nak jugak tengok result darah CD2 and CD21 saya yg latest sebab progesteron level bagi test darah dulu terlalu rendah mengikut dalam referral letter tu. So sekarang tunggu saya period, CD2 akan amek darah dan Budi juga akan amek darah.

Next appoinment adalah pada 4 Disember 2014. Lambat lagi, tapi takpe lah, saya target kalau nak buat IUI pon lepas-lepas saya exam nanti. Januari pun takpe, kasi habis stress exam, sebab saya dan Budi dua-dua anak sit exam minddle of  Disember ni.. T____T
And until now CD39, saya masih belum period. Malas nak test, malas nak berharapan pelesu..huhu

Usaha yang saya buat sendiri:
1) minum susu kambing + kurma before tido - b4 this buat breakfast campur oat
2) habatussauda- husband & wife
3) Qaseh Gold Adinda
4) VCO Catalyst
5) Catu makan karbohidrat & minuman manis.. 
6) Aerobik 2x seminggu + 3liter air masak sehari
7) Akan datang InsyaAllah saya akan tambah Multivitamin ( Prenatal GNC/Blackmores)

Wallahualam....


7 comments:

  1. x pe yana, yg penting x putus asa utk usaha...slow2 pon x pe :-) smg Allah permudahkan....

    ReplyDelete
  2. Wah free ye kat situ. Bagusnya..nnt boleh la tanya hubby nk transfer mcm awak tak...semoga urusan awak dipermudahkan ye yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah free, tapi saya tak sure sampai bila..kot peruntukan untuk tahun 2014 je ke.. wallahualam..kalau sampai nx year pun bagus gak..hikhik..TQ atie.. semoga urusan awak juga dipermudahkan =)

      Delete
  3. sis nak tanya first nak buat appmnt kat kat klinik tu mcm maner yer? kene bawak surat reffer ke atau call jer yer? sbb sy sebelum ni buat kat lppkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zyan,

      sorry lmbt reply..kena bawak referral letter dr KK..kalau u dr lppkn, boleh je mintak Doc dr lppkn tu buat referral letter utk u refer tmpt yg u nak..try la tanya doc lppkn tu, make sure reason nak transfer tu boleh dipertimbangkan kalau dia tanya kenapa..

      Delete
  4. boleh saya dapatkan no contact klinik fertiliti putrajaya..untuk dapatkan maklumat terkini bagi tahun 2017.tq

    ReplyDelete