Assalamualaikum....
Khamis lepas, 13Nov saya dengan Budi ke Hospital Putrajaya untuk ambil darah pada hari CD2. Actually Budi tak kisah pun whether nak ambil darah time saya CD2 or CD21. Tapi sebab CD21 saya nanti jatuh pada 2 Disember which on 2hari before appointment dengan gynae so dia decide untuk ambil masa saya CD2.
Rabu tu tau je period saya dah inform supervisor saya untuk masuk lambat Khamis tu sebab kena ke Hospital. Sekarang seksa betul nak keluar masuk ofis, ramai sangat 'mata-mata'..pfftttt..salah orang nampak, salah sendiri mcm takde pape je kan...lantakla labu..huhu..
Khamis tu, pukul 8.45 baru kitorang keluar dari rumah..ngeh ngeh..Sampai Hospital, memang parking penuh la. Round sekali masa nak masuk main parking tu, nampakla ada kereta keluar dari parking, so should be guard yang jaga tu bagila sebiji kereta masuk ganti parking kereta yang keluar tu kan. Tapi dia buat dek je.So Budi pun tawaf la untuk kali kedua cari parking, sampai balik kat depan jalan masuk main parking tu, dua kereta depan kami dia bagi masuk setelah driver tu cakap pebenda tah, then depan kereta kami,guard tu tutup semula jalan masuk. Saya ingat Budi nak tawaf balik, sekali die turunkan cermin, dia membebel kat guard tu..hahaha..terkejut jugak saya sebab dia tak pernah camtu. Guard tu pun membebel, sambil dia bagi masuk..haha..Pusing-pusing dalam parking tu ramai sangat orang yang melepak tunggu dalam kereta, pada aku tak patut betul macam tu,orang lain yang betul-betul perlukan parking, ramai kot kat luar tu. Yang diorang ni just nak menunggu baikla cari tempat lain nak park, pergi park kat Putrajaya Sentral tu ke, seberang tu je haaaaaa..That time kami pun parking kat border jalan je, nasib guard yang meronda tengok parking tu bagi park camtu. Keluar dari kereta guard yang meronda tu tengah gaduh dengan sorang laki pasal parking kereta blocking jalan..macam-macam hal!!!
Masuk dalam, kami terus tuju Kaunter klinik O&G..sebabkan Budi takde buku kecik tu lagi, so kena register dulu. Macam biasa nak tunggu tu memang lama..huhuh.. Rasanya kaunter daftar utk O&G memang agak lemss..dalam 40minit jugakla kami berdiri tunggu nombor dipanggil. Masa tengah register Budi tu, ada kecoh sikit kat kaunter sebelah sebab indian preggy mom tu disuruh kehulu kehilir. Tah saya dengar2 gitu-gitu je.. Tapi saya salute la husband dia, sebab cool,wife dia banyak bebel tak berhenti... Husband dia government servant kot, sebab pakai baju batik..
Lepas register terus pergi kaunter Klinik O&G, nurse yang jaga kaunter tu suruh masuk terus pergi bilik prosedur A. Nasib tak ada orang, so cepatla giliran kami. Ada sorang doc and sorang Staff Nurse. Yang doc ambil darah saya, yang staff nurse ambil darah Budi. MasyaAllah masa ni memang saya mengucap panjang la, doc muda, lahir 1989. Mula ikat tangan belah kanan saya, minta staff nurse tu confirm boleh cucuk tak, macam tak jumpa urat saya. Masa tu dah macam tak sedap hati. Pastu staff nurse tu tengok sekali je tangan kiri saya terus cakap ni boleh ni belah sini. Hmmmm..nak je masa tu cakap, nurse buatla..haha..Masa doc tu baru nak cucuk saya, Budi dah siap dah pun, padahal mamat tu memang takut jarum, dia tak takut darah tapi takut JARUM!!! haha..Nak dijadikan kisah dalam hidupku, masa doc tu nak tukar botol kedua masa amek darah saya tu, dia terkeluarkan dengan jarum sekali, sudahnyaaaa..memancut darah saya keluar mengalir kat tangan...Masa tu nak je bebel.. tengok dia pun macam panik, so saya buat tak tahu je..Macam geram pun ada, kalau tak confident, pakai picagari tu sudah. Sedut je banyak mana nak kan. Ni dua-dua la tangan saya kene cucuk. Sampai masa saya tulis entry ni, ada lagi sikit lebam kat pelipat tangan kiri saya. Mungkin urat tertarik masa doc tu terkeluarkan jarum tu kot... Saya memang selalu dengar orang kata, antara doktor dengan nurse, baiklah nurse yang ambil darah. Sebab nurse ni banyak praktikal, doctor ni banyak belajar dari buku.. Macam technician dengan engineer jugak. technician banyak hands-on, engineer banyak refer buku. huhhu...Lepas ni kalau doc yang nak ambil darah, memang saya nak request nurse yang amek la..huhuh..
Dah siap tu, kitorang berdua ambil time sleep. So next amik darah CD21, saya je.. pada 2 Disember.
InsyaAllah 4 Disember, jumpa gynae untuk review semua result darah yg baru dan dia nak tengok result segala test saya masa di Serdang dulu.
Wallahualam....
Salam sis. Saya Reenah, TTC lebih 2 tahun. Prob dengan irregular cycle and tak ovulate plus ada condition known as vaginismus. Dah check private tapi tak puas hati with follow up. Nak try Hosp Putrajaya sbb dekat rumah and keje.(dulu dari puchong travel ke bangsar each appointment).boleh tahu contact clinic infert di putrajaya? And nanti nak start follow up ngan mereka.
ReplyDelete