Wednesday, 9 April 2014

3rd cycle on clomid & TVS

[hari kejadian: 8 April 2014 - Selasa]


Assalamualaikum

Saya mula dengan cerita TVS hari ni, kali ketiga saya on Clomid dan kali pertamanya dengan dos 150mg..tinggi dah tu rasanya...
Saya pergi sendiri je, Budi tak boleh keluar.

Alhamdulillah tak perlu register tunggu nombor dipanggil yang sememangnya buat saya mengantuk ..hehe..Sampai O&G Hosp. Serdang terus saya pergi cari Staff Nurse (SN) UPM. Nak cari diorang ni senang je, terus tuju bilik rawatan no.8..Masa tu Doktor tak sampai lagi, so saya kena tunggu dulu. Masa tu saya bawak novel 13Jam A380 by Evelyn Rose nak baca, tapi sebab agak nervous nak tahu perkembangan telur-telur saya,tak jadi baca novel. Saya berzikir dalam hati sambil tengok tv yang kebetulan masa tu program Halaqah di TV9. Tak lama saya nampak Dr Anizah sampai, dia masuk bilik 8..tapi saya under Dr Maiza. So tunggu lagi la..Rasa nak terkencing sangat masa, saya bangun jalan menuju ke tandas, berselisih pulak dengan Dr.Maiza..alahai, takpela. saya dah tak tahan so terus je laju menuju tandas..kekek

Tak lama lepas saya duduk semula SN Aishah panggil masuk ke bilik Dr Maiza untuk TVS. Macam biasa prosedur TVS..masa tu dup dap dup dap..1st sekali Dr Maiza cek ketebalan dinding rahim, CD13 dinding rahim saya cuma 4.5mm, paling minimum untuk rahim bersedia menampung embrio adalah 8-13mm..masih jauh..saya dah frust saat itu. Lepas tu Dr Maiza cek kilang telur saya, Dr cakap kilang telur saya besar-bengkak kot, mungkin betul makcik urut aritu cakap, ovari saya bengkak... Dalam kilang telur sebelah kanan, banyak yang kecik-kecik lagi Dr ukur yang agak besar sikit 8x8mm, again saya frust. Dr cuba lagi zoom dekat2 untuk cari yang besar.. Alhamdulillah nampak sikit yang besar dari tadi, bila diukur hanyalah 14x15mm. Kata dr, untuk hari ke-13 sepatutnya dah hampir matang untuk tunggu pecah/ovulate. Dan bila Dr scan sebelah kiri, memang kesemuanya kecik-kecik sampai Dr sendiri taknak ukur, maybe takut saya frust sebab ms tu air mata dah bergenang. Memang lain sangat perasaan masa saya mula-mula TVS 1st time on clomid dengan Dr. Mashita di Az-Zahrah dulu.

Selesai TVS, duduk di meja konsultasi. Doktor masih bagi harapan sebab ada sebiji telur yang sedang membesar, cumanya Dr kata tak perlu jab untuk set time saya bersama suami, takut sia-sia jab untuk RM120 tapi tak jadi, even RM120 its still your money kan. Tapi Dr still tanya jugak pendapat saya, samada saya nak time sendiri waktu bersama atau memang nak jab jugak. So saya fikir dalam keadaan saya frust macam tu, saya time sendiri la kot. Dengan keadaan Budi yang sakit urat, saya tak fikir kami boleh kerap bersama sekarang. kesian kat dia. hehe.. Dr estimate dalam Jumaat or Sabtu saya akan ovulate, so start jumaat kalau dapat Dr suruh bersama selang sehari hingga 3kali. Dr cakap tak salah mencuba, mana tahu rezeki awak sampai tak perlu nx step.Doa banyak2..Amiin.. 

So next step, Dr Maiza teruskan dengan clomid 150mg/sehari untuk di makan dari hari ke 3 hingga ke 7. Dr bagi juga Duphaston dan provera tak silap saya. TVS pula pada CD7.  Duphaston dan Provera tu kena tunggu selepas TVS CD7 , baru Dr akan bagi arahan untuk makan. Owh next cycle , kami plan untuk iui- InsyaAllah. doakan kami ye kawan-kawan.

Tapi jika dikira hari sepatutnya saya TVS tu, kami berada di sebuah pulau untuk bercuti berdua. hehe. Disebabkan period saya tak teratur, so saya kena tunggu hari pertama period saya next cycle berapa haribulan. Application yang saya guna untuk estimate period saya memang jangka CD7 saya waktu kami bercuti tu. So kalau betul, saya akan tangguh IUI tu ke next cycle lagi. InsyaAllah belum puasa lagi masa tu.

Selepas TVS tu memang saya rasa frust sangat dengan resultnya. Sepanjang hari tu saya menangis, kebetulan Budi balik kerja lambat sebab standy, memang lagi kencang saya menangis lepas balik kerja. Maghrib tu saya cari kekuatan lepas solat dengan berzikir, saya bukak youtube dekat fon dan cari zikir-zikir untuk tenangkan hati sehinggalah masuk waktu Isyak. Pukul 11 saya masuk tidur masih teresak-esak, dan pukul 4pagi saya bangun buat solat hajat dan tahajjud. Selepas tu saya tidur semula sehingga 6.15 saya bangun untuk solat subuh. Alhamdulillah Allah tenangkan hati saya.

Itu saja cerita TVS saya dan InsyaAllah saya cerita pasal pengalaman Ujian HSG lepas di entry esok. Saya dah buat Ujian HSG pada 12Mac lalu..

Wallahualam...

4 comments:

  1. Yana, Smg Allah permudahkan usaha yana... InshaAllah, kita yakin Dia akan membantu... Kun Fayakun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sweet Tooth ;)

      InsyaAllah

      Delete
  2. Clomid utk ape ye? sbb doc x bg sy ambil clomid nnt period terus x dtg....smoga Allah terus peliharan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clomid untuk ransang telur besar cenetos.. = ) owh yeke, jgn amek tanpa nasihat doc tau.. mungkin doc ade plan lain utk awak.. =)

      Aamiin InsyaAllah..

      Delete