Tuesday 21 January 2014

TVS & Next appointment

Assalamualaikum..

Maaf lama saya tak update tentang 2 temujanji TVS untuk folikel scan yg lalu.

CD11 saya jatuh pada hari ahad yg mana klinik O&G tutup dan juga merupakan hari exam saya. CD10 saya buat folikel tracking di klinik swasta. Bagus Doc yang scan saya tu, dia kata saya ada mild PCOS. Dan masa dia scan tu, sangat susah dia nak track folikel saya, diwaktu itu memang saya dalam keadaan stress, stress disebabkan waktu itu adalah minggu-minggu final exam saya. Dua subjek tough selang  sehari. Memang tersangat rugi saya rasa makan Clomid masa tu. Doc ada jumpa folikel, tapi sangat2 kecil lagi. Keluar dari klinik, muka saya frust, tapi malas nak fikir sangat sebab saya tahu saya akan bawa perasaan tu untuk get ready for 2papers ahead. :(

CD12 saya juga jatuh pada hari saya exam so saya skip ke CD13.
Just datang lenggang lenggok ke O&G Hospital Serdang buat force booking.
Owh sebelum tu, i can't remember on CD berapa tah, saya ada minum jus avokado. Saya blend dengan mangga, kebetulan mak saudara Budi datang, dia bawak 3biji mangga besar-besar. Saya beli sebiji avocado di Giant dan saya bahagikan 2. So saya blend separuh biji avocado dengan sebiji mangga with no sugar and add on segelas air sejuk bukan ais tau..hehe
Memang pekat jadinya, mula tu takut-takut nak telan. After all, selamat habis takdan 5minit... hehe sedap!
Berbalik pada TVS, CD13 - doc hanya jumpa folikel saya ada disebelah kiri dan saiz paling besar masa tu hanyalah 9mm kalau tak salah saya. Jauh lagi nak sampai ke 18mm. Memang sedih, tapi saya malas nk layan. Doc advice untuk datang TVS semula pada CD15 dan doc tengok result-result test yang kami pernah buat di Az-zahrah dulu. Memandangkan Budi menghisap rokok, doc minta untuk dia makan Surbex. Then saya cakap dia memang ada makan Zinc dari SHAKLEE sejak beberapa bulan lepas. (assume this entry publish on Dec 2013 :D )
Doc cakap dalam result sperm test dia dulu tak de problem cumanya kadar kualiti ke atas askar-askar yang bagus tu ngam-ngam choi je. So doc nak askar-askar lebih berkualaiti, sebab untuk Budi stop smoking on the dot memang tak lah kan. So teruskan makan Zinc and kurangkan hisap rokok.

CD15 saya datang waktu petang disebabkan pagi tu adalah hari untuk ibu-ibu mengandung di Hospital Serdang. So pagi tu memang crowded, untuk saya TVS tak perlu nak berebut-rebut or tunggu lama-lama bersama-sama ibu mengandung... Saya datang pukul 2.30 dan alhamdulillah tak perlu bersusah payah pergi parking kat jalan berbukit-bukit tu - siapa yang pernah datang Hospital Serdang mesti tau parking tu..hehe..
Dalam setengah jam je urusan TVS saya, dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah folikel saya yang besar bersaiz 19mm dan berada di sebelah kanan pula..Tempoh hari doc tak jumpa folikel lansung di sebelah kanan, kali ni dia membesar di sebelah kanan. Dan doc cakap mungkin yang disebelah kiri telah pecah, kita assume yang positif je sebab skrg ni saya berada dalam keadaan most fertile. Doc minta kami on BD selang sehari. Untuk next step, jika masih belum conceive dan period saya datang, dia minta saya untuk terus proceed dengan appointment dengan Pakar UPM - Pusat Fertiliti UPM.

Dan pada 8 January on CD35 period saya datang. CD2 - 9 January saya call Staff Nurse Pakar UPM  untuk buat appointment.
Dengar Staff Nurse saya dah takut..kekek..takut nurse garang, yela nak set appointment kan.hehe
Saya call pagi, dia agak busy so saya fikir lepas lunch hour baru nak call semula.
Dalam 2.30ptg saya call, dia tengah makan..eekkeeke.. Alhamdulillah dia minta nombor h/p saya dan janji nak call semula lepas dia makan sebab ada nak cerita-cerita sikit katanya. Owh lega disitu sebab dari suara dan gaya percakapan, kira 1st impression saya dia OK! hehe

Dalam 45minit lepas tu, naik nombor direct line staff nurse tadi. Saya senyum dan pick up call dia. Panjang juga cerita dia, tapi yang buat saya terkejut, katanya sepatutnya sebelum set appointment dengan Pakar UPM, patient kena bt ujian HSG terlebih dulu tapi saya tak buat lagi dan Doc O&G Serdang minta untuk terus set appt dengan diorg. Saya da cuak masa tu - memang spesis gelabah tak tentu saya ni..haha
Then dia cakap takpe lah kita proceed je awak dengan force booking, nanti kita discuss semula. Dalam 30saat dia hold saya untuk amek schedule appointment mungkin..
InsyaAllah pada 28 Januari, pukul 8pg nanti merupakan appointment pertama saya dengan Pakar UPM ditempat yang sama cuma bilik rawatan untuk Pakar UPM adalah bilik 8 dan seterusnya. Bilik 7 dan kebawah adalah bilik rawatan untuk pakar O&G Hosp Serdang. Dan kebetulan tarikh tu adalah CD21 saya dan saya rasa mungkin darah saya akan diambil untuk cek progesterone level. 1st and last check adalah 2tahun lalu, so result dan tak releven mungkin. Dan dari ayat staff nurse tu, maybe Budi juga kena proceed untuk sperm test buat kali kedua kerana test yang dulu juga 2tahun yang lalu.

Buat masa ni saya memang tak ada makan ubat doktor cuma yang kami makan:

saya - B Complex with asid folic + ESP + GLA Complex (All from SHAKLEE)
Budi - Zinc Complex from SHAKLEE

dan saya dah 2bulan start aerobik dengan disiplin. 2x seminggu or not 3x seminggu bila instructor rajin nak buat on weekend.

Tu saje update panjang lebar saya. InsyaAllah lepas appointment 28January nanti saya akan update terus sebab 30 January saya start holiday sampai 6February.. yeayyyy! away from office! tu paling best!..kekeke

Next appointment = 28 January @ 8am

total cost for TVS CD13 & CD15 = RM 5 ( CD13 je kena bayar, CD15 tak perlu katanya)

Wallahualam..

Iklan ~ Nak beli Shaklee dgn saya , meh email to :
mamaabahwannabe@gmail.com

3 comments:

  1. Smg Allah permudahkan usaha Yana :-) Amin...

    ReplyDelete
  2. Hi Yana,

    Semoga smua brjln lncr.. team RRU UPM mmg baik dan sgt mmbntu..Rina doakan semoga Yana berjaya yek..insyaallah aminn..

    ReplyDelete