Wednesday, 4 February 2015

Hati remuk

Assalamualaikum....

Hari ni hari paling sedih saya rasakan, hari yang paling saya takut, hati bagai direntap sekuat-kuatnya. Biras saya yang kahwin Ogos 2014 lalu telah pregnant! Saya menantu sulung dalam keluarga mertua tapi sebelum kami berkahwin, adik ipar yang ketiga kahwin setahun sebelum kami. Diorang sudah punya dua orang anak dara umur 4 dan setahun setengah. 

Ogos lalu adik ipar saya yang keempat kahwin. Dengan isterinya, memang kami rapat berbanding isteri kepada adik ipar yang ketiga. memang kehadiran biras baru ni buat saya gembira, at least ada orang baru yang masuk dalam family mertua yang boleh ngam dengan saya. 

Dipendekkan cerita, setelah mereka berkahwin, saya tahu memang mereka berdua mengharapkan cahayamata secepat mungkin walaupun usia masih muda dan adik ipar saya baru je dapat kerja tetap dan isterinya tak bekerja. Selama lebih 6bulan ni, dia banyak bertanya pendapat dan nasihat pasal TTC, pasal hari subur, pasal menses cycle...banyak lagilah. Jujurnya saya ikhlas memberi ilmu mana yang saya ada.

Saya tahu dia pun ada juga menangis bila period datang menjelma cuma mungkin kekecewaan yang dia alami bila hadirnya period tu tak sama dengan perasaan kita yang dah bertahun menghadap keadaan itu. Tika saya buat IUI tempohari, dia banyak juga bagi semangat dan mengharapkan saya dapat menambah zuriat keluarga mertua.

Malam semalam, pada hari periodnya lewat sehari, tika kami berwhatsapp, dia sent pada saya gambar UPT yang dia buat tengahari tu, memang saya nampak test linenya blur. Dalam hati dah terdetik, dia ni pregnant. Saya reply insyaAllah ada tu. nanti repeat test awal pagi ms nak solat subuh. Saya bagitahu Budi sebab kebetulan masa tu kami dalam kereta. Saya cakap, hujung tahun ni, abang dapat anak buah baru. Dia senyap je, mungkin tahu apa yang dalam hati saya masa tu. Saya rasa saya boleh handle lagi perasaan masa tu. Tapi, pagi tadi lepas subuh dia send gambar lagi satu tester yang jelas positifnya, memang buat hati saya remuk. Lemah kaki saya melangkah nak ke ofis. Saat saya salam Budi sebelum pergi kerja, dia seakan mengerti perasaan saya tika even saya belum cerita hal pagi itu, mungkin dia fikir halnya yang malam tadi sebabkan saya begitu. Lama dia peluk saya, sebelum saya bergerak turun dari bilik untuk ke ofis.

Sepanjang perjalanan ke ofis, "hujan begitu lebat" dalam dalam kereta. Sampai saya naik ke ofis, air mata masih mengalir saya terus masuk ke surau. Lebih kurang sejam saya dalam surau meratap, menangis membuang segala perasaan berkecamuk, kecewa, takut, sedih. 

Satu yang saya fikir, bila balik ke kampung mertua nanti, apa yang akan mereka-mereka kata pada Budi. Saya tak kisah kalau mereka nak mengata saya, tapi saya akan sedih kalau mereka mengata Budi.

Entahlah saya macam dah tak mampu nak tanggung. Saya give up! Kalau saya punya duit yang banyak tika ini, perkara yang saya akan buat, unpaid leave sebulan, saya nak bersendiri mencari kekuatan diri ketempat yang tidak ada sesiapa tahu saya dimana.

Wallahualam....

13 comments:

  1. Yana,

    Saya sangat faham perasaan itu. Saya dah berkali-kali laluinya, tapi tetap rasa sedih. Nanti pertengahan tahun ni adik ipar sorang lagi akan kahwin. Entah-entah akan berulang lagi perkara ni. Memang sedih sangat. Bukan kita tak gembira, tapi sedih mengenangkan nasib diri. Menangis laa puas2 Yana. Lepas ni positifkan diri balik. Jangan biar perasaan tu lama-lama. Hugs :)

    ReplyDelete
  2. let it go yana.... selagi x lepas perasaan tu, selagi tu kita x rasa lega. But don't dwell too much on it k. InshaAllah, ada hikmahNya. Let us count our Blessing yang Allah dah beri... sedikit sebanyak, dapat pujuk hati kita, banyak dah nikmat Allah beri, cuma yg satu ni je belum... Smg Alla kurniakan kekuatan buat Yana...

    ReplyDelete
  3. berdebar bace entry ni.iya xlama lagi adik ipar n kakak nak kawen juge.byk dgr perasaan mcm ni.uhuhuhu...hope bykkan bersabar.u can do it.u are strong.try to be happy honestly to her.if laa kan...if dia over2 citer ke ape tros terang je perasaan Yana k.inshaaAllah dia blh paham....take care :)

    ReplyDelete
  4. Faham perasan tu dear. Adik saya bunting pelamin terus lepas kawin hujung bulan 12 hari tu. Walaupun hati kuat, tumpang gembira untuk dia... Tapi tak dpt dinafikan rasa sedih tu mmg ada. Hmm.. Totally understand.

    ReplyDelete
  5. sbr ya sis.....saya faham perasaan tu...
    nangislah puas2...buang semua negatif2 tu..

    ReplyDelete
  6. salam..
    bergenang airmata tatkala membaca luahan hati sis..saya turut merasai apa yg sis rasa..mungkin rezeki anak belum sampai masanya untuk kita lagi..inshaallah soon..bagi saya bersabar tiada noktahnya...percaya akan setiap kesabaran akan mendapat ganjarannya...inshaallah...kita sama2 bersabar ye sis..

    ReplyDelete
  7. salam..
    bergenang airmata tatkala membaca luahan hati sis..saya turut merasai apa yg sis rasa..mungkin rezeki anak belum sampai masanya untuk kita lagi..inshaallah soon..bagi saya bersabar tiada noktahnya...percaya akan setiap kesabaran akan mendapat ganjarannya...inshaallah...kita sama2 bersabar ye sis..

    ReplyDelete
  8. salam..
    saya faham apa yang sis rasa..kita sama..sampai masanya ada rezeki buat kita. amin.

    ReplyDelete
  9. Assalam..sy juga melalui pengalaman yg sama..rasa sedih hati ni Allah S.W.T je yg tahu..kdg rse down sgt..mmg rse nk p sembunyi kt tmpt yg org xde..sy benci perasaan mcm ni..tp apekan daya sy manusia biasa..st doakan kita semua dikurniakan zuriat soleh solehah..aameen..InShaaAllah :)

    ReplyDelete
  10. Assalam..sy juga melalui pengalaman yg sama..rasa sedih hati ni Allah S.W.T je yg tahu..kdg rse down sgt..mmg rse nk p sembunyi kt tmpt yg org xde..sy benci perasaan mcm ni..tp apekan daya sy manusia biasa..st doakan kita semua dikurniakan zuriat soleh solehah..aameen..InShaaAllah :)

    ReplyDelete