Assalamualaikum...
Kali ke-2 buat TVS jatuh pada hari sabtu. Alhamdulillah kali ni Budi dapat teman saya. =)
Keluar dari rumah pukul 10pg, appointment pukul 11pagi, terus ke bangi, kitorg mengisi perut dulu makan roti canai. hehe Kedai dekat je dengan Az-zahrah. Dah 10minit lepas pukul 11 baru kami gerak ke Az-zahrah. Masuk klinik O&G, ramai sangat orang. Sampai ade yang berdiri. Saya terus serah kad lawatan kat kaunter.
Saya nampak nurse selit no 11 pada fail rekod saya.
Lama jugak menunggu kali ni, yela hari cuti kan. Dalam setengah jam baru nama saya dipanggil. Masuk aje bilik doktor, terus Dr. Mashita suruh baring untuk scan. Kali ni saya sangat berdebar-debar nak tengok perubahan telur-telur saya, plus Budi pun dapat tengok dengan jelas pada screen.
Lepas alat scan tu dimasukkan dalam miss V, lama jugak Dr.mashita mencari telur saya. Masa tu saya memang sangat-sangat berdebar, takut tak jumpa sebiji telur pun. Lama alat tu digerakkan, jumpa sebiji. "Alhamdulillah, ha tu besar!!" itu yang mula-mula terkeluar dari mulut Dr. Mashita. Saya senyum dan bersyukur dalam hati bila nampak telur yang besar tu. Masa tu doktor tak sebut berapa ukuran telur tu. Tapi dia cakap, ada sebiji yang besar pun dah cukup, dah have a chance to concieve. Telur yang besar tu di bahagian kanan ovari saya. Di belah kiri ovari, sebiji pun tak jumpa. Mungkin dah matang dan dah pecah. Dengan TVS juga, Dr.Mashita cuba untuk tengok ketebalan dinding rahim saya, tapi tak dapat. Dr.Mashita try scan dari ats perut saya. Still tak boleh nampak ketebalan tu. Mungkin disebabkan perut saya yang banyak lemak...huhu.. Lepas tu Dr.Mashita terangkan pasal kepentingan dinding rahim tu. Katanya dinding rahim tu ibarat tanah untuk benih-benih tersemai. Nanti kalau sperm + ovum bersatu, ia akan menempel kat dinding rahim tu la. Saya suka penerangan dia, Budi pun angguk-angguk tanda faham.
Bila dah siap scan, saya tengok apa yang Dr.Mashita tulis dalam fail saya. Waktu tu baru saya tahu rupanya saiz telur saya yang sebiji tadi tu adalah 22mm..Senyum meleret saya. Alhamdulillah folikel-folikel bagi respon yang baik dengan clomid yang saya makan tempoh hari. Lepas tu, Dr Mashita adela suggest untuk pregnyl injection yang berharga RM110. Doc cakap injection ni untuk pecahkan telu tu and malam tu jugak kena on BD. If not dalam seminggu ni, at least kena berBD selang sehari untuk get more chance to conceive.
Cara doc cakap macam dia tak galakkan untuk saya amik injection tu sebab expensive. Saya tanya doc, " kalau tak amik injection tu pun, telur tu memang akan pecah jugakkan?" doc cakap, " yesss, memang akan pecah, cuma tak tahu bila and both u kena rajin on sex la. Kalau boleh selang sehari kena on sebab sperm boleh hidup 24jam lepas ia dilepaskan." So saya terus amik keputusan untuk tidak amik injection. Saya nak try natural dulu lepas on clomid kali pertama ni.
Kalau saya berjaya, alhamdulillah rezeki saya sudah tiba. Jika tidak, saya redha dan yakin Allah masih ingin menguji saya. =)
Sebelum keluar, Dr.Mashita pesan. Kalau period dah lewat, buat pregnancy test dulu di rumah. Kalau positif, Alhamdulillah . Sekiranya belum rezeki awak, hari pertama period datang beli clomid di farmasi bawah terus, tak perlu jumpa saya. Beli clomid dalam dos yang sama 100mg sehari, makan dari CD2-CD6. Tak perlu naikkan dos lagi, sebab telur respon dangan 100mg. So nanti macam aritu la, CD10 bulan depan kita scan lagi kalau still belum conceive.
total cost : RM 95
Consultation : RM50
ultrasound : RM 30
Pharmacy + laboratory : RM 15
Masa di kaunter bayaran, nurse bagi saya susu free. ..hehe
Nestle Mom & me perisa vanilla.
Sampai pagi tadi, dah 3kali saya minum..hehe sedap..
Bersyukur sangat telur saya bagi respon pada clomid. InsyaAllah kena bekerja keras la ni..hehe
Doakan saya..
^___^
Wallahualam...