Monday 9 April 2012

Jujur aku tidak kuat lagi.... :'(

Assalamualaikum..

Hari ni, satu lagi berita ofismate saya preggy telah buat ari mata saya berderai.
Asalnya saya dan dia lain-lain department, kitorg selalu berinteraksi dengan internal email.
Dia kawen setahun lepas saya, dan memang berusaha dengan macam-macam untuk pregnant since keluarga suami dia dah sibuk bertanya dek sebabkan suaminya anak sulung. Tentulah mertuanya tak sabar nak bergelar atuk dan nenek.

Dari sehari ke sehari kitorg bertukar-tukar pendapat pasal TTC, hinggalah minggu lepas saya tolong dia belikan Pati Delima. Sebelum ni dia ada cerita dia makan Jus perawan.
Saya ada juga cerita kat dia yang saya pergi jumpa doktor, niat hati saya nak bagi dia semangat untuk terus berusaha.

Sepatutnya hujung minggu ni, kitorg akan jadi pasangan beregu dalam tournament badminton untuk memilih wakil negeri dalam sukan syarikat kami nanti.

Cerita bermula pagi tadi, dia email saya cakap ada sumthing nak cerita.
Dalam hati dah terdetik, pregnant ke dia? x)
Selepas terima email kedua dari dia, dia pun cerita dengan panjang lebar yang dia dah lewat period seminggu. Malam smlm n pagi td dia test UPT ada 2line but the second line very kabur. Hubbynya sempat google pasal UPT yang kabur tu. Fact yang hubby dia jumpa, memang if line kedua kabur itu tandanya kehamilan masih di tahap paling awal. Dia memang tak nak letak harapan tinggi, tapi hubby dia da yakin sangat sebab dia tak pernah lewat period sampai seminggu. Then dia mintak maaf dengan saya sebab dia tak dapat nak teruskan tournament badminton tu sabtu ni. Saya reply email dia tu dengan nada yang sungguh ikhlas, agar dia take more care on herself dan tunggu la lagi seminggu, then u can get a dark second line on the UPT strip. Or else, dia boleh trus jumpa doktor aje, then doktor lagi arif bab ini.

Kebetulan time saya bace email dia dan time saya reply balik email dia tu, saya sedang dengar zikir-zikir yang indah di headfon pc saya. Dan secara drastiknya, jatuh air mata saya ke bumi waktu itu juga.
Saya dah tak kuat macam dulu... T___T
Saya tak tahu nak luahkan pada siapa apa yang saya rasa waktu itu.
Terus saya capai handfon, dan sms Budi.
"Abggg, klu blh ayg nak peluk abg kuat2 skrg... :( lps sorg2 pregnant..aritu kwn yg baik dgn ayg dlm dept ni, lps tu kakak I ..then arini kakak A plak....bl plak giliran ayg,? sedihnya banggg..kuat sgt dugaan ni utk ayg :'( "

Saya memang tak mampu nak tanggung waktu tu. Saya seka air mata yang masih mengalir. Selalu saya akan dengan kakak Z yang saya sangat selesa bersama dia. Even dia still bujang dan memang tak ada bf mahupun tunang, saya selesa bercerita apa saja dengan dia. Mungkin disebabkan umur dia yg lebih tua dari saya dan fikirannya yang matang, buat saya selesa dengan kakak Z. Hari ni kakak Z tak ada, dia ada kursus 2hari di tempat lain. So saya memang kehilangan bahu untuk menangis.

Saya selalu juga berkongsi cerita dengan Mama D. Dia ada anak lelaki sorang berumur setahun. Mama D masuk shift petang minggu ini.
Setengah jam sebelum habis waktu kerja saya, saya cerita kat Mama D. Tak sangka apa yang saya cerita ni buat mama D mengalirkan air mata. Saya tahu dia ikhlas mendengar luahan saya. Dia pun sempat bercerita kisah yang jadi pada dia wiken baru ni. Mama D in long distance marriage dengan suaminya. Saya kagum dengan mama D yang mampu membesarkan anak seorang diri di sini.

Pulang ke rumah, sekali lagi, air mata gugur dengan deras sejurus lepas niat solat fardhi asar saya lafazkan.
Sehingga saya mengaminkan doa saya dihujung solat air mata saya masih deras mengalir. Cepat-cepat saya sapu, dan basuh muka semula untuk jalankan tugas di dapur buat suami.

Ya Allah Ya Tuhanku, andainya ini yang kau aturkan buat hidupku, kuatkanlah imanku, kuatkanlah hatiku untuk menempuh setiap dugaan yang kau turunkan buatku. Amin

Wallahualam...

10 comments:

  1. amminnnnnn.... Sabar ye... mungkin kali ni rezeki mereka...nnt akan sampai rezeki buat kita pula.. jangan putus berdoa dan berusaha.. Mengalir airmata K baca entri ni.. K pun penah alami perkara yang sama dan K faham sangat apa yang yana rasa...Semoga yana peroleh kekuatan untuk hadapi ujian Allah ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trime kasih puan K..insyaAllah kita sama2 doa ya.. =)

      Delete
  2. sedihhhnya.. sob3. sabar ye yana. Dia sangat sayang pada yana sebenarnya. kuatkan semangat tau. Fara doa rezeki yana menyusul lepas ni. InsyaAllah usaha yana treatment akan membuahkan hasil. Amin ya rabbalalamin.

    yana nak sms,im, cal Fara anytime pun xdehal. take care! hugssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah fara adakalanya hati ni mmg xtertanggung dengan dugaan macam ni..tp insyaAllah, berkat doa kawan-kawan bangun semula untuk berusaha.. =)

      thanks fara

      Delete
  3. sedih lah.
    sama lah kalau dengar org pregnant sure menangis.
    menangis cemburu sebenarnya =)
    xpe lah, usaha lagi..
    ada nanti tu rezeki buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dahlia..
      usaha tangga kejayaan..Allah nk uji kita leboh sikit sebenarnye.. =)

      Delete
  4. sabar ek.. rezeki kita belum sampai, insyaallah, dengan izinNYA,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih dhia..insyaAllah dengan izinNYA.. =)

      Delete
  5. saya jugak mengalami keadaan yg sama..tp kt opis still kene tahan..balik rumah aje terus menangis..

    kite same2 doakan agar rezeki kite pulak..
    AMIN...

    ReplyDelete
  6. tu la hati wanita kan? hehe

    insyaAllah pasti ade rezeki kita nnt.. pasti! amin ;)

    ReplyDelete