Assalamualaikum....
Hari ni hari paling sedih saya rasakan, hari yang paling saya takut, hati bagai direntap sekuat-kuatnya. Biras saya yang kahwin Ogos 2014 lalu telah pregnant! Saya menantu sulung dalam keluarga mertua tapi sebelum kami berkahwin, adik ipar yang ketiga kahwin setahun sebelum kami. Diorang sudah punya dua orang anak dara umur 4 dan setahun setengah.
Ogos lalu adik ipar saya yang keempat kahwin. Dengan isterinya, memang kami rapat berbanding isteri kepada adik ipar yang ketiga. memang kehadiran biras baru ni buat saya gembira, at least ada orang baru yang masuk dalam family mertua yang boleh ngam dengan saya.
Dipendekkan cerita, setelah mereka berkahwin, saya tahu memang mereka berdua mengharapkan cahayamata secepat mungkin walaupun usia masih muda dan adik ipar saya baru je dapat kerja tetap dan isterinya tak bekerja. Selama lebih 6bulan ni, dia banyak bertanya pendapat dan nasihat pasal TTC, pasal hari subur, pasal menses cycle...banyak lagilah. Jujurnya saya ikhlas memberi ilmu mana yang saya ada.
Saya tahu dia pun ada juga menangis bila period datang menjelma cuma mungkin kekecewaan yang dia alami bila hadirnya period tu tak sama dengan perasaan kita yang dah bertahun menghadap keadaan itu. Tika saya buat IUI tempohari, dia banyak juga bagi semangat dan mengharapkan saya dapat menambah zuriat keluarga mertua.
Malam semalam, pada hari periodnya lewat sehari, tika kami berwhatsapp, dia sent pada saya gambar UPT yang dia buat tengahari tu, memang saya nampak test linenya blur. Dalam hati dah terdetik, dia ni pregnant. Saya reply insyaAllah ada tu. nanti repeat test awal pagi ms nak solat subuh. Saya bagitahu Budi sebab kebetulan masa tu kami dalam kereta. Saya cakap, hujung tahun ni, abang dapat anak buah baru. Dia senyap je, mungkin tahu apa yang dalam hati saya masa tu. Saya rasa saya boleh handle lagi perasaan masa tu. Tapi, pagi tadi lepas subuh dia send gambar lagi satu tester yang jelas positifnya, memang buat hati saya remuk. Lemah kaki saya melangkah nak ke ofis. Saat saya salam Budi sebelum pergi kerja, dia seakan mengerti perasaan saya tika even saya belum cerita hal pagi itu, mungkin dia fikir halnya yang malam tadi sebabkan saya begitu. Lama dia peluk saya, sebelum saya bergerak turun dari bilik untuk ke ofis.
Sepanjang perjalanan ke ofis, "hujan begitu lebat" dalam dalam kereta. Sampai saya naik ke ofis, air mata masih mengalir saya terus masuk ke surau. Lebih kurang sejam saya dalam surau meratap, menangis membuang segala perasaan berkecamuk, kecewa, takut, sedih.
Satu yang saya fikir, bila balik ke kampung mertua nanti, apa yang akan mereka-mereka kata pada Budi. Saya tak kisah kalau mereka nak mengata saya, tapi saya akan sedih kalau mereka mengata Budi.
Entahlah saya macam dah tak mampu nak tanggung. Saya give up! Kalau saya punya duit yang banyak tika ini, perkara yang saya akan buat, unpaid leave sebulan, saya nak bersendiri mencari kekuatan diri ketempat yang tidak ada sesiapa tahu saya dimana.
Wallahualam....