Wednesday 14 January 2015

Prosedur IUI

Assalamualaikum..

[p/s :Entry terlalu panjang]

Saya tunaikan janji, nak publish hari ni juga entry IUI. hehe 
Alhamdulillah 26 Disember tarikh untuk kami jalani IUI buat kali pertamanya. Nurse suruh datang pukul 10pagi, jangan awal sangat dan jangan lewat. Kami keluar rumah dalam 9.20pagi, dalam 9.35 dah sampai sebab Budi bawak kereta relax-relax je ingatkan kat luar tu jem lagi, rupanya tak jem dah sebab mungkin orang sambung cuti dari cuti krismas semalamnya.

Sampai klinik dah ada orang dalam bilik doktor. Lepas letak buku rawatan atas meja nurse, nurse pergi tengok bilik prosedur specimen kat sebelah. Bilik clear tak ada orang. nurse bagi siap2 botol untuk specimen yang dia letak dalam plastik hazard terus. Masuk bilik sebelah, nurse pesan, kunci pintu then jgn lebih setengah jam. Lepas kami tu ada orang lain pulak nak masuk untuk buat IUI jugak. Dalam 15minit dah settle suma.hehe..Bagi specimen kat embryologist yang tunggu kat luar bilik tu then dia pesan, datang balik jangan lebih sejam ye. Masa tu dalam 10.30pg. Saya pergi bilik sebelah semual inform pada nurse. Dia kata boleh pergi makan dulu nanti datang semula dalam masa sejam, jangan lambat.

So kami decide untuk pergi makan di Food Court Presint 9. Memang tempat favourite kalau makan kat putrajaya. Saya suka makan meehoon sup kat kedai nasi ayam tu, hirup sup sampai titisan akhir.hehe... so tengah makan, kitorang bincang macam-macam. 1 yang saya bersyukur sangat-sangat punya suami macam Budi, dia seorang yang sangat tenang dan sabar. Tak macam saya, saya memang bukan seorang yang penyabar dan tenang seperti air kolam. haha..

Siap makan dalam kul 11.10 kami kembali ke PBRR. Sampai semula klinik ade dalam 3orang dalam tu. Nurse suruh duduk dulu sementara dia prepare bilik. Doktor pun tengah entertain patient masa tu. Tak lama lepas kami duduk tu, couple yang nak buat IUI lepas kami tu pun sampai duduk belakang kami. And guess what, suddenly 3orang doktor pelatih masuk klinik tu dengan one of them adalah lelaki. Diorang duduk depan kami. Sekali dua orang doktor pelatih yang perempuan tu masuk bilik prosedur IUI, masa tu saya dah tepuk dahi. Allahu, diorang nak masuk ke. Saya bisik kat Budi, kalau yang laki tu mintak izin nak masuk, jangan bagi eh. hehe

Tak lama lepas tu, nurse panggil Budi dan suami sorang lagi patient yang nak buat IUI tu, suruh pergi farmasi ambil ubat sebab 12.15 farmasi tutup, kalau nak tunggu sampai prosedur IUI settle, lambat. Time Budi kena amek ubat tu, saya dah disuruh masuk bilik prosedur, get ready selesakan diri atas katil tu. Masuk bilik prosedur IUI tu, buat pertama kali saya baring atas katil orang nak bersalin normal tu. Tak jumpa pulak gambar. Ala yang kena terkangkang sket untuk letak kaki tu. Haa memang atas katil tu la prosedurnya. Sementara tunggu doktor Huda masuk, dua orang doktor pelatih perempuan tu masuk untuk interview sikit. Macam-macam la soalannya, bila kahwin, sejak bila start treatment, kelaurga ade sejarah infertility problem ke tak, doktor cakap ada problem ape sume. Lama jugakla saya melayan diorang tu sampai dah lenguh kaki dok terjuntai je macam tu. Dalam masa borak-borak tu, sorang tu cakap pada saya,lepas prosedur ni puan still kena intercourse dengan husband tau 3hari berturut start malam ni. Owh serious saya tak tahu pun pasal tu, sebab masa di Serdang tak pernah pulak kena kaunseling dan diorang inform pasal ni. Bila saya cakap saya tak tahu pun pasal ni, diorang terus cakap, tadi kami dah pergi lab, tengok sperm suami puan, bagus, doktor Huda puas hati. Mulanya saya tak confident dengan ayat diorang sebab confirm ke yang Budi diorang tengok, sebab masa tu ade dua orang punye sperm kat lab tu. Saya pun balas, OK je. Tak lama lepas tu, embryologist tu masuk,interrupt borak-borak kami, dia tanya folikel besar mana masa scan aritu? saya bagitahu 20 x 20, dia kata alhamdulillah. Sperm suami are good! siap dia bg 2 thumbs up dengan senyuman manis. Memang lega sangat saya dengar, berair mata waktu tu. Alhamdulillah je yang mampu keluar dari mulut. lepas dah habis soalan doktor pelatih tu nak tanya, last sekali diorang tanya, kalau kawan diorang yang lelaki tu nak masuk masa prosedur nanti, boleh ke? gulpppp... i lost word. Saya just cakap, tanya suami saya. haha...

Tak lama lepas tu Doktor masuk, 2orang nurse masuk, embryologist  masuk dan dua orang doktor pelatih tadi masuk. Alhamdulillah kawan dia sorang tu tak masuk. haha. Tiba-tiba saya rasa berdebar, masa doktor nak masukkan spekulum tu mungkin saya tak relax dan berdebar sebab kami kiri saya lenguh dan tak selesa, susah doktor nak masukkan. Saya pun bagitahu kaki kiri saya tak selesa. Nurse tolong betulkan kedudukan tempat letak kaki tu, lepas tu barula saya selesa dan spekulum boleh masuk. Sebabkan saya masih berdebar-debar, agak sakit jugak sebenarnya masa doktor masukkan spekulum tu. Lebih sakit dari masa sy buat pap smear dan HSG. huhu.. Lama-lama saya dah tak rasa sakit, cuma yang saya ingat, mulut saya tak berhenti-henti berzikir. Masa doktor nak masukkan sperm,sorang nurse yang berdiri di sisi saya, bagitahu doktor nak inject sperm dah, doa banyak-banyak berkat hari Jumaat ni moga-moga lekat. Memang masa tu saya dah tak rasa sakit dan saya rasa cukup bersedia dan tenang setenang-tenangnya. Alhamdulillah. dengan kedudukan badan saya lebih rendah dari punggung. Sekejap je prosedurnya. Lepas tu nurse rendahkan lagi sikit bahagian badan dan kepala saya, dan kaki saya disuruh naik lipat dengan tapak kaki atas katil. Baring macam tu selama setengah jam. Tak lama lepas tu Budi masuk untuk teman saya dalam bilik, pada tangan dia ada Duphaston dan clomid untuk next cycle. Ayat pertama dia tanya saya masa duduk dalam bilik tu, "sakit ke yang?"..Saya cuma cakap OK je. Saya pun bagitahu Budi, embryologist tu bagitahu sperm abang good! Dia pun reply, insyaAllah yang kalau DIA dah kata rezeki kita kali ni, insyaAllah ada lah nanti. Lepas tu Budi bagitahu, orang yang cek sperm tu pegi cakap pulak depan husband orang yg nak buat IUI lepas kita tu, sperm dia banyak mati. gulppp entah kali ke berapa... apsal dia cakap, sian orang tu. Patutla nurse yang assist doktor tu, ade bebel2 masa masuk kejap bilik kitorg tu.

12.35, saya dah letih baring macam tu, saya suruh Budi tanya nurse dah boleh turun ke? Nurse bagi turun dan saya ke toilet tukar kain. Lepas tu nurse bagi semula buku rawatan dengan cycle planner untuk dibawa next CD10 untuk folikel tracking seandainya IUI kali ni fail. Nurse ada juga bagi 1 set UPT dan suruh saya test 2minggu lepas prosedur ni. Maksudnya 2x Jumaat lagi saya dah boleh test UPT pada CD28. Nurse pesan BD untuk 3hari ni, lepas BD jangan lupa angkat kaki macam tadi or gantung/sandarkan kaki kat dinding. Petua katanya. So memang betullah petua tu.Saya memang tak pernah buat gantung kaki kat dinding tu.hehe. Nurse bagi MC untuk hari tu dan sepatutnya suami pun dapat MC tapi Budi ambil time sleep je sebab dia ada kerja kena buat kat office.

Dalam kereta on the way balik rumah, saya dah terasa perut cramp. Mula-mula rasa sikit je, lepas tu makin kuat sikit, sebelum Budi pergi solat jumaat dan terus ke office dia, saya minta dia bawak turun telekung, kain batik, tuala dan t-shirt saya turun. Saya memang tak boleh nak naik tangga masa tu. Saya baring dalam sejam, then saya bangun mandi wajib dan solat zohor dibawah je. Hari tu memang saya solat dibawah je, nak tidur malam baru saya naik ke atas. Itupun perut masih rasa cramp dan tak selesa nak tidur. So malam tu memang kami tak BD sebab Budi tak sampai hati tengok saya tak selesa macam tu. Tergolek-golek saya cari posisi yang sesuai nak tidur, entah pukul berapa saya tertidur dan tersedar esok paginya jam 6.45pagi, cepat kejut Budi solat subuh. 

Nak dijadikan cerita sebenarnya sabtu dan ahad tu kami terpaksa travel ke Taiping sebab sepupu saya bertunang. Nak tak nak, tak dapat dielak memang kena pergi jugak, sebab makcik saya postponed tarikh bertunang tu ke minggu tu disebabkan tarikh asalnya kami tak dapat join sebab exam dan kenduri kahwin sepupu Budi pulak. So no choice, kami travel jugak. Segan pulak nak bagitahu dan cerita semuanya, kami berserah je.

Owh ye, hari kedua start dari bangun pagi tu, memang saya dah tak rasa cramp perut ni. OK je. sebenarnya sepupu saya bertunang hari ahad, kami berdua saje bertolak sabtu tu, sebab dah lama tak spend time together sejak masing2 sibuk dengan kelas dan tahun 2014 paling kurang kami bercuti.. Malam kedua dan malam ketiga memang kami BD sebab saya tak rasa cramp. dan pagi ahad selepas 1malam bermalam di hotel di taiping, masa mandi wajib saya terasa EWCM saya keluar, banyak dan saya tak selesa dan masa saya solat subuh pun masih terasa basah-basah pada miss V. Saya bagitahu Budi, dia senyum je.. hehe :p

Saya tak ingat hari apa, saya start demam, Masa sehari before tahun baru kot, saya demam suhu sampai 38 degree. Saya tak amik PCM pun, saya call MIL. MIL kata boleh nak makan PCM tu, cuma antibiotik ke ubat batuk n selsema jangan makan, takut panas. Saya tak de feeling saya pregnant cuma takut kalau-kalau baru nak melekat, so better jaga la kan. Melarat sampai beberapa hari, saya demam malam, siang Ok je. Budi yang selalu rasa dahi saya sebab saya selalu tidur awal masa tu, Budi masih melayan TV kat bawah kadang-kadang dia naik saya dah tidur. Ada 1 malam tu memang dia siap kejut saya ajak ke klinik, saya tak tahulah masa tu pukul berapa, saya cakap taknak malas nak tukar baju, malas nak turun tangga, lepas tu saya tidur. Tak lama tu saya terasa sejuk dahi, rupanya dia pergi lap dahi saya, tangan saya semua dengan tuala basah. saya tahu dia risau, tapi saya rasa tak kritikal pun demam ni sebab siang saya OK je cuma adalah bila saya cek suhu agak tinggi jugak dalam 37.5- 37.7 macam tu, tapi sebab hidung tak berhingus, batuk pun tak cuma tekak saya memang sangat perit. Owh masa tu, Mil saya ada cakap makan fisherman friend tu tak pe. So saya pun beli fisherman friend untuk legakan sakit tekak. Seminggu jugak saya merasa macam tu. 

Tiba hari yang dinanti CD28 = DPIUI14, saya tak berkeyakinan untuk test UPT sebab saya tak rasa apa-apa, Budi sihat je takde demam pun, saya tak loya-loya pun cuma saya perasan ade sakit di bahagian ari-ari. Bila saya berdiri tengah masak lagi kuat rasa tu, sampai ada sekali tu saya tengah masak lemak, saya bawak kerusi meja makan ke dapur, duduk sambil kacau santan sebab bila berdiri, sakit sangat di bahagian ari-ari. Masa tu saya terfikir pregnant ke, or mungkin saya sakit tu sebab selalu tahan kencing dalam dua tiga hari ni, sebab waktu memang cuaca sejuk memanjang, asyik nak terkencing je. Tapi saya masih berpegang pada hajat saya sendiri nak tunggu period or CD40 mana yang lebih cepat. seandainya CD40 saya masih belum period, saya akan cek UPT pada CD40.

Orang kata tanda-tanda pregnant lebih kurang dengan tanda-tanda nak period. Sabtu dpiui15=CD29 nipple saya sangat sakit, kena air shower even dalam kain basahan pun terasa sakitnya. Keputihan saya keluar sikit-sikit dan jerawat semakin banyak di muka. Masa tu saya dah cukup redha seandainya darah period yang keluar, saya bersedia!!! Pada saya, saya lebih rela tengok darah period dari test UPT dengan result single line. Bagi saya test UPT sama dengan perasaan yang membuak-buak rasa diri ni pregnant.huhu

Sepanjang 2ww memang kami jarang berBD. Rasanya lepas 3hari berturut tu, dalam sekali je lepas tu kami berBD.

Dan semalam 13 Januari, CD32 = dpiui 18 period saya datang dengan banyak serentak dengan senggugut. habis cadar kena darah period, kain batik saya bertompok dengah darah. Alhamdulillah memang saya berdoa seandainya belum rezeki kami, datangkan period saya tepat pada harinya supaya saya berhenti untuk berharap dengan benda yang tak ada, dan sekiranya ada 1 nyawa yang sedang membesar dalam rahim saya, tumbuhkanlah ia dengan sihat dan sempurna sehingga ke akhirnya. Period saya datang tepat dengan hari expected dalam apps my calender dalam phone saya. Alhamdulillah, mula cycle baru dengan harapan yang baru.

Doakan saya!

Wallahualam..

19 comments:

  1. Yana, so glad that u r so positive about this. Smg Allah anugerahkan kesabaran yana dgn pahala yg banyak... InshaAllah, His plan is the best! and am sure banyak hikmah... teruskan usaha ya dik :-) Take care,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaca-kaca mata saya baca komen ST. semoga kesabaran itu milik ST juga... aamiin..

      Thanks kak!

      Delete
    2. Saya setuju dgn ST. Yana sgt positif & kuat. Saya dulu kali pertama failed IUI, menangis teruk jugak. Huhu. Yana jangan give up ok. Usaha selagi kita mampu. InshaAllah ada yang terbaik untuk kita :)

      Delete
    3. Hi Ily,

      Hmmmm..kdg2 kuat (ke konon2 kuat) huhu..kdg2 meraung jugak...hehe..tp utk IUI tu mmg saya da ready for the result. InsyaAllah selagi termampu, kita usaha.

      Chaiyokk utk Ily =)

      Delete
  2. Slm yana,
    Bila bc storey iui yana...teringat pnglm iui sy dgn lppkn 2013...
    Sekarang tggl memory.....
    Good luck yana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam miss hidden,

      owh! success x IUI tu?
      TQ miss hidden =)

      Delete
    2. Salam yana..
      Alhamdullilah....my baby dh 11bulan

      Delete
    3. salam miss hidden,

      alhamdulillah seronoknnya =)

      doakan saya!

      Delete
  3. hi yana.

    walaupun panjang i baca dengan penuh saspen! haha. alhamdulillah, yana strong & redha. semoga perjalanan ttc kita smooth untuk tahun ni & tahun-tahun mendatang, yana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anis,

      hehe saspen eh? keke..insyaAllah semoga ade rezeki kita jadi ibu!..aamiin

      Delete
  4. Hi Yana..xsabar yer nak tahu updates terbaru Yana. Saya pun xlama lg proceed 1st time iui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Waheeda,

      InsyaAllah doakan saya ada masa nk tulis pnjg2 lagi..

      owh bt IUI kat mana? apa blog waheeda? hehe

      Delete

  5. Dear Friend,

    "If You are feeling Frustrated Or Hopeless because of your
    inability to get pregnant. If all you have been told is that there is
    nothing wrong with you and yet you can't get pregnant then this is
    your chance to do so. Or are you having any of the challenges
    listed below? Whatever it is that may be causing your infertility,
    you can be sure you are on the right post. Infertility problems include:


    -- trying to get pregnant for years
    -- Irregular Menstrual Cycles
    -- Delayed Periods
    -- Endometriosis
    -- Ovarian Cyst
    -- Miscarriages
    -- High Prolactin
    -- Hormonal Imbalances
    -- Low Sexual Drive

    * Have you been trying to conceive and have your own baby without any
    success?

    * Have you taken several drugs and even concoctions all because you want to
    become a mother?

    * Have you undergone surgeries and yet you still can't conceive?

    * Have you been unable to find a solution to your infertility or that of
    your spouse?

    * Are you ready to brace yourself with the simple steps to getting pregnant?

    * If you have also been battling with Fibroid, Blocked Fallopian Tube and
    you want completely get rid of it?

    If your answer to any of the above questions is YES, then your story is
    about to change.But first, see what Mrs jessica from USA said about my
    herbal herbs product.



    I Was Married for Over 5 Years Without The Fruit Of The Womb. My Husband
    Was Very

    Supportive But His Family Showed Me Hell. At First I Was Skeptical Of Your

    herbal herbs product Because I Have Used Lots Of Different Things But To No
    Avail. But

    Thank God I Gave It A Try. Now, I Am 8 Months Gone. Thank You Very Much.

    Mrs Cynthia from usa, My gynecologist said both of my fallopian tubes has
    been blocked that i would not be able to conceive at all. I felt so bad
    that i nearly killed myself, If not for


    my husband who stood firmly with me. My friend introduced me to your home
    of solution your herbal herbs is real and good. At first, i felt reluctant
    to buy
    it, but i took a step of faith. Now,


    I am a proud mother. Thank you for your

    encouragement and support."-- Mrs jessica from
    USA

    Do you really find it difficult to get pregnant contact doc natasha today
    and receive yours too pregnancyherbs@gmail.com Her WhatSapp
    contact : +2347036879479 +2347036879479

    pregnancyherbs@gmail.com Her WhatSapp contact :
    +2347036879479 +2347036879479

    ReplyDelete
  6. Hai yana.. Saya baru buat iui ke 2..last month x dpt proceed iui sbb scan telur terlebih besar..
    Doakan saya..

    ReplyDelete
  7. sy pon bru buat iui 13/7 ....doakn sy dpt baby ye...

    ReplyDelete
  8. Boleh tanya berapa kos for iui di hosp putrajaya

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Hương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.

    ReplyDelete
  10. Ayat terakhir, Ya Allah tersentuhnya hati. Inti yg saya selalu doakan. Semoga Alah berikan rezeki zuraiat soleh dan solehah utk awak dan saya.

    ReplyDelete
  11. Ayat terakhir, Ya Allah tersentuhnya hati. Inti yg saya selalu doakan. Semoga Alah berikan rezeki zuraiat soleh dan solehah utk awak dan saya.

    ReplyDelete