Tuesday, 28 June 2011

Neves...

Assalamualaikum..

Sehingga hari ini,Yana da lewat peyed utk 5hari...
tiada tanda kebiasaan Yana peyed..
tiada tanda seperti mengandung..

Selera makan bertambah..rasanya Yana nak peyed pun akan rasa bertambah selera makan..
Kalau pagi bangun lambat tu (bl keje ptg) time gosok gigi,mesti perut da bernyanyi2..ehhehe..

Bila selera makan bertambah, sesedap rasa aje makan banyak2, then mulalah rasa cm nk terkeluar balik...Yana ada share ngan kakak Yana, dia kata dia ms preggy pun xde muntah2..sbb mak Yana dl mmg pesen xmuntah2 klu preggy..tp bile mkn bnyk mule la nk terkeluar blk..cepat aje rase loyanye...

Yana da ade beli test kit..tp mcm belom bersedia nk test lg..nk tunggu smpai 14hari (klu boleh tahan la :p)...dl lepas kawen Yana pernah delay 15hari..so dats y Yana xmo test lg..takut kuciwa...ihhihi

Apepun doakan semoga double line muncul nnt yea.. ameen.. :)

Wallahualam..

Tuesday, 21 June 2011

Semoga Dipermudahkan

Assalamualaikum...


Lihat pada ticker diatas, mengikut pada cycle period Yana, dlama 2hari lagi Yana akan period. Ini mengikut kiraan cycle bulan Mei dan April...Jika kebiasaan, dalam seminggu sebelum cik P datang,Yana da start kena pakai pantiliner disebabkan keputihan yang melampau. Tapi sehingga hari ini, panties Yana bersih tanpa ada secalit kesan basah akibat keputihan,pantiliner juga Yana tak perlu pakai. Alhamdulillah..

Yana yakin ini akibat dari Yana makan VCO secara konsisten dan tidak pernah walau sehari Yana tinggal makan VCO. Sejak April juga cik P datang tepat setelah cycle 30hari tamat. Sebelum ni cycle Yana mmg susah nk baca, sampai baru ni Yana jumpa kakak pun, dia ada tanya kalau2 Yana dan suami planning. Yela mana taknya, kakak kawin November 1997, September 1998 cahaya mata pertama muncul, abang pula berkahwin Februari 2006, November 2006 (lahir awal 2mgu,sepatutnya disember,sbb kakak ipar darah tinggi)dapat baby dah...Yana da setahunmasih tiada tanda2..tu yang kakak tanya..kakak pun tahu Yana punya period cycle xbetul..kakak nasihatkan cari supplement or ikhtiar berurut tgk cmne...pesan kakak juga,berat badan sila turunkan..ihihih..

Alahmdulillah, amalan makan VCO ni ada juga kesan dalamannya yang Yana terima..Syukur..Owh jika,keputihan ni hilang akibat,sikecil suda berada didalam sana...lagi Yana bersyukur sgt2...kakak2 di opis sudah ramai yang tegur sbb Yana dah masuk hari ke 5 selsema,hari ni sudah agak berkurangan sbb smlm dipaksa makan antibiotik..Yana xmahu sbb takut klu betul sudah 'ada'..takut memudaratkan..mak mertua Yana juga pesan yang sama..tapi sebab suami Yana risau,Yana turutkan juga..sebelum Yana kena selsema,suami Yana dulu dh selsema,dan MC 2hari..

Yana harap ada berita baik yang boleh dikongsi disini pada entry akan datang.. =)


Wassalam....

Wednesday, 8 June 2011

Makanan tambahan

Assalamualaikum...

Dalam masa setahun perkahwinan Yana dan Budi, Yana makan Asid folic sebagai makanan tambahan untuk TTC...sejak dua bulan yang lalu, Yana amalkan pula makan Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst. Terlanjur Yana makan VCO, Yana terus jadi agen untuk produk keluaran Catalyst. Alhamdulillah banyak perubahan yang Yana rasa dan InsyaAllah Yana akan terus makan VCO.. Suami Yana juga amalkan makan VCO..

ni Yana share sikit kebaikan makan VCO :


Selain bagus untuk kulit, kesihatan dalaman dan luaran, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect kerana dia bukan ubat. Rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita juga kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkaran yang baik. Pengambilan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah sebuah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesubuan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Berdasarkan pengalaman pengguna VCO sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak


  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga semasa bekerja.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/minyak walaupun berlaku perubahan hormon sewaktu hamil.
  • Sistem penghadaman lancar dan tiada masalah sembelit.
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil.
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi.
  • Kulit bayi cantik dan tidak jaundis.
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih (dalam tempoh 10 hari awal berpantang)


**Tidak salah berusaha kerana Allah telah memberikan pelbagai cara. Maka berusahalah dan redha pada ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.**

<kredit :eazy Catalyst>

Wallahulam...

perasmian

Assalamualaikum...


Hari ini, bermulanya journal yana untuk berusaha menjadi 'mama'...Yana nak share sedikit sebanyak apa yang yana dan suami usahakan untuk peroleh zuriat darah daging kami.. =)


Yana da baca banyak blog-blog yang berkongsi suka duka untuk peroleh zuriat...Mari kita sama2 berusaha dan terus berdoa semoga impian kita menjadi realiti, InsyaAllah...


Wallahualam...