Tuesday, 19 April 2016

Klinik Bala Desa Mentari PJ untuk rawatan kesuburan

Assalamualaikum...

Lama tak cerita kat sini.. hehe..
Lepas IUI kedua saya gagal, saya memang stop treatment untuk sementara waktu- entah berapa kali dah stop kan.. hihih..

Saya join jom kurus tapi bukan dengan Kelvin Zahri tu. Tapi aktivitinya ala-ala KZ tu buat. Alhamdulillah tamat dah program tu, tapi saya tak kurus jugak lagi...haha Apa yang saya dapat, badan rasa FIT, lemak saya less 4%, pinggang less 4", berat terbuang 2kg sahaja.. hehe.. So far alhamdulillah, bila badan FIT rasa sayang nak tinggal aktiviti tu semua. Saya jogging je, kalau malas keluar rumah saya buat senaman je kat rumah.. Ala sekarang kan dah banyak orang share kt FB, tinggal nak buat dengan tak je. Percayalah kalau rajin, jaga makan, insyaAllah buat sendiri pon boleh turun berat dan badan FIT.

Sebenarnya itu cerita sampingan je, saya nak share 1 Klinik yang juga boleh buat rawatan IUI . InsyaAllah dengan harga yang mampu. =)

Semalam lepas balik kerja, saya nampak 1 namecard klinik atas coffee table. Masa tu saya tanya Budi sekali lalu je, Doctor mana pulak tu.. Apetah yang dia jawab, saya tak dengar sangat sebab nak kejar masa tukar baju nak jogging kat taman area rumah. Balik jogging saya pergi join pulak geng isteri-isteri selorong rumah saya berborak depan rumah sambil bawak anak-anak main ...hehe..Lorong rumah saya tu alhamdulillah ramai melayu, bila semua keluar dan bergabung hahhh macam pesta kat lorong tu.. Dekat2 azan maghrib kami masuk rumah masing-masing. ( ada 1 cerita masa kami berborak tu pun,next entry saya cerita sini, kalau tak nanti panjang entry ni jadinya)

Masuk rumah, saya bukak dulu cerita dengan Budi, apa yang kami borakkan kat luar td. Lepas tu Budi pon cakap pasal name card Doctor tu tadi. 


Budi cerita, ada kawan tempat kerja dia yang bagi. Kawan dia tu tengah usaha anak no 2. Dah pergi la kat Klinik tu, katanya Dr Maligga tu dari India dan tidak fasih berbahasa melayu. Kawan dia cerita, ubat-ubat yang diorang guna lain dari ubat-ubat yang ada di Malaysia, diorang guna ubat tradisional India. Wallahualam saya tulis mengikut apa yang kawan Budi cerita. Masa kami berborak tu jam dah pun dekat-dekat pukul 8mlm. Budi cakap try la call kalau nak tahu lebih. Budi cakap kawan kepada kawan dia tu, 2orang pergi Klinik Bala dapat pregnant.

Saya pun try la call. Ayat first saya tanya can u speak malay? haha itu kat nurse yang angkat call. Memang india juga, dia kata boleh cakap melayu. OK bukan apa, kang letih-letih speaking omputih sekali dia boleh cakap melayu. So saya teruskan perbualan dalam bahasa melayu je.

Saya tanya apa prosedur kalau nak buat rawatan kesuburan. So saya summarize kan je kat bawah ye.

Visit hari pertama

Blood test isteri - RM175
Blood test suami - RM175

Doc akan buat surat utk sperm test suami d Hospital Pantai - plus minus RM40

Isteri kena minum air untuk penuhkan pundi kencing utk scan dr atas 
Kemudian isteri kena buang air kosongkan pundi utk scan dr bawah (tvs)
Consultation & Medication 
RM175

So total utk visit hari pertama : RM525

*jika suami ada kecing manis, mungkin ada ubat tambahan.

Visit Hari Kedua

 Jika result sperm test suami didapati suami bermasalah, ada ubat utk suami RM300/month
*saya terlupa tanya berapa lama perlu consume..hehe

Then every following consultation & medication utk isteri adalah below RM100

Saya tanya pula pasal prosedur IUI, dia kata itu atas result yang doctor tengok on kita punye hormon. Bila sesuai dengan waktunya, dalam masa 4-6bulan, doctor akan buat IUI jika masih belum mengandung secara natural.

Kos IUI - RM400
* again, saya lupa nak tanya ini harga prosedur saja atau sekali medication...hehe

Waktu rawatan:

Isnin - Jumaat - 2pm - 4pm
Isnin - Jumaat - 7pm - 8.30pm
Sabtu - 1.30pm - 3pm

Saya tanya, Q panjang tak utk appointment?
Dia kata tak panjang sangat, bila-bila saja boleh detang. =)

Dan yang paling penting soalan terakhir saya, Doctor Malliga lelaki ke perempuan?
Doctor Malliga is a FEMALE... =)

itu saja share dari saya :)

Wallahualam