Assalamualaikum...
Rindu nak cerita pasal TTC.
Ye Yana masih TTC, silent bukan bermakna sudah ada penghuni rahim ni.hehe InsyaAllah soon..very very soon =)
Buat pengetahuan yang follow cerita TTC Yana, Yana dah pun menjalani IUI kedua last cycle tapi mungkin waktu itu Allah nak tiupkan satu roh dalam rahim Yana, CD32 Yana period tepat pada hari yang di expect oleh apps My Calendar. Yana on IUI dengan clomid 150mg dan pregnyl 10000.
Ada 2biji folikel yang besar di sebelah kiri ovari, 20x22 & 18x20. Kanan semua PCOS...huhu
Doc tak prescribe any medicine for next cycle. Lepas IUI doc bagi UPT test 2keping dan Duphaston utk kuatkan rahim. Jika BFN (Big Fat Negative) doc schedule dtg pada CD2. Yana tak sure samada untuk TVS ke hape sebab sape yang buat treatment kat HKL memang TVS pd CD2. Tapi kat PBBR presint 8 tu macam Yana tak pernah dengar pulak, kot mungkin prosedur baru.
CD1 - 17Oct Yana amek keputusan utk rehat treatment sampai bulan 12. Nak disiplin diet, Takdela specific pada diet atkins tapi Yana memang tak amek nasi dan selalu makan bayam. Jadi fav pulak dengan bayam..haha. 1 lagi Yana amalkan minum Aloe Vera utk detoks usus, so far dah 3bulan Yana amalkan, mungkin sebab tu jugak period jd tetap 32hari. Alhamdulillah =)
( kalau nak cuba, boleh contact Yana ye ..follow IG : foreverlivingsisters....hehe sempat promote)
Start cycle ni jugak Yana dah start dengan BBT. Seronok pulak rasa celik je mata jam loceng bunyi terus amek termometer amek suhu, pastu pejam semula kejap..hikhik -amek mood nak seret tuala mandi...Dulu Yana pernah jugak berBBT tapi guna termometer biasa yang 1decimal je. Sekarang memang nekad nak kenali tubuh badan sendiri, so Yana beli BBT termometer OMRON tu. Haritu tengok kat Guardian RM80++. Entah cemana hari nak beli tu Yana usha kat lazada, ade dua harga 1 dalam 70lebih, 1 lagi RM61 sekali postage. Ofkos la pilih yang lagi murah kan.. hehe..
So bermulalah cycle berBBT..seronok pulak tengok graf, jadi excited nak tempting pagi-pagi..hehe..InsyaAllah moga istiqomah..
Inilah termometer BBT =)
Semoga Allah beri keizinan dengan usaha yang sedikit ini.. amiinn..
Wallahualam..