Friday, 6 December 2013

Temujanji pertama di Hospital Serdang

Assalamualaikum..

Maaf lambat saya kongsikan temujanji pertama saya di Hospital Serdang tempohari.

26 November, jam 8.15pg saya keluar dari rumah. Dalam 8.45pg sampai di bahagian pendaftaran klinik-klinik pakar Hosp Serdang. memang ramai sangat. Dalam setengah jam juga baru nombor saya dipanggil untuk daftar. Untuk temujanji pertama, tiada bayaran dikenakan, oleh kerana saya dan Budi bukan kakitangan kerajaan, temujanji seterusnya dikenakan bayaran RM 5. Selesai pendaftaran, saya masuk ke klinik pakar O&G, alhamdulillah tak penuh macam di bahagian pendaftaran luar. Terus saya ke kaunter klinik O&G dan serahkan surat rujukan dari doktor di KK Dengkil. Lega, hanya 2 nombor di depan saya. tapiiiii, ada la dalam 45 minit juga menunggu. Dalam 5minit saya duduk, nombor saya dipanggil untuk diambil bacaan berat dan tekanan darah. Berat pada temujanji pertama adalah 93.6kg..huhu
Tekanan darah, Normal. tak ingt bacaan..rase dlm 153/86

Bila nombor saya dipanggil untuk ke bilik doktor, kami pun masuk.
Alhamdulillah doktor perempuan! ;)
Doktor dah baca surat rujukan saya. then dia tanya sejarah treatment yg lalu. Saya pula tak bawa segala result masa treatment di Az-Zahrah dulu. Doc pesan, next temujanji bawa, dia nak tengok.
Doc tanya, doc kat Az-zahrah tak da bagitau saya PCOS ke? Saya kata takda, tapi memang progesteron saya rendah masa buat blood test CD21. Berdasarkan penglihatan dia pada fizikal saya, memang dia tengok saya macam PCOS. Apepun dia nak tengok dulu result test dulu.

Lepas tu doc cakap , hari ni dia nak buat TVS dan Pap Smear. Gulppppp telan air liur saya, Budi tengok saya, saya tengok Budi telan air liur lagi. Memang saya tak ready untuk itu, sebab biasa yang saya bace pengalaman orang lain, doc akan bagitahu awal untuk buat pap smear. Lepas doc cakap tu terus saya terbayang mulut itik @ speculum tu masuk miss V.. uhuk uhuk...

First sekali buat pap smear sbb bilik TVS ada patient lain. Saya pakai seluar, so doc suruh tukar dengan kain yang disediakan. Baring atas katil kat bilik doc tu, then ada sorang nurse datang. Nasib nurse dah berumur so segan tu kurang sikit tapi still ada segan tu SEBAB lampu tu betul2 tersuluh kat miss V..hehe
Jujur, masa speculum tu masuk memang agak tak selesa tapi saya ingat yang baca di blog-blog orang yang pernah share pengalaman mereka, hanya relax je.  Masa nak masuk tu memang susah sket sebab peha saya besar so nak luaskan kangkang  tu sukar sket tapi masa doc cuit untuk amek sampel di serviks tu, memang saya tak rasa, Alhamdulillah. Sedar-sedar doc kata dah je. Lega Allah permudahkan urusan Pap Smear saya.

Lepas tu ready untuk TVS. Kena pergi bilik no 1, masa ni saya di bilik no 6. So berjalan dalam tu memang berkain je..hehe..Di bilik 1 dalam 10minit saya tunggu doc tu datang. Masa temujanji tu, saya CD32, baru lewat sehari period saya. Buat TVS doc tak nampak kantung pun, and amazingly doc kata dia tak nampak pun saya ada PCOS. Rahim saya clear je dan tiada yang abnormal. Alhamdulillah lega saya dengar.

Habis TVS, saya tukar semula seluar dan doc minta saya buat ujian darah utk cek paras gula. Saya kena ke bilik hujung pulak. Tunggu nurse amek peralatan dalam 5minit. Lepas dapat result, paras gula saya masa tu adalah 5. Lega lagi, syukur!
Masuk bilik doktor semula, bagitahu result paras gula saya. Even ok, doc bagi juga saya ubat utk kawal kencing manis dan bantu kurangkan berat badan yg mendadak.

Overall doktor minta saya kurangkan berat badan (ini memang dah agak..hehe). Owh b4 tu masa cerita history2 lama, saya da bagitahu doc saya pernah on clomid 1 cycle je. CD 9, dapat folikel saiz 11mm , CD 11 folikel saiz 22mm..then doc tanya ada bersama tak. Saya jawab, mestilah ada doc. hehe.. Then apa jadi, doc tanya lagi.. Saya pandang Budi dengan senyum, then jawab kat doc, tak jadi ape-ape doc. Doc gelak je. Yela dah ada depan dia nak sedia terima treatment, sebab tak jadi pape la dat time kan? saje je tau doc ni. haha.. after dat, doc ade diskas dengan gynae2 lain pasal history saya untuk dia buat solution pada hari tu. Saya dengar sayup-sayup, apa yang dicerita dan disuggest gynae saya kepada gynae lain disambut Ok.. Ok..haaa OK! oleh gynae lain tu... dan masa kitorg ada dalam bilik doc tu, ada juga doc lain masuk bilik tu, untuk tanya pendapat doc saya  pasal patient dia. 

Temujanji pertama, saya dapat :
  • Medroxyprogesterone Acetate 5mg Tablet (ubat turun darah untuk dimakan selama 5hari. )
  • Metformin HCI 500mg Tablet 
  • Clomiphene Citrate 50mg Tablet (CD2-CD6)

So next temujanji saya adalah pada CD11 untuk folikel scan.

Kos untuk temujanji pertama  = RM 0




Wallahualam...