Wednesday 18 April 2012

18April ~ Keputusan ujian

Assalamualaikum..

Hari ni keputusan kedua-dua ujian saya & budi akan dapat tahu. Perasaan? Hurm macam takde perasaan sangat. Tapi still terfikir-fikir nak tahu ape resultnya. Budi kerja petang minggu ni, so saya minta dia masuk pagi, tapi dia kata nak minta time sleep aje dgn Doktor Mashita nanti.

Pagi tadi Budi anta saya pergi keje. So janji pukul 2ptg Budi amik saya di opis sebab appt pukul 3ptg. Sampai di Az-Zahrah, ramai jugak org kat O&G. Tapi tak pelah  saya dah isi borang untuk keluar opis terus balik rumah..hihih..Sampai Az-zahrah, bagi kad appt, terus saya pergi toilet, tak tahan nak terkucil..haha..
Dalam 15minit lepas tu, rasa nak terkucil lagi, banyak sangat minum air arini kot..hhehe..Setengah berlalu nama saya dipanggil.

Memang tiada perasaan takut or nervous pun dat time. Duduk2 aje, Dr. Mashita terangkan result ujian.
Ujian Sperma Budi : Normal ~ Alhamdulillah :)
Ujian darah saya : ada masalah sikit. Dr. mashita kata masalah tak de la besar sangat pun. Tapi dalam hati saya dah rasa kecewa. Tapi mata still pandang dalam-dalam mata Dr. Mashita dengan dengan jelas semua yang dia terangkan. Masalah yang saya hadapi sebenarnya sangat ramai orang lain yang lalui jugak. Mungkin dia nampak raut muka saya dah berdukacita, dia naikkan semula semangat saya. 
Gud Job Dr.Mashita ^_^

Dr.Mashita kata folikel saya tak membesar & tak menetas. Dalam hati dah fikir mesti aku akan dapat clomid..hee~
Dia akan bagi ubat untuk merangsang pembesaran telur-telur . Lepas tu dia tanya , belum period kan? Saya cakap dah, 2hari lepas amik darah aritu dah period.. terus dia cakap eyh, cepat pulak ek bulan ni. Dia kata kalau period datang setiap bulan tapi tak tentu tarikh ni masih normal, tapi agak sukar untuk cari waktu yang betul2 subur. Kena guna banyak kaedah untuk cari waktu subur yang tepat. Dia kata tak pe, doktor bagi clomid utk makan hari kedua period sampai hari keenam period bulan depan. Hari ke-10 datang untuk doktor scan tengok telur lepas tu hari ke-12 datang lagi sekali doktor scan untuk tengok perubahan telur lepas makan ubat untuk rangsang telur tu. Then kalau folikel-folikel bertindak balas elok dengan ubat, kena on BD selalu la. Kalau tak berjaya bulan tu, bulan berikutnya doktor akan tambah dos Clomid. Then kita buat proses yang sama. Tengok perbezaan tindak balas dalam dua-dua bulan.. Eceeh dah macam bahan kajian plak telur haku..haha
Tapi i dont care, as long as i know whut happen to my body inside. =)

Saya ada jugak tanya doktor, kalau selalu period saya mesti keluar macammmm..belum habis ayat saya doktor dah sambung, keluar macam panjang-panjang tu kan? 
terus saya jawab, haa betul-betul
doktor kata takpe keluar darah yang panjang-panjang tu still normal so start dari hari pertama keluar panjang-panjang tu dah dikira period hari pertama. 
So terlerai kekusutan dalam kepala saya bila hari pertama saya period dan bila time saya tak boleh solat sebab period..hehe..alhamdulillah..
so itu juga satu informasi buat kamu semau ye kawan-kawan ^_^

Doktor pesan lagi, kurangkan berat badan, sebab kalau pregnant dalam keadaan berat badan berlebihan senang dapat kencing manis & darah tinggi.. hehe..
Doktor nasihatkan juga, kurangkan makan nasi, banyakkan makan sayur-sayuran hijau & buah-buahan hijau.
Contoh buah-buahan hijau, belimbing, epal, jambu. 
Saya terus tanya, jambu boleh ye doc? Dia kata boleh. Semua buah-buahan hijau elok untuk concieve.

Lepas tu doktor kali ke 3 saya rasa ada apa-apa nak tanya lagi, dia pandang saya. Saya cakap setakat ni tak ada kot. Next appointment, saya cari pulak soalan ape nak tanya doc.. Dia gelak je saya cakap cmtu. Lepas tu dia tanya Budi, Encik ada apa-apa nak tanya? 
Budi tanya pasal next appointment, Doktor kata dia tak boleh bagi tarikh sebab tak tahu bila tarikh saya period, so nanti bila period hari pertama, terus kol Az-zahrah buat appointment cakap dengan nurse tu, appointment untuk scan folikel ,sebab aritu doktor mashita bg ubat untuk rangsang folikel, so saya nak buat appointment untuk hari ke-10 saya.
Siap Dr. Mashita susunkan ayat untuk saya cakap dengan nurse time tepon untuk set appointment.. hehe.. Maveles la u ni Doc..hehe

Lepas tu saya mintak time slip dari doc utk Budi..hehe..
Result dua-dua ujian tu ada salinannya pada saya, tapi saya rasa tak perlu la kot nak share sini, sebab saya pun tak faham term-term yang tertulis dalam tu. Cuma yang saya faham dalam result Budi, "there is an abnormality of morphology" ..u all faham kan..hehe

So hari ni saya dapat Clomid 10 biji untuk dimakan on next cycle. (CD2 - CD6)

total cost on 18 April 2012 : RM 114
Clomid 50gram 10 biji  = RM 54
Consultation = RM60

Lepas amik clomid kat farmasi bawah, kami terus decide balik rumah aje. dat time baru pukul 4.10ptg. Alhamdulillah dalam sejam aje masa kami ambil di sana. So saya rasa lepas ni saya ambil time slip aje la kot. no need to isi borang keluar ofis terus..huhu

Masuk kereta terus budi cakap,
budi : "Doktor kata telur ayang tak menetas?'
saya : "A'ah telur tak besar n tak menetas"
budi : "kalau tak menetas, ayang kena mengeram la macam tu"
saya : " haha" gelak kuat - kuat..
Sabo je la kekandaku, itu pulak yang dia fikir. tapi mungkin dia nak hilangkan kecewa saya.
Luckily i'm having an understanding n positive husband like him
Love u so much sayang..

Fren, pray the best for me. Semoga keterbukaan hati yang Allah berikan buat saya ini mendapat keberkatanNYA. amin 

^__^

Wallahualam

Wednesday 11 April 2012

CD21 ~ Cek Darah

Assalamualaikum...

Hari ni saya ke Az-Zahrah untuk serah diri bagi darah..hikss..
Saya pergi dengan kakak Z, saje ajak dia teman. Budi kerja hari ni. ;)

Kakak Z kerja pagi, so dalam pukul 10pg saya pergi ofis jemput kakak Z. Sampai ofis, kakak Z ade kerja kena bereskan dulu. Saya pun naikla ofis kejap. Sunyi je, budak-budak yang kerja pun buat hal sendiri.
Dalam pukul 11pg baru kitorg gerak.

Alhamdulillah sampai je depan Az-Zahrah kebetulan ade orang nak keluar parking, so saya dapat parking betul-betul bawah pokok depan Az-Zahrah.hehe...
Even harini public holiday, orang still ramai kat klinik. Saya terus ke kaunter bagi beg plastik hazard utk letak sample darah yang nurse masa jumpa Dr.Mashita bg aritu. Terus dia bawa saya ke bahagian sebelah lagi. Saya duduk sambil bergosip dengan kakak Z sebab dah 4hari tak jumpa..hehe..Dalam 3minit camtu, terus nama saya kena panggil masuk macam small room.

Cute je nurse tu, muka ada Nur..hehe..namanya Mas Ayu _ _ _ ...saya lupa dah nama dia yang hujung sekali.
Saya duduk kat kerusi betul2 blkg pintu. Nurse tu tanya, dengan Dr.Mashita ye? Saya jawab aah.
Diikat lengan tangan kanan saya. Ditepuk-tepuk pelipat lengan saya, urat tak timbul2. dalam hati, Ya rabbi, cuak giler kot..nampak pulak jarum, mak aiiii besarnye la..Seumur hidup saya, saya tak pernah kena amik darah tau...hee..

Lepas ditepuk-tepuk, urat tak timbul jugak, dia tanya saya, "selalu puan amik darah tangan mane ye?" " tak pernak, ni 1st time...takuttt" hehe..terus die senyum senyum macam nak gelak,tapi cover..heheh
Dia jawab balik, "kalau kena urat, tak de masalah" dia senyum lagi..hehe..mungkin sebab dah lama ditepuk-tepuk dipujuk tak keluar jugak uratnya, dia terus sapu bius..terus dituju mata jarum ke tangan saya, sambil mata jarum nak masuk ke kulit, dia baca bismillahhirahmanirrahim dengan kuat dan jelas saya dapat dengar. :)
Memang terasa jarum besar masuk kulit,dia berhenti tekan jarum tu masuk,then dia tarik semula dia cakap " kalau puan tak tahan, cakap ye..saya nak cari urat" saya tak mampu nak jawab..ermm je yang keluar dr mulut..hihi..Alhamdullillah kejap je mata jarum tu cari urat, dah jumpa..pandai nurse tu..banyak jugak darah saye kena amik.

Lepas dah siap, dia tanya " sakit tak?, tak kan?" ikhlas senyuman dia.. =)
saya cakap tak, tapi terasa jarum tu besar.hehe..
Saya sempat tanya lagi, ujian darah ni untuk apa ek?
dia jawab untuk test tahap hormon progesteron.
saya tanya lagi, hormon progesteron tu camne ek?
Dia kata hormon dalam menstrual kita..then dia senyum-senyum, mungkin tak tahu sangat ataupun dia rasa tugas dia hanya untuk ambil darah. hehe..saya terus kate, ok takpe nanti balik rumah saya google..
then dia cakap, "nanti result masa hari next appt puan dengan Dr.mashita, dah ada tarikh kan?"
yesss.. sekarang saya tak sabar menanti 18 april (CD28) untuk tahu result kedua-dua sample air mani budi dan darah saya ni..

tak ada kesan lebam pun kan..mmg pandai nurse tu..hehe

Balik rumah saya sempat google pasal ujian tahap hormon progesteron.
dan ini yang saya jumpa.
*
*
*
(tekan)

wallahualam...

Monday 9 April 2012

Jujur aku tidak kuat lagi.... :'(

Assalamualaikum..

Hari ni, satu lagi berita ofismate saya preggy telah buat ari mata saya berderai.
Asalnya saya dan dia lain-lain department, kitorg selalu berinteraksi dengan internal email.
Dia kawen setahun lepas saya, dan memang berusaha dengan macam-macam untuk pregnant since keluarga suami dia dah sibuk bertanya dek sebabkan suaminya anak sulung. Tentulah mertuanya tak sabar nak bergelar atuk dan nenek.

Dari sehari ke sehari kitorg bertukar-tukar pendapat pasal TTC, hinggalah minggu lepas saya tolong dia belikan Pati Delima. Sebelum ni dia ada cerita dia makan Jus perawan.
Saya ada juga cerita kat dia yang saya pergi jumpa doktor, niat hati saya nak bagi dia semangat untuk terus berusaha.

Sepatutnya hujung minggu ni, kitorg akan jadi pasangan beregu dalam tournament badminton untuk memilih wakil negeri dalam sukan syarikat kami nanti.

Cerita bermula pagi tadi, dia email saya cakap ada sumthing nak cerita.
Dalam hati dah terdetik, pregnant ke dia? x)
Selepas terima email kedua dari dia, dia pun cerita dengan panjang lebar yang dia dah lewat period seminggu. Malam smlm n pagi td dia test UPT ada 2line but the second line very kabur. Hubbynya sempat google pasal UPT yang kabur tu. Fact yang hubby dia jumpa, memang if line kedua kabur itu tandanya kehamilan masih di tahap paling awal. Dia memang tak nak letak harapan tinggi, tapi hubby dia da yakin sangat sebab dia tak pernah lewat period sampai seminggu. Then dia mintak maaf dengan saya sebab dia tak dapat nak teruskan tournament badminton tu sabtu ni. Saya reply email dia tu dengan nada yang sungguh ikhlas, agar dia take more care on herself dan tunggu la lagi seminggu, then u can get a dark second line on the UPT strip. Or else, dia boleh trus jumpa doktor aje, then doktor lagi arif bab ini.

Kebetulan time saya bace email dia dan time saya reply balik email dia tu, saya sedang dengar zikir-zikir yang indah di headfon pc saya. Dan secara drastiknya, jatuh air mata saya ke bumi waktu itu juga.
Saya dah tak kuat macam dulu... T___T
Saya tak tahu nak luahkan pada siapa apa yang saya rasa waktu itu.
Terus saya capai handfon, dan sms Budi.
"Abggg, klu blh ayg nak peluk abg kuat2 skrg... :( lps sorg2 pregnant..aritu kwn yg baik dgn ayg dlm dept ni, lps tu kakak I ..then arini kakak A plak....bl plak giliran ayg,? sedihnya banggg..kuat sgt dugaan ni utk ayg :'( "

Saya memang tak mampu nak tanggung waktu tu. Saya seka air mata yang masih mengalir. Selalu saya akan dengan kakak Z yang saya sangat selesa bersama dia. Even dia still bujang dan memang tak ada bf mahupun tunang, saya selesa bercerita apa saja dengan dia. Mungkin disebabkan umur dia yg lebih tua dari saya dan fikirannya yang matang, buat saya selesa dengan kakak Z. Hari ni kakak Z tak ada, dia ada kursus 2hari di tempat lain. So saya memang kehilangan bahu untuk menangis.

Saya selalu juga berkongsi cerita dengan Mama D. Dia ada anak lelaki sorang berumur setahun. Mama D masuk shift petang minggu ini.
Setengah jam sebelum habis waktu kerja saya, saya cerita kat Mama D. Tak sangka apa yang saya cerita ni buat mama D mengalirkan air mata. Saya tahu dia ikhlas mendengar luahan saya. Dia pun sempat bercerita kisah yang jadi pada dia wiken baru ni. Mama D in long distance marriage dengan suaminya. Saya kagum dengan mama D yang mampu membesarkan anak seorang diri di sini.

Pulang ke rumah, sekali lagi, air mata gugur dengan deras sejurus lepas niat solat fardhi asar saya lafazkan.
Sehingga saya mengaminkan doa saya dihujung solat air mata saya masih deras mengalir. Cepat-cepat saya sapu, dan basuh muka semula untuk jalankan tugas di dapur buat suami.

Ya Allah Ya Tuhanku, andainya ini yang kau aturkan buat hidupku, kuatkanlah imanku, kuatkanlah hatiku untuk menempuh setiap dugaan yang kau turunkan buatku. Amin

Wallahualam...